Posts

Showing posts from May, 2010

244 : Mari Berhibur

So Close by Jon McLaughlin "So close to reaching that famous happy end
Almost believing this was not pretend
And now you're beside me and look how far we've come
So far we are so close"

Mari Berhibur. Kali ini aku sediakan sebuah lagi berbahasa Inggeris yang bertajuk So Close nyanyian Jon McLaughlin. Syahdu lagu ni, sesuai untuk mereka yang sedang dilamun asmara. Semoga terhibur.
~Salam Sayang~

243 : Adakah Aku Seorang .... ?

Hari Rabu lepas selepas balik dari pejabat, aku ke shopping complex kegemaran aku, Mid Valley Megamall. Sekali lagi pergi seorang diri since takde member yg nak temankan aku (sedey nyer). Tujuan petang tu sekadar nak mengambil semula laptop aku yang dihantar ke Sony Center untuk diperbaiki tempoh hari. Bagus betul, kata dalam tempoh 5 hari baru bole siap, tengok2 pagi tadi depa call, cakap my laptop is ready for collection. No charges. Nasib baik lah masih dalam tempoh jaminan, klu tak mau kene ketuk jugak beberapa RM. Alhamdulillah, laptop aku telah ok seperti sedia kala.
Aku kemudian berjalan2 sekitar Sony Center itu melihat gadget2 yang dipamerkan. My interest goes to digital camera. Semua yang ada aku belek, aku snap gambar, aku try semua functionnya. Since my digital camera Sony Cybershot DSC-W1 rosak dalam 2-3 tahun lepas dan beku masa lawatan aku ke England, aku mmg memendam rasa untuk mendapatkan camera yang baru. Just nak digital camera mudah jer, bukan yg mahal2 pon. Aku tert…

242 : Dua Dalam Satu (Dua Cerita Dalam Satu Entry)

Image
Cerita 1 : Undangan Majlis Perkahwinan

Semalam aku menerima undangan ke majlis perkahwinan teman sepejabat aku, Mas. Majlis bertempat di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi. Kami teman2 sepejabat sebanyak 4 buah kereta berkonvoi beramai2 menuju ke rumah pengantin dari UM pada pukul 12.30 tengahari dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 1.oo petang. Setiba kami di sana, para jemputan telah pun ramai dan kami mengambil tempat kosong untuk menjamu hidangan yang disediakan. Antara hidangan yang disediakan adalah ayam golek, rendang tok, acar timun, pajeri nenas dan acar buah. Tidak dilupa buah tangan berupa telur masih di dalam tepak sireh. Terdapat juga cendol, dan yang sedapnya, cendol tu ade air gula durian, so cendol tu ade perisa2 durian jugak lah.
Selesai mejamu selera, kami masuk ke rumah untuk bertemu pengantin perempuan. Dapat jugak lah kami berjumpa sekejap sebab pap andam dia sibuk nak touch-up balik make-up si pengantin. Pengantin lelaki tiba lebih kurang pukul 1.4…

241 : Sesuatu Yang Baru

Image
Setelah lama mengidam dan merancang nak memilikinya, akhirnya malam ni aku dapat tidur atas katil yang baru. Selama ni aku tidor atas katil yang rasanya seusia aku, sampai bengkok dah kaki dia. Jadi dengan rasminya aku telah memberi pencen kepada katil lama aku. So, amacam? Cantik tak katil baru aku ni. Ditambah pula cadar, sarung bantal dan quilt baru hadiah birthday aku yang lepas. Gambar tuan punya katil jer takde kat atas katil tu.
Siapakah yang bakal tidor ngan aku kat katil ni? hahaha

240 : Sepucuk Surat Cinta

Hari ini aku telah menerima sepucuk surat cinta. Bukan sepucuk surat yang aku nanti2kan, malah semua orang pasti tidak akan mahu menerima surat ini. Cis... Sulit Dan Persendirian lagi, dihantar menggunakan Pos Berdaftar. Sekali tu.... Surat Saman daa....
Ados... Cik Siti kene saman speed trap plak. Gelak besar aku dapat surat ni. Macam mane le bole kene saman speed trap ni. Jenis Kesalahan : S79(2) APJ 1987 Pandu Laju. Laju dikesan : 92km/j. Had laju 80 km/j, Lebihan lahu : 12 km/j. Tarikh dan masa kesalahan 27/4/2010 pukul 10:27 pagi, Tempat kesalahan di Jalan Ipoh. Masalahnya pada tarikh dan masa tu aku kerja, ade di opis, macam mana pulak aku bole memandu kereta di Jalan Ipoh?? Pelik betul aku, tengok no. kete, betul. Tak logik langsung. Ade orang suruh aku pi check dulu sebelum buat pembayaran. RM300 tu.... perghhh....
Sib baek tak dapat saman speed trap kat DUKE Highway, sebab selalunya kat DUKE aku bawak 120km/j.. hahaha... kene insaf la pas ni....

239 : Selamat Hari Jururawat

Image
12 Mei 2010 adalah Hari Jururawat. Tak tahu lah sejarah disebalik tarikh tersebut. Cume yang aku tahu hanya untuk menghargai pengorbanan pelopor kepada bidang kejururawatan iaitu Florence Nightingale (agaknye lah). Di pejabat aku, Hari Jururawat disambut sederhana tapi meriah. Ada jamuan makan dan acara bertukar2 hadiah. Rasanya ini adalah kali ketiga Hari Jururawat disambut di pejabat aku.
Kek sempena Hari Jururawat
Antara Juadah Yang Dihidangkan

Acara Makan2 Bermula




Hadiah


Terima kasih kepada semua jururawat kerana belanja kami makan hari itu.

238 : Menu - Lempeng

Image
Sebulan sudah tidak membuat entry pasal makan2. Mungkin bulan April semuanya sibuk sampai tak dan nak wat aktiviti makan2. Menu aper utk makan tengahari tadi? Simple jer menu dia, lempeng dengan kari telur dan kentang. Untuk minuman pulak, fresh watermelon juice. Sedap?? Nyam3....
Lempeng dengan Kari Telur dan Kentang
Ergggkkk..... Alhamdulillah....

237 : Bila Hati Sudah Berkenan

Image
Hari Jumaat lepas saje jer pergi berjalan2 di Mid Valley bersama 'I'. Tujuan sebenarnya sekadar membeli-belah tingkap sahaja dan tengok2 jam tangan. Dah lama bebenor teringin nak beli jam tangan, tapi sampai ke sudah tak beli2. Tak tau nak cakap camne, klu dah teringin nak membeli, tak jumpe pulak yang berkenan di hati. Akhirnya mata tertarik pada ......
Tissot Sport PRS330Cantik jugak jam ni. Tapi harganya.... perghh... setengah bulan gaji. Harga online pon USD400 before discount. Tapi klu tengok yang real lagi cantik daripada gambar di atas. InsyaAllah, akan aku rembat jugak sebijik Tissot tidak lama lagi...

236 : Mengantuk

Image
Semalam entah aper le salahnya, aku mengantuk giler tahap gaban peringkat ke 7 kat opis. Dah le sememangnya aku takde keje nak dibuat, bertambah le mengantuknya aku. Menguap entah berapa puluh kali, berdiri salah, duduk lagi lah salah. Kalau dapat tilam dan bantal tatkala itu, mau terlelap lena aku macam baby dalam buaian.
Malam sebelumnya aku tidor awal, seawal pukul 9.30 malam aku dan masuk tido. Terlelap entah pukul berapa. Bangun pagi pukul 6.30 pagi. Takkan tak cukup tidor lagi, ini dah terlebih2 tido namanya. Tapi kat opis, masyaAllah..... satu penyiksaan kalau mengantuk macam ni....