29 April 2010

235 : Jumpa Lagi Tahun Hadapan

Perjuangan di arena Bola Jaring telah berakhir. Semalam perlawanan terakhir Zon 6 di peringkat kumpulan. Kami bermain dengan baik jika dibandingkan dengan dua perlawanan sebelum ini. Telah wujud persefahaman diantara pemain terutama di bahagian tengah. Masih banyak yang perlu diperbaiki terutama dari segi passing yang nampaknya semua pemain mempunyai kelemahan. Perlawanan semalam berkesudahan dengan seri 6-6. Dengan 2 kekalahan dan 1 seri, punahlah harapan Zon 6 untuk masuk ke semi-final.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain. Walaupun tewas, kite tak tewas dengan telor ayam. At least kita memberikan saingan. Itu semangat kesukanan. Kepada semua pemain, Firdaus, Azmi, Amin, Saiful, Syed, Khairul, Wan, Shamrul dan Wahid, tahniah dan terima kasih. Tahun depan kite cuba lagi.

9 comments:

  1. huhuhuh..ingat Piala AFC mlm tadi..teruk gak Selangor kne 4 dibalas dengan telur ayam? awk ada tengok ke???

    ReplyDelete
  2. 4-0 ke selangor kalah? kalah ngan saper? tak tgk le pasal dah penat sgt, smpi rumah terus tido jer....

    ReplyDelete
  3. Salam afeez,

    kena post mortem . then susun strategi untuk pertandingan tahun depan.

    ReplyDelete
  4. cuba lagi tahun depan. dah bleh buat latihan sepanjang tahun. gerenti boleh juara tahun depan.

    ReplyDelete
  5. wsalam ayahanda zain : betul3 tuh, kene buat post mortem pastu kene merancang strategi untuk thn hadapan. start buat training bulan depan untuk pertandingan thn depan.. mesti menang punyalah

    madey : buat training sepanjang tahun, klu tak menang jugak, bubarkan jer team tuh....

    ReplyDelete
  6. Salam piz,

    Dun worry, nexy hang balas dendam lah... so, tahun nie dah kena susun strategi... tiap2 petang traning lah... hehehe...

    Kalau cheq bersukan balik, compem kalah group cheq... dah tak dak stamina dah... jog pun dah tak larat la nie... dah lama tak exercise... :)

    ReplyDelete
  7. wsalam tikah : betul3... klu nak menang thn depan, kene start prektis tahun ni... ihihi...

    ReplyDelete
  8. Salam Dik...

    Lelaki main bola jaring???

    Biar betul...Acik x tau lak...

    Wslm

    ReplyDelete
  9. wsalam kak su : kak su ni ketinggalan zaman betullah. org laen dah ke bulan, kak su masih lagi mengais2 tanah...

    ReplyDelete