09 October 2010

293 : Majlis Jamuan Hari Raya Di Pejabat

Alhamdulillah, hari ni bebas dari jemputan ke Rumah Terbuka, boleh lah aku berehat kat umah. Dalam pada nak rehat tu, kene plak menghantar ibu and the gang ke kenduri kawen plak. Nak tak nak terpaksa gak aku makan nasi kenduri tuh. Syawal is over, so tiada lagi jemputan makan2 open house. Bukan aku ni anti-open house, tapi lesu jugak badan nak penuhi semua undangan. Rasanya tahun ni paling banyak aku memenuhi jemputan ke open house, maklumlah, pergi bersama Cik Siti Nur. Tahun lepas pi sorang2 jer dan menumpang orang. Klu org tak pegi, aku pon tak pegi lah.. hehehe..

Pada 6/10/10 lepas ade Majlis Jamuan Hari Raya di pejabat. Majlis diadakan secara sederhana tetapi meriah walaupon pagi itu ade gak berlaku konfrontasi (hehehe). Pejabat aku bukan lah besar maner pon, cume ade 28 orang staf jer dan majlis yang diadakan takde gilang gemilang. Sekadar menjamu makan ahli2 keluarga saja. Menu kami pada hari itu mee kari, pulut kuning, rendang ayam dan beberapa makanan ringan. Ahlamdulillah... kenyang smpi ke malam siap tapau bawak balik lagi...

Layan gambar plak dr kamera iphone5 aku.


Menu utama - Mee Kari


Hidangan2 lain - ade 3 macam agar2, chicken nugget, crab stick
jeruk buah2an, kuih2 raya dan buah2an



Kuih2 raya dan 3 macam agar2 (agar2 merah, agar2 jagung dan agar2 colorful)


Buah2an tempatan - pisang dan dokong


Majlis bermula, jemput makan semua


Tambah lagi yer, usah segan dan malu, wat le macam umah sendiri


Nyam3... semua nya asyik menjamu selera


Eh.. dah berenti ker, banyak lagi tu... amik2 lagi..


Makan buah sebagai pencuci mulut...


Proses tapau, klu tak membazir jer....

Semoga kite bertemu dengan Ramadhan dan Syawal lagi di tahun hadapan.


~Salam Sayang~

7 comments:

  1. Salam Uncle,

    iPhone5? wow advance nya uncle dari market..uiks guna blackmarket ke? huhu
    Owhhh dgn GKB takmo pun ambik gambar guna iPhone eks..huhu kecik hati..

    Insya-Allah, sentiasa berdoalah agar kita dapat bertemu dgn Ramadhan tahun hadapan..Amin..mana tau tahun depan uncle dah dapat bpuasa dgn aunty hehe..Insya-Allah..

    ReplyDelete
  2. wsalam syima : hahhaa.. uncle kan ade skendel ngan owner company iphone tu, tu yg dapat way in advance. kat sini baru 4, tp uncle dah gune 5 tau.. ngan GKB tu segan lah pasal semua pakai kamera canggih manggih, uncle jer guna camera phone...

    InsyaAllah, panjang umur bertemu kita dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan...

    ReplyDelete
  3. salam afeezz..ramai la staf kat opis hang..kat opis aku staf tak sampai sepuluh pun hang tau tak...punch card pun takde rak..just atas meja je sebab sedikit sgt yang nak berpunch huhuhuh

    ReplyDelete
  4. salam afeez

    pas open house bulan raya ni bersedia pulakk dgn kenduri kawin,,kak dah byk jemputan dah ni..

    ReplyDelete
  5. wsalam sahrom : hehehe... klu nak dibanding ngan opis lain kat tmpt aku, kami antara yang terkecil dan yang terdianaktirikan...

    wsalam cm : betul3.. walaupon sy tak dpt ape2 jemputan, tp kat tmpt tinggal saya ni dah belambak3...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Afeezz

    meriah pejabat afeezz
    ramai kakitangan
    tentu meriah

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. wsalam abg rozali : meriah ker? biase jer, tmpt lain lagi meriah..

    ReplyDelete