13 April 2010

227 : Sila Hadir Mesyuarat Ini

Beberapa minggu lepas, boss ada suruh aku menghadiri sebuah mesyuarat. Dia hanya memberi surat panggilan ke mesyuarat dengan nota ringkas bertulis, "En Hafiz, sila hadir mesyuarat ini". Setelah aku melihat surat penggilan ke mesyuarat itu, aku sedar bahawa bukan aku yang sepatutnya menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Post-Mortem SUKMUM bla.. bla.. bla.. Aku tak pernah terlibat dalam perkara-perkara berkaitan SUKMUM dan mesyuarat Post-Mortem selalunya memerlukan maklumbalas mengenai perkara berkaitan. Jadi, klu aku tak pernah terlibat, macam mana aku hendak memberikan maklumbalas?

Aku memanggil Sister Noraini, aku bertanya samada beliau nak hadir tak mesyuarat tu kerana aku tak tahu menahu tentang SUKMUM ni (klu bukan mesyuarat post-mortem, bole le aku hadir). Sister Noraini jawab "boleh" ringkas beserta beberapa bebelan lain yg aku tak ingat.

Minggu lepas aku berjumpa boss mengenai perkara ni. Aku memaklumkan kepada beliau sebab2 kenapa aku tak sepatutnya hadir mesyuarat tu. Boss marah aku, sebab bagitau Sister Noraini pasal mesyuarat tu. Aku konfius. Dia cakap, Sister Noraini tu nanti bising, semua benda dia akan bagitau dalam mesyuarat tuh, nanti jabatan dapat malu. Kekonfiusan aku berlanjutan. Bagus lah kalau dia bising, setidak2nya orang akan tahu masalah yang kita hadapai masa SUKMUM tuh. Kalau kita senyap jer (macam Boss selalu buat) nanti orang akan berfikir semuanya baik walaupon seribu satu macam masalah melanda jabatan ni semasa SUKMUM. Dengan berat hati, boss mengarahkan Sister Noraini hadir.

Aku rasa tindakan aku betul. Kalau aku yang hadir, aku tak tahu aper yang akan aku laporkan. Lebih baik orang yang terlibat pergi, jadi banyak perkara yang dapat dilaporkan. Tak kisah lah kalau memalukan jabatan, asalkan perkara tu memberi kebaikan kepada jabatan. Tidakan boss yang hanya nak buat bodoh jer rasanya tak sesuai sebagai seorang boss dan tidak prihatin langsung kepada kebajikan kakitangan bawahannya.


~Salam Sayang~

10 comments:

  1. saudara afeez, maaf sy bertanya..saudara ini lelaki atau perempuan..klu ikut nama memang lelaki tetapi klu ikut gaya penulisan, seperti seorang wanita..maaf jika menyakiti hati :-)

    ReplyDelete
  2. hahahah.... salam sahrom : sib baek aku kat opis, klu kat umah dah guling2 tergelak atas lantai. aku adalah seperti nama aku, gaya penulisan tu boleh diubah2.. ikut perasaan masa tu. mungkin masa tulis entry ni, nak jadi pompuan kot... hahahha... tak koser mak...

    ReplyDelete
  3. Salam Afeezz..

    Hikhik nak gelak guling2 jugak laa dgn statement si sahromnasrudin tue..perasaan berubah2 takpe kot jangan awak yang berubah2 sekejap jd lelaki sekejap jd pompuan udah hihi tak larat..

    ReplyDelete
  4. wsalam syima : berubah2 kat FB jer...

    ReplyDelete
  5. Salam Afeezz,

    Che pun tergelak guling2 baca komen sahromnasrudi...

    ReplyDelete
  6. wsalam tikah : aku tgh bayangkan camner tikah gelak smbl guling2 atas lantai... mesti lucu...

    ReplyDelete
  7. salam anakanda

    Mama senyum sikit je, tulah gambar kat fc!sorii...

    ReplyDelete
  8. wsalam mama ju : FC tu aper? FB ker?

    ReplyDelete
  9. ish ish ish sahrom

    ada ke patut hang kata best pren aku ni perempuan?

    syima n tikah, cheq pun nak tumpang berguling2.. err afeezz ko tak yah bygkan aku guling2, sbb, err sbb, err sbb ko sdiri tahu nape kan, hehe

    ReplyDelete
  10. salam che pit : klu ko terguling2 sure ternampak perot ko yg bulat tuh... kan.. kan.. kan..

    ReplyDelete