286 : Hari Raya 2010 - Part II

Aktiviti hari raya aku berterusan. Sepanjang minggu ni asik keluar beraya jer, klu tak keluar beraya, orang datang ke rumah beraya. Orang kata raya kan sebulan, selagi tak habis Syawal, selagi tu lah orang akan menyambut hari raya dan memenuhi jemputan ke rumah terbuka.

7 Syawal - Hari ni lah hari yang aku dapat lepak di rumah dengan aman dan damai. Dalam pada melepak2 di rumah tu, terima juga undangan berhari raya dari jiran depan rumah. So aku pergi je lah, rezeki jangan ditolak. lagi pon bukan nya jauh, depan rumah jer.

8 Syawal - Seorang kawan datang beraya di rumah. Malangnya takde aper yang dapat dihidangkan kepada kawan aku yg sorang ni. Selepas solat Jumaat, dan setelah sempat kawan aku tu tidor di bilik aku, aku bawak kawan aku tu ke Wangsa Walk untuk belanja dia makan. Kata orang Wangsa Walk tu best, tapi aku tengok biase2 jer, same jer macam shopping2 complex yang lain. Memandangkan tiada aper yg menarik untuk di makan di sana, kami hanya makan di Pizza Hut jer. Kemudian kami menuju pula ke The Curve untuk bermain boling.

9 Syawal - Menerima satu jemputan open house dari seorang teman sepejabat. Kami berpakat berjumpa di KL Gate dan berkonvoi sebanyak 3 buah kereta ke Cheras Utama. Kami ke rumah Kak Rubi dahulu dan kami dijamu dengan hidangan ringan seperti nugget ayam, jagung rebus, ais krim dan buah tembikai. Kemudian barulah kami ke rumah yang mengundang, Kak Tipah. Di sana kami dihidangkan dengan nasi beriyani, rojak buah, soto ayam dan bubur jagung. Makan banyak smpi sendat perut. Kemudian, tanpa dirancang, kami menuju pula ke Salak Tinggi ke rumah seorang lagi rakan, Kak Sue. Kami dihidang dengan kuih muih memandangkan kunjungan ini secara mengejut sahaja.

10 Syawal - Ingatkan nak berehat hari ni memandangkan esok akan mula bekerja semula. Tetapi menerima satu undangan makan dari seorang rakan blogger, Mama Shidah, dan kawan karib aku hendak beraya di rumah. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami semua telah berada di rumah Mama Sidah, AZ sekeluarga, Hanis, Syima, Kak Taj, Tikah dan Atuk. First time jumpe dengan Atuk, dah semuanya panggil Atuk, so aku pon panggil Atuk gak ler... hehehe. Sedap makan kat umah Mama sampai ade yang bawak balik mee goreng mama, hehehe... Kemudian aku menjemput Hanis, Syima, Kak Taj dan Tikah ke rumah aku. Dah terlanjur ke sini so datang saja lah. Kawan aku dengan keluarganya telah sampai ke rumah aku pon pada masa tu. Tiada aper yang dapat dihidangkan kepada tetamu aku hanya kuih muih sahaja. Disebabkan itu, aku membawa tetamu aku untuk makan di luar sahaja. Kami ke The Curve dan hidangan kami pada petang itu cume Ayam Penyet sahaja. Pertemuan kami tamat di situ dan semua membawa ke haluan masing2. Aku pula menuju ke rumah seorang kawan aku di Bandar Baru Selayang. Makan mee bandung plak kat umah dia, pastu dok layan adik kawan aku tu main PS3 sampai ke maghrib.

11 Syawal - Esok dah mula kerja...


~Salam Sayang~

You Might Also Like

7 comments

  1. salam afeezz..tang 10 syawal tue yg seronok tue..dpt gak ko jumpe member blogger..aku tak berkesempatan lagi la..maklumla, aku bukan duk kl kan huhuhuh...

    ReplyDelete
  2. Salam Pakcik..

    Thanks so much Pakcik
    Akhirnya berjaya mengepow pakcik ahaks..nikmat je makan semalam haha
    Tapi..tapi..tapi..tak dpt duit raya pun..uhuk3x..

    ReplyDelete
  3. wsalam sahrom : ade rezeki berjumpa, kite pi lah berjumpa. ko dok nogori kan? bukannye jauh maner pon.. hikhikhik...

    wsalam tok wan : seronok yer mengepow pakcik, next time pow lagi yer. syarat nak dpt duit raya masih terpakai... salam dan cium tangan..

    ReplyDelete
  4. wah..bila plak aku nak mengepow ko..

    ReplyDelete
  5. madey, ko dtg KL kite same2 pow ed...

    ReplyDelete
  6. Salam dekk afezz

    ....ada makan2 kaaa bestnya...
    Aisey kak taj ada call tak citer penuh lakk...huhuhuu

    Dari citer mu dekk terasa kesedapan open house kat rumah mama shidah tu....

    Utk pengetahuan mu dekk masa kak taj menalipon tu akak ngan pak ngah serta beberapa kawan tengah memasak sekawah rendang tok.....kat kedai ada order utk satu jamuan....lenkali aar kita semua beraya..samer eikk...

    ReplyDelete
  7. wsalam kak shami : tak cerita pon kite dah tau kesedapan masakan mama shidah tu, tu yg klu datang makan tak henti, siap tapau lagi.. hehehe..

    takpelah kak shami, next time kami serang umah kak shami plak, tak dpt serang umah, kami serang kedai...

    ReplyDelete