22 July 2010

262 : Hari-Hari Berkursus

Dua hari berkursus di Kampus Kota Universiti Malaya. Dah lama rasanya tidak menghadiri kursus anjuran UM. Pernah apply satu kursus lebih kurang dua bulan lepas, tapi permohonan tidak diluluskan. Kalau nak diikutkan, penjawat awam di UM wajib untuk menghadiri 7 hari berkursus setahun, tapi sehingga ke tarikh ini, aku baru menghadiri 2 hari sahaja. Beberapa faktor penyumbang kepada perkara ini 1) tiada kursus yang berkaitan bidang tugas, kebanyakkan kursus adalah secara umum sahaja. 2) tempat adalah terhad, terhad kepada maksima 30 orang peserta saja. 3) kebanyakkan kursus yang ditawarkan, aku dah penah pegi, so tak payah le hadir kursus yang sama, bg le peluang kepada orang lain plak.

Kursus yang aku hadir ni adalah Kursus Kepimpinan Dalam Organisasi. Rasanya kursus ni baru sahaja diperkenalkan. Alhamdulillah, nama aku tersenarai sebagai peserta. Banyak juga yang dapat dipelajari dari kursus ini, dan topik yang dibincangkan sangat menarik.


Beberapa peserta sedang berbincang untuk
menyelesaikan permasalahan yang diberikan



Nota kursus aku?? hehehe...

~Salam Sayang~

5 comments:

  1. salam afeez

    lawa nota afeez tu. Mesti mendengar dengan penuh komited.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Utk tahun ini, sy tak hadir lagi mana2 kursus s/ada anjuran JKR mahupun JPS aduhai..Hanya attended Kursus Induksi je [itupun sbnrnya dh lebih 7 hari hihi]

    Bukan nama tak naik, ada 2 kursus aritu tapi kena tolak atas alasan2 kukuh hihi..

    Masalah problem sy, kalau takde kursus yg beri CPD points payah laa huhu

    ReplyDelete
  3. salam bro, nape tak apply kursus kawen je kat UM tue huhuhuh...
    p/s: dulu aku kursus kawen kat pjbt aku..depa buat ramai2..siap ader diskaun lg hahahah

    ReplyDelete
  4. wsalam AZ : mendengar dengan penuh khusyuk la dapat nota camtu, klu tak jgn harap ler, kertas kosong jer

    wsalam Syima : hehehe... takde CPD point tak dpt renew lesen lah yer.. sib baek sy tak perlukan CPD point

    ReplyDelete
  5. wsalam Sahrom : dulu ade gak UM anjurkan kursus kawen, skrg takde dah... ermmm...

    ReplyDelete