260 : Sepetang Di One



Mantra, tak tau plak akan kewujudan filem ni pawagam2 seluruh Malaya. Hari Sabtu lepas ke One Utama tanpa tujuan yang akhirnya kami memutuskan untuk menonton wayang sahaja. Filem aper nak tengok? Sekarang ni pon takde filem yang malatop di panggung. Predators, ade member kate tak best. Dispicable Me, nak tgk ke cite katon ni? Twillight Saga, isk.. aku tak suke, aku benci (tibe2 aku bersuara agak kuat membuatkan 2 orang mamat yg beratur berhampiran memandang aku dengan muke tak puas hati, so what...). Last2 kami membuat keputusan untuk menonton filem Mantra memandangkan 1) masih banyak lagi tiket yg available, 2) show time yang terawal.

Mantra, sebuah filem melayu berkisarkan tentang Mazir yang telah dipenjarakan kerana mengamalkan ilmu hitam. Kerana kasih dan sayangnya kepada isterinya Ani, Mazir telah membuat perjanjian dengan syaitan untuk mengambil semula Ani yang telah dikahwinkan dengan Hasbi. Usaha Mazir telah dihalang oleh Hasbi, seorang alim yang berpengaruh di kampung tersebut. Yang akhirnya, terbongkarlah rahsia bahawa Mazir telah dianiaya sehingga dia meringkok di dalam penjara. Siapakah yang telah menganiaya Mazir? Saksikan sendiri....

Pada mulanya, kami agak cerita ni pasti membosankan. Tapi tanggapan kami meleset. Mantra bukan cerita hantu, tapi cerita pengamal ilmu hitam yang menggunakan perantaraan syaitan untuk menganiaya sesama manusia. Layan.....


~Salam Sayang~

You Might Also Like

7 comments

  1. salam afeez,

    so what? hehhe kellas gitu punya dialog

    ReplyDelete
  2. wsalam AZ : hahhaa... mamat 2 org tu dok pandang sy semacam jer. mesti peminat cerita twillight le tuh

    ReplyDelete
  3. salam..aku tak fhm dgn pengarah skrg nie..suka sgt buat citer hantu2 nie...buat la citer yg lawak2 cikit cam ala-ala mami ke?? kdg2 dh mcm khurafat semua citer tue huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Salam Anakanda

    Crita melayu ke cerita Indon?

    ReplyDelete
  5. wsalam sahrom : wat cite lawak pastu gelak terbahak2 smpi tak sedar diri pon tak elok gak. ape2 pon.. semua ni terpulang kepada diri sendiri camner nak menilainya.

    wsalam mama ju : cerita melayu tp pengarah dia cina klu tak silap. semua pelakon dia sy tak kenal...

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Cerita Melayu eks?? Tetiba konpius skjp Afeezz layan cerita Melayu tp ada aku kisah? hihi

    Disaat anda sdg melayan Mantra, sy sdg melayan keenakan kambing yum yum..

    ReplyDelete
  7. wsalam syima : aper?? apiz layan cerita melayu?? aku pon konfius gak.. ape2 pon syukurlah apiz dah kembali ke pangkal jalan... hahaha

    owh... patut le byk sgt kambing dalam filem mantra tuh? cis...

    ReplyDelete