282 : 5.00 Pagi

Minggu ni minggu terakhir sebelum kite menyambut 1 Syawal. Tak sampai seminggu lagi Ramadhan akan meninggalkan kite dan kita akan merayakan kemenangan kite melawan nafsu. Hari Sabtu lepas aku dengan seorang rakan telah keluar untuk bershopping raya (kononnya). Tujuan utama sebenarnya hanya nak mencari lampu lip-lap untuk dipasang di rumah aku, memandangkan lampu lip-lap yang lama telah pon rosak.

Mengikut perancangan awalnya, nak mencari di Giant Batu Caves, malangnya takde pon lampu lip-lap yang dijual di pasaraya yang sebesar itu. Dan akhirnya aku hanya membeli 4 tin buah2an dalam tin buat juadah berbuka puasa nnt. Perjalanan kami diteruskan dan rancangannya nak ke Jalan TAR. Tetapi jalan telah jem giler menuju ke KL dari Batu Caves itu dan menyebabkan kami melencong mengikut jalan jauh melalui Damansara. Dalam perjalanan itu, kami telah melencong lagi dan hasrat ke Jalan TAR telah bertukar tatkala terlihat poster filem terbaru di pawagam. Dan kami telah pergi ke E@Curve Damansara dan menonton filem terbaru ini.

Piranha.. Filem ini mengisahkan bagaimana Lake Victoria telah diserang sekumpulan pirahna semasa berlangsungnya Festival Musim Panas di tasik berkenaan. Jalan cerita filem ini biase jer tetapi banyak unsur2 suspen yang akan membuat anda terkejut. Kepada yang lemah jantung atau darah gemuruh, adalah tidak digalakkan menonton filem ini. Ape yang menarik dalam filem ini adalah efek mekap yang digunakan sehingga kecederaan dek serangan piranha itu nampak begitu tulen sekali. Dan kepada penggemar darah, filem ini adalah untuk anda. Filem ini tidak sesuai untuk underage kerana banyak aksi ganas seperti pecah kepala, badan putus dan terlalu banyak darah dan terdapat banyak juga adegan2 hampir lucah.


Contoh adegan hampir lucah dan efek mekap yang begitu real

Setelah selesai menonton filem Piranha, lebih kurang pukul 1.00 pagi, baru lah kami menuju ke Jalan TAR. Nampaknya masih ramai lagi warga kota yang sedang bershopping di masa itu. Masih hebat urusan jual beli dilakukan. Semuanya murah semuanya lelong. Manusia begitu padat sampai nak jalan pon susah dan berlaga2 punggung itu perkara biasa pada masa itu, hahaha. Kami hanya berjalan2 sahaja, takde mood nampaknya nak bershopping dalam keadaan sedemikian. Lagi pon, bukan nak beli baju melayu pon. Tahun ni aku pakai yg lepas2 punya jer. Masih elok, masih baru. Di sini aku jumpe aper yang aku cari. Terus amik jer since malas nak mencari lagi. Kawasan bazar Ramadhan di Jalan TAR itu masih lagi meriah tatkala kami beredar meninggalkan kawasan tersebut.



Jalan TAR di subuh hari

Pada masa ini dah dekat2 pukul 3.00 pagi. Nak ke mane yer? Perut terasa lapar plak. Nak pi McD lah, nak makan GCB burger. Hari tu dah makan sekali, sedap le plak, nak makan lagi lah. Cari2 punya cari McD 24 Jam, membawa kami ke Bangsar. Masih meriah juga McD ni dalam waktu2 sebegini. Walaupon ramai orang, tetapi keadaannya begitu aman dan damai sekali. Memang tenang, tak pernah aku jumpe McD yg setenang ini. Aku pekene GCB burger dan kawan aku makan bubur McD dengan ayam goreng McD. Ni kira sahurlah pada hari itu.


GCB Burger.. nyam3...

Time to go home. Dah pukul 4.30 pagi pon. Hantar kawan aku balik dan aku smpi umah pukul 5.00 pagi.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

9 comments

  1. salam afeez

    cerita cam ni tak leh tengok dgn anak-anak ni...letih nk menjawab,,

    hidup sunnguh KL di subuh hari yer..

    selamat hari raya yer feez,,maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  2. salam..mak aii..itu bukan 18 PL tue..30 PL gamaknya..sungguh berbahaya adegan yg akan ditonjolkan dlm film tue...
    p/s: nntikan film Madu 4 huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam dekk afezz..

    Aikk salah masuk rumah kaaaaa...huhuhuh...gambar kamu taruk ni dekk....tadi nampak piranha jer...alih2 nampak lain2 pulak arrrrr....

    Pssst kamu ni dekk....suka buat gempak...

    ReplyDelete
  4. wsalam CM : betul tu kak, 18sx cerita ni, bole merosakkan anak2. KL time macam ni jer hidup, klu hari2 laen, kol 10 dah lengang dah... Selamat hari raya kak mas, maaf zahir batin...

    wsalam Sahrom : hahha... 30PL tu dah tua sgt tuh.. Madu 4 bile nak kuar?

    ReplyDelete
  5. wsalam Kak Shami : hahaha...opss.. sori...

    ReplyDelete
  6. wsalam AZ : apasal no comment plak ni?

    ReplyDelete
  7. salam afeezz..sila ambil kad raya aku tuk hang di entri terbaru aku

    ReplyDelete
  8. wsalam sahrom : wow... ade ker, terima kasih daun keladi, klu ade aku nak lagi... selamat hari raya

    ReplyDelete