Posts

Showing posts from October, 2010

300 : Happy Birthday Anna

Image
Besok Anna akan berumur 1 tahun. Happy Birthday pakcik ucapkan pada Anna walaupon Anna belum mengerti ape2 pasal besdey2 ni kan. Petang tadi pakcik datang birthday party Anna kat umah Tok Wan. Anna kiut sangat pakai gaun kaler pink tu walaupon Anna berdiri pon tak berapa betul lagi. Pakcik datang bawak birthday present besar tau, dah ibu Anna mintak yg besar, so pakcik share ngan nenek dan alangs belikan hadiah yang paling besar petang tadi tau. Bukan satu, bukan dua, tapi pakcik bagi 3 sekali. Takde orang lain yg bg Anna sampai 3 hadiah tau. Hebat tak pakcik? hehehe

Pakcik harap Anna jangan nakal2 yek, dengar cakap ibu ngan ayah. Belajar pandai2 dan jadi orang yang berguna ye sayang, InsyaAllah...

Salam Sayang dari Pakcik.. Muahh...

299 : Dalam Perjalanan Ke Selayang Mall

Image
Semalam dalam perjalanan ke Selayang Mall di kawasan Bukit Idaman, tiba-tiba ada sebuah kereta jenis Perodua Kenari main-main high beam dari belakang. Kenapa dia buat camtu aku pon tak pasti. Nak kata aku drive slow, speed aku 60-70km/j di kawasan perumahan tu, aku rasa cukup laju di jalan macam tuh. Klu aku drive slow sangat, potong je lah since jalan tu dua lorong.

Sepanjang jalan tu dia buat macam tuh. Memang nak kene ni, dia ingat dia bole mempermainkan aku.. hehehe... Aku memperlahankan kenderaan aku sehingga sangat slow sampai basikal pon lebih laju dari aku dengan harapan dia akan memotong. Bila dia dah potong, aku nak follow dia plak nak main high beam kat kete dia plak, tengok dia suka ke tak. Malangnya, dia tak potong pon, sanggup follow kete aku yg slow tu macam orang baru belajar bawak kete. Takut le tu... Bodo...

Sampai kat satu trafik light, dia still kat belakang kete aku. Bile trafik light bertukar hijau, aku tak bergerak memandangkan takde kete lain belakang aku selain …

298 : Jalan-Jalan Hujung Minggu

Image
Ape aktiviti hujung minggu ni? Semalam aku ke Colmar Tropicale sekadar berjalan2 merehatkan minda dan memenatkan diri. Bagi aku, ok-ok je tempat ni, takde le best maner pon. Kami cume ke Colmar Tropicale dan Japanese Village. Rasanya semua orang tahu, Colmar Tropicale tu bercirikan negara Perancis dan Japanese Village tu off koz la bercirikan Jepun. Enterence Fee sebanyak RM12 bagi dewasa. Kepada sesiapa yang nak ke Japanese Village, bersedialah untuk mendaki bukit yang agak curam lebih kurang 1/2km. Klu rasa2 tak larat, anda bole mengunggu perkhidmatan lori perlancongan untuk bawak anda ke atas.

Niat di hati nak ke Rabbit Farm terbantu bile tengok hanya kanak2 jer yg ramai kat situ. Segan lah plak nak pi... hahahha...

Ok.. layan gambar plak. Terima kasih kepada encik kameraman kerana menyumbangkan gambar ni.


Pintu Gerbang masuk ke Colmar Tropicale


(1) Seorang jejaka diambil ambil gambar semasa mengambil gambar
(2) Colmar dari kejauhan


(1) Ruang dalam Colmar
(2) Sepasang swan berwarna hitam …

297 : Bukan Sekadar Dah Bersawang

Image
Bukan sekadar dah bersawang, rasanya dah nak berhantu dah rumah2 mereka ni. Ke mana lah agaknya tuan2 punya rumah ni membiarkan rumahnye tak berpenghuni. Kot ye pon pesan lah pada kawan2, sekurang2nya kawan2 bole gak jengok2kan rumah kamu tu. Tolong tebas2kan lalang ker, sapu2 sawang ke agar nampak bersih. Tak le smpi bersawang macam ni. Hehehe....

Rasa rindu plak bile dah lama tak nampak tuan2 rumah ni. Dah le jengok rumah sendiri pon taknak, ziarah rumah kawan2 pon tidak. Raya pon tak datang.. isk3. Membuang betul depa tu kan.

Kepada kawan2, jom lah kite tolong2 kemaskan rumah mereka ni. Saya bg alamat mereka ye..

Cheritera Che Pit... Ngeh Ngeh NgehSenyuman... HarapanBeberapa Catatan Kenangan....
Hehehe....

~Salam Sayang~

296 : Aku Menulis Untuk Diri Sendiri

Image
Aku Menulis Untuk Diri Sendiri sudah pon berusia 2 tahun lebih. Entry kali ni aku nak beritahu beberapa perkara mengenai Aku Menulis Untuk Diri Sendiri sekadar untuk berkongsi bersama.

Aku Menulis Untuk Diri Sendiri telah ditubuhkan pada 14 Julai 2008 dengan entry pertama juga pada tarikh yang sama.
Semenjak ditubuhkan, Aku Menulis Untuk Diri Sendiri telah mempunyai 296 entry termasuk entry ini
Dari entry yang pertama sehingga entry ke 102, setiap entry berkenaan tidak mempunyai tajuk (title) yang khusus.
Komen pertama yang diterima dari pembaca adalah pada entry yang ke 26. Thanks to iXa.

Komen yang terbanyak diterima adalah untuk entry yang ke 186 iaitu sebanyak 45 komen termasuk komen tuan punya blog.
Sejak ditubuhkan sehingga hari ini, Aku Menulis Untuk Diri Sendiri mempunyai 48 orang Follower.
Pada tahun 2008, sebanyak 45 entry telah ditulis dan pada tahun 2009, sebanyak 146 entry telah berjaya dihasilkan. Untuk tahun 2010, sehingga hari ini sebanyak 104 entry telah diterbitkan.
Entry te…

295 : Sila Ambil Tindakan

Image
"En. Hafizan (thats me), sila ambil tindakan". Amboi, senang nyer jadi bos kan, maen arah jer orang buat itu dan ini, tapi ke arah mane nak buat langsung dia tak tunjuk pon. Ke kanan? Ke kiri? Maen pandai2 kita je lah nak menuju ke arah mana.

Pagi tadi terima satu salinan e-mel dari bos. Actually aku yang atas daya usaha sendiri, baca dan print e-mel ni dan berikan kepada kakitangan aku yang mengendalikan hal2 kewangan. Aku minta dia tunjukkan salinan e-mel tu pada bos dengan harapan bos akan buat sedikit perancangan untuk menjawab e-mel itu. Malangnya, bos amik langkah mudah, dia pulangkan semula salinan e-mel tu kepada kakitangan tadi dan mengarahkannya untuk mengambil tindakan. Kakitangan tu mengadu pada aku sebab dia tak pernah lagi membuat kertas kerja berkaitan. Aku meminta kakitangan tu cakap sendiri dengan bos.

Beberapa hari sebelum ni, kakitangan aku tu ade jumpa aku. Ditunjuknye kedudukan kewangan jabatan bagi tahun berakhir 2010 yang masih berbaki ratusan ribu RM. A…

294 : Jalan-Jalan Hujung Minggu

Image
Hari ahad lepas pi melepak2 sambil mandi-manda di Taman Negeri Selangor di Hulu Yam daerah Gombak Negeri Selangor Darul Ehsan. Sebelum puasa hari tu pernah jugak berkunjung ke sini, tapi tak pulak mandi manda kerana tidak membawa pakaian extra. Bole jer klu nak mandi bogel tp tak sanggup le plak.. hahaha...

Memang best kawasan ni, kawasan sungainya bersih dan airnya sejuk. Tapi persekitarannya agak kotor dengan sampah dari pengunjung yang tak bertanggungjawab. Tandas awamnya pula sangat kotor dan bekalan air yang perlahan. Bayaran masuk RM1 seorang.


Selamat Datang ke Taman Negeri Selangor



Sungai yang jernih, dingin dan nyaman. Banyak batu2..



Kawasan dipinggiran sungai dilitupi dengan pohon2 tinggi dan rendang

Seperti kunjungan kami yang lepas, dalam perjalanan pulang, kami telah melewati satu kemalangan. Sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza telah tertonggeng seperti gambar di bawah. Rasa2nya, pemandu kenderaan tersebut tiada apa2. InsyaAllah. Jika anda bercadang untuk ke sini, diharap aga…

293 : Majlis Jamuan Hari Raya Di Pejabat

Image
Alhamdulillah, hari ni bebas dari jemputan ke Rumah Terbuka, boleh lah aku berehat kat umah. Dalam pada nak rehat tu, kene plak menghantar ibu and the gang ke kenduri kawen plak. Nak tak nak terpaksa gak aku makan nasi kenduri tuh. Syawal is over, so tiada lagi jemputan makan2 open house. Bukan aku ni anti-open house, tapi lesu jugak badan nak penuhi semua undangan. Rasanya tahun ni paling banyak aku memenuhi jemputan ke open house, maklumlah, pergi bersama Cik Siti Nur. Tahun lepas pi sorang2 jer dan menumpang orang. Klu org tak pegi, aku pon tak pegi lah.. hehehe..

Pada 6/10/10 lepas ade Majlis Jamuan Hari Raya di pejabat. Majlis diadakan secara sederhana tetapi meriah walaupon pagi itu ade gak berlaku konfrontasi (hehehe). Pejabat aku bukan lah besar maner pon, cume ade 28 orang staf jer dan majlis yang diadakan takde gilang gemilang. Sekadar menjamu makan ahli2 keluarga saja. Menu kami pada hari itu mee kari, pulut kuning, rendang ayam dan beberapa makanan ringan. Ahlamdulillah... …