301 : Movie Time

Semalam pergi menontong wayang di Mid Valley. Kali ni kami menonton filem bertajuk RED lakonan pelakon terkenal Bruce Willis, Morgan Freeman dan John Malkovic. RED stand for Retired Extremely Dangerous, merupakan sebuah filem aksi komedi yang padat dengan adegan aksi dan diselitkan dengan adegan2 komedi.

Mengisahkan bagaimana Frank Moses seorang yang telah bersara dari CIA telah menerima ancaman bunuh dari pihak CIA sendiri atas sebab2 tugas yang telah dilakukan oleh beliau di masa lepas. Frank dengan beberapa orang rakan lama yang juga telah bersara telah berpakat untuk mencari sebab dan punca mengapa mereka menerima ancaman bunuh tersebut dan juga ingin mencari siapakah dalang disebalik ancaman ini. Macam biasalah, at the end hero mesti menang kan. Nak tahu dengan lebih lanjut, saksikan di pawagan berhampiran anda atau dapatkan dvd2 cetak rompak di pasar malam terdekat. Aku bagi filem ni 3.5/5 bintang.

Filem ini pula aku tonton beberapa minggu yang lepas di e@curve Damansara. Tak berniat pon nak menonton filem ni, tetapi memandangkan takde filem lain yang menambat hati, kami putuskan untuk menonton filem ini sahaja. Tajuk filem ini adalah Buried.

Filem ini mengisahkan bagaimana Paul Conroy lakonan Ryan Reynolds, seorang pemandu trak yang bertugas di Iraq telah dicolek dan ditanam hidup2 di tengah padang pasir. Beliau telah dibekalkan dengan minuman, lighter dan sebuah telefon bimbit berbahasa Arab. Pelbagai usaha dilakukan oleh beliau untuk meminta bantuan. Pihak pengganas telah menuntut wang tebusan berjumlah USD5 juta. Dapatkah Paul diselamatkan?

Aku beri filem ni 1.5/5 bintang. Aku bole tertidor semasa menonton filem ini. Tidak digalakkan untuk menonton di pawagam berhampiran anda. Klu nak beli dvd cetak rompak tu, terpulanglah kepada diri sendiri.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

6 comments

  1. salam afeezz...mesti hang nyesal tgk kan...wei, ape citer syima..sonyap jo..ke dia dah pi BTN?? lame tak update blog a.k.a blogwalking huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. wsalam sahrom : buried tu mmg tak best, nyesal gak le tgk, siap bole tido lg dalam panggung. syima tu bz kot. pi BTN tu kan kene wat preparation, mcm2 plak tuh.. sib baek le aku tak kene pi... hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Afeezz,

    Both tak menarik minat i huhu..

    Sahrom: sy bz dgn kerja hakiki skrg..bkn dgn persediaan BTN..I/Allah sy akan luangkan masa jua buat blogwalking..

    ReplyDelete
  4. wsalam syima : sekadar mengisi masa lapang di hari minggu. tp skrg pon mmg takde movie yg best. patah kaki kot, tu yg takleh wat blogwalking.. hehehe...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Afeezz

    lama betul saya tak tenguk wayang
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. wsalam abg rozali : jom lah atuk, sekali sekala kite pi tgk wayang ramai2...

    ReplyDelete