234 : Perjuangan Diteruskan

Semalam perjuangan aku di arena sukan diteruskan lagi. Kali ini gelanggang Bola Jaring menjadi medan pertarungan kami. Tahun ini merupakan tahun ke 2 permainan Bola Jaring Lelaki dipertandingkan di Karnival Sukan Staf UM.

Semalam pasukan aku, Zon 6 turun untuk kali pertama untuk pertandingan ini. Permainan kami adalah permainan ke 4 semalam dan bermula pada pukul lebih kurang 8 malam. Team kami bermain dengan baik menentang Zon 3. Tetapi mungkin kerana kurang latihan dan kurang pengalaman oleh pemain2 baru, Zon 6 tewas kepada Zon 3 dengan 8-5. Bertambah malang lagi, seorang pemain kami telah mengalami kecederaan yang mungkin dia tak boleh main untuk game berikutnya.

Petang tadi, Zon 6 turun lagi untuk perlawanan kedua di peringkat kumpulan. Kali ini kami telah bertemu dengan Zon 1. Banyak kesalahan telah dilakukan menyebabkan pasukan lawan mendapat bola tatkala pasukan kami dalam posisi serangan. Banyak jugak kesalahan yang telah dilakukan di peringkat pertahanan dan menyebabkan pasukan lawan mendapat lontaran gol dengan mudah. Keputusannya, Zon 6 tewas untuk kali kedua dengan jaringan 10-4.

Esok perlawan terakhir di peringkat kumpulan. Susah nak agak samada Zon 6 dapat masuk semi-final atau tidak. Kalau tengokkan kepada kedudukan, mungkin tiada harapan. Kalau tewas lagi esok, bermakna nak cium bau tempat ke-4 seperti tahun lepas amatlah mustahil.

You Might Also Like

13 comments

  1. salam Afeezz..

    esok masih ada,
    tapi esok untuk siapa??? ..
    untuk zon 6 ka???

    akak doakan kejayaan esok untuk kumpulan 6 , insyaAllah

    ReplyDelete
  2. wsalam kak ummi : terima kasih kerana sudi mendoakan Zon 6. InsyaAllah, kami akan cube sehabis baek esok. Kalau kejayaan tidak menyebelahi kami, tahun depan sajer lah kami coba lagi...

    ReplyDelete
  3. hmm good luck lah yer..
    kalau nak semangat, panggil aku jadi pom pom boy esok

    ReplyDelete
  4. awk GK ke GS??? ke C jerk...apapun , selamat bersukan...

    ReplyDelete
  5. che pit : klu ko jd pom pom boy, aku rasa semua orang lari.... ngeri2....

    sahrom : aku maen GA jer

    ReplyDelete
  6. aku dulu main gak Bola Jaring nie..position aku GL je huhuhu a.k.a Geng Lepak...kahkahkah....

    ReplyDelete
  7. Salam afeez,

    semoga berjaya la besok tuh.

    mesti ganaz u all main tu agaknya yer. sebab tengok pompuan main pun ganaz hehehe

    ReplyDelete
  8. sahrom : hahaha... aku igt aper le GL tu...

    wsalam ayahanda zain : bola jaring klu lelaki main akan menjadi kombinasi bola keranjang, bola baling, bola sepak dan ragbi... mmg ganaz...

    ReplyDelete
  9. Salam Afezz...
    teruskan perjuangan yang belum selesai...

    ReplyDelete
  10. Salam Afezz,,
    cheq dulu main bola jaring mesti jadi C menci betul.... tak suka... c nak kena banyak bergerak... alasan depa sbb che pendek... huhuhu

    ReplyDelete
  11. wsalam tikah : pendek tu bukan sebab utama depa bg hang jd C. mungkin hang lebih fit, kuat berlari, ligat dan berstamina tinggi, pasal tu lah hang dilantik menjadi C. Satu penghormatan tau klu jd C ni. klu ditengokkan, kebanyakkan C yg maen utk bola jaring lelaki kat UM ni adalah pemain bola sepak dan futsal. and mostly mereka ni pendek lah... hahahah


    perjuangan masih belum selesai.....

    ReplyDelete
  12. ahaha..

    takpelah. kalau kalah pon..nak buat camana. dah adat pertandingan. ade kalah..ade menang..

    all the best la

    ReplyDelete
  13. madey : mme le adat pertandingan, tapi kalau bole mmg nak menang. tp dah tau dah sebab kekalahan itu...

    ReplyDelete