27 June 2010

251 : Sehari Di Hulu

Semalam seorang rakan mengajak aku pergi mandi sungai. Disebabkan aku takde aper2 perancangan semalam, aku bersetuju saja dengan cadangan kawan aku tuh. Masalahnya kami tak tau nak ke mana dan tak tau pulak jalan nak ke sana. Dengan bantuan seorang rakan kepada rakan aku tu, kami berjaya sampai ke Daerah Hulu Langat.

Tapi sebelum itu kami telah dibawa melencong ke rumah rakan kepada rakan aku tu di kawasan yang sama. Kami dijamu dengan durian di sana. Kebetulan mmg musim durian, aper lagi, pulun durian smpi tak sedar diri. Rumah rakan kepada rakan aku tu mmg dalam kawasan dusun. mmg tenang dan damai jer. Banyak pokok buah2an, durian, manggis, langsat... nak datang lagi rasanya masa musim manggis plak... hahhaa... tak malunye aku..


Durian... nyam3...

Puas makan durian, kami menaiki moto pergi ke Sungai Congkak untuk mandi-manda. Dah banyak sgt makan durian, badan pon jd panas, so berendam dalam air sungai yg sejuk tu lah untuk menyejukkan diri. Tak ramai sangat orang, so kami pon mencari port yg best untuk berendam. Sejuk rasa badan... kecut segala2nya.


Sungai Congkak

Seronok dapat mandi sungai, dah lama tak mandi sungai sampai aku tak ingat bila last time aku mandi sungai.

Puas berendam, kami balik ke rumah rakan kepada rakan aku tu. Dijamu pulak makan tengahari, masak lemak ikan talapia, ikan masin, sambal sardin, cencaluk. Sampai tambah dua kali aku makan semalam. Alhamdulillah... kenyang... Then.. durian time lagi.. hahhaha

Seronok semalam, terisi gak hari2 aku yang membosankan. Hehehe... terima kasih kepada rakan aku tu kerana mengajak aku makan durian bersama. Terima kasih gak kepada rakan kepada rakan aku tu untuk segalanya. Hehehe... best3...


~Salam Sayang~

9 comments:

  1. salam afeez,

    durian? aduh. I hate durian. kerana durian aku tak boleh makan durian hehheh. nanti gula aku naik mendadak. nak makan tak cukup seulas kena satu atau dua biji durian.

    ReplyDelete
  2. salam afeez

    wahh best yer citer dia,,makan durian,mandi manda,makan nasi,,,jeless kita,,wahhh gumbira hidup org bujang,,kemana2 pun takde siapa yg larangg..

    ReplyDelete
  3. wsalam AZ : hihihi.. klu camtu az makan tempoyak je lah

    wsalam CM : tu lah, hidup membujang gak yg best. tp dah lama sgt membujang ni....

    ReplyDelete
  4. salam dik afezz...

    lama tak sembang kan...

    nk pi makan durian tu naper tak ajak sama nooo... akak ni memang peminat durian ... terlioq nya

    ReplyDelete
  5. wsalam kak ummi : rindu kat kak ummi.. hihihihi... aler kak, sy pi pon kawan yg ajak ke dusun kawan dia. klu dusun saya dah lama sy ajak seantero PDKM

    ReplyDelete
  6. Hulu Langat area mane?? ada pi mancing kat empangan Hulu Langat tak???

    ReplyDelete
  7. sahrom : hulu langat dekat ngan are sungai congkak tu, pangsun ke aper nama dia. takde pi memancing pon. pi makan durian ngan mandi sungai jer.. next time kot pi memancing

    ReplyDelete
  8. salam saudara apiz

    Best ke sungai congkak?
    tapi aku tak jeles kot ko bermandi manda di sungai itu..

    ReplyDelete
  9. salam madey : bg aku yg tak berapa reti nak berenang tu, best le Sg Congkak tu. takde le dalam sgt, takat2 lutut jer... ko bile nak bawak aku pi sungai2 yg best? ahaks

    ReplyDelete