28 July 2010

265 : Catatan Perjalanan - Taiping, Perak

24 Julai 2010

Aku sampai awal di tempat yang dijanjikan. Takde orang lagi masa tu, mungkin jalan tak sesak itu yang membuatkan aku sampai awal. Bas bertolak lebih kurang pukul 9.15 pagi kerana masih ade juga yang terlewat. Destinasi pertama kami pada pagi itu adalah ke Sungai Buloh untuk menghadiri undangan ke majlis perkahwinan anak kepada Datuk TNC HEPA UM. Tiba di rumah pengantin sekitar pukul 10.30 pagi dan kami dijemput untuk menjamu selera juadah yang disediakan.

Perjalanan kami diteruskan selepas itu menuju ke Taiping, Perak. Perjalanan berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan dan kami tiba di hotel kediaman kami, Hotel Flemington lebih kurang pukul 3.30 petang. Hotelnya tidak berapa besar tetapi cukup selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. Aktiviti kami petang itu bermula pada pukul 4.30 petang dimulai dengan penyampaian CME dari KAS Pharmaceutical dan diikuti dengan penyampaian idea2 penambahbaikan jabatan dari beberapa orang kakitangan yang telah dipilih. Kursus kali ni agak simple dan berjalan dengan lancar. Aktiviti petang itu berakhir lebih kurang pukul 6.00 petang.

Pada sebelah petang pula, aku bersama beberapa orang rakan telah bersiar2 sekitar Taman Tasik Taiping yang terletak di hadapan hotel penginapan kami. Hanya menghirup udara petang dan snap2 gambar jer.

Aktiviti malam pula bermula pada pukul 8.00 malam dengan acara makan malam dan diikuti dengan beberapa 'indoor games' untuk semua peserta dan cabutan bertuah. Malam itu aku join semua acara 'indoor games' dan aku telah mendapat tempat kedua dan ketiga dan aku mendapat blender untuk hadiah cabutan bertuah.. hehehe... Malam itu memang gamat, ketawa terbahak2 sampai penat dibuatnya. Beberapa buah kerusi juga hampir patah kakinya dek keganasan peserta2. Sib baek pihak hotel tak mintak ganti... Aktiviti malam itu tamat lebih kurang pukul 10.30 malam.


25 Julai 2010

Disebabkan kesilapan teknikal kami bertolak ke Zoo Taiping sekitar pukul 10.30 pagi dan tiba setengah jam kemudian. Dah lama rasanya aku tak ke zoo, ni lah kali pertama dalam usia dewasa ni aku mengunjungi zoo kembali. Zoo Taiping ni biasa jer bagi aku dan takde pon haiwan2 yang menarik perhatian kami. Setakat gajah, rimau, singa ngan zirafah tu biase jer. Kami berjalan sekitar zoo sambil snap2 gambar sebagai kenangan. Kami meninggalkan Zoo Taiping pada pukul 1.00 petang dan perjalanan diteruskan ke Kuala Kangsar.

Tiba di bandar Kuala Kangsar sekitar pukul 2.30 petang dan kami makan di sebuah tempat makan di hampiran Sungai Kangsar. Takde aper yang menarik di tempat makan ni, biasa saje dan harga plak standard KL walaupon tak sedap. Semua gerai menjual Laksa Kuala Kangsar, ingatkan menarik sangatlah laksa tu, tp bila tengok macam mee dalam air Sungai Gombak jer. Tak selera langsung, dan menurut kata kawan2, mmg tak sedap pon. Jadi jangan lah terpedaya dengan Laksa Kuala Kangsar tuh. Disebabkan hujan lebat pada petang itu, aktiviti petang itu agak terbatas. Ramai yang shopping kraftangan di situ, tp aku hanya window2 jer. Kami bergerak meninggalkan Kuala Kangsar pada pukul 3.30 petang.

Perjalanan pulang ke KL berhenti beberapa kali dan kami tiba di UM sekitar pukul 9.30 malam.



Taman Tasik Taiping

~Salam Sayang~

7 comments:

  1. wah..laksa ka? zoo pon dah kurang binatang..

    ReplyDelete
  2. salam..wahhh!!! terangnya pic tue..pakai DSLR jenama apa erk???
    p/s: afeezz..wa nak turun pontian la next week..exit mane erk???

    ReplyDelete
  3. Sahrom : salam..exit skudai lebih mudah. dia ade 2 exit..1 exit benut..tapi..lebih baik exit skudai..

    ReplyDelete
  4. salam madey : laksa tak sedap, nasib baek aku bukan peminat laksa. Zoo tu binatang biase2 jer....

    wsalam sahrom : aku klu balik pontian dr KL selalu masuk exit Simpang Renggam

    ReplyDelete
  5. sahrom lagi : kamera kawan aku tu.. tak igt plak brand aper.. Lumix kot

    ReplyDelete
  6. salam afeez,

    gambar tu macam pernah az tengok dulu, ala ala cerita korea gitu hehheh

    ReplyDelete
  7. wsalam AZ : hahaha.... winter sonata ker?

    ReplyDelete