254 : Audit 'Kumek'


Sekadar Gambar Hiasan

Minggu ni sangat sibuk pasal ade Audit Dalaman QMEC yang sedang berlangsung sehingga 16 Julai 2010 nanti. Selalunya bila time nak audit ni, semua sibuk semacam, mengemaskini kerja masing2 dan memastikan kebersihan kawasan kerja masing2. Dulu kalau time nak audit, terasa macam meriah jer, heboh sana sini dengan banner, surat itu dan surat ini, mesyuarat itu dan meeting ini. Boss akan kerah tenaga kerja semua staf untuk memastikan tiada penemuan NC di jabatan masing2.

Tapi sekarang macam dah kurang kemeriahannya. Audit ade pon macam tak terasa, tibe2 jer auditor dah datang nak wat audit. Tak dan pon nak kemaskini tugas, opis pon macam tongkang pecah. Mesyuarat Pembukaan Audit pon tak tahu bila, tibe2 tau2 boss dah pergi pon mesyuarat tuh. Hehehe

Semalam auditor datang opis aku untuk melakukan audit. Pagi semalam, aku kemaskini aper2 yang patut, actually tak tahu aper yg nak dikemaskinikan. Sekarang aku dah tak amik port pon pasal audit ni. Terima je lah aper keputusannya nnt, pasal klu dapat NC aku gak yang akan menyelesaikan masalah tu. Rasa dan fade-up bile aku sorang jer selama 9 tahun kene handle masalah mengenai kualiti ni. Orang lain macam tak amik tahu aper lagi nak membantu. Penah juga aku menyatakan hasrat aku untuk melepaskan tugas Kualiti ni kepada boss, memandangkan dah 9 tahun aku terlibat, nak beri peluang kepada kakitangan lain pulak untuk timba pengalaman berkaitan. Malangnya, hasrat aku ditolak mentah2 dengan alasan, orang lain tak boleh buat tugas ni macam aku buat. Huh!!! klu tak belajar mmg le tak tahu. Aku dulu pon tak tahu, tapi aku belajar sikit2 dari bawah sehingga cekap macam ni selama 9 tahun. Walaubagaimanapun, aku radha, dah tugas aku macam ni.

Balik kepada audit semalam, auditor datang pada pukul 3.15 petang dan memulakan audit. Aku menjalankan tugas aku, tapi yang peliknya, tiba2 auditor meminta aku agar keluar. Tanpa banyak tanya, aku pon keluar meninggalkan Bilik Mesyuarat itu. Sehingga pukul 4.00 petang, aku menanti, mane lah tau auditor meminta fail2 lain untuk diaudit macam tahun2 sebelum ni. Tiba2 pintu dibuka dan auditor bersama boss keluar meninggalkan Bilik Mesyuarat. Aku pelik..."aik... dah habis ker, aper yg dia check?". Kakitangan lain pon macam terpinga2 bile audit berlangsung tak sampai 1 jam. Erm... tak pe lah, nak wat aper lagi. Syukurlah dia tak mintak ape2. So.. inilah audit paling best sekali sepanjang 9 tahun aku di sini. Hahaha.... Keputusan audit, tak tau lah, klu dapat NC pon, ade aku kesah? Jawab je ler...


~Salam Sayang~

You Might Also Like

2 comments

  1. huhuh..klu kne audit, kelam kabut dibuatnya..abes kocek seluar pun nak dirabanya huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. sahrom : tu le pasal. sib baek dia tak suruh bukak seluar terus, saper nak menjawab klu camtuh

    ReplyDelete