03 February 2010

201 : Sungai Dalam Laut

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika anda termasuk dalam golongan yang gemar menonton rancangan TV 'Discovery' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang professor muslim, kemudian dia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Professor itu teringat kepada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu bermaksud "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Di sana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT. Wallahualam....






Renung-renungkan ...

17 comments:

  1. Salam Afeezz,

    Subhanallah.
    Indahkan..sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu dgn sia2.
    Kejadian jet yang melanggar tower di NYC tue sbntrnya pun telah tertulis dalam Al-Quran
    Maka sebab itulah para Kafir laknatullah ingin menjatuhkan umat Islam kerana apa? kerana kita ada kekuatan yang mereka tiada..Al-Quran & As-Sunnah..Wallahua'alam

    Sy pun turut telah dapat email yg sama.

    ReplyDelete
  2. salam cik syima : malangnya ramai dikalangan orang islam sendiri telah meninggalkan al-quran.... wallauhualam..

    ReplyDelete
  3. Tepuk dada tanyalah iman..
    Memang betul ramai Umat Islam yang meninggalkan Al-Quran..smg kita bukanlah dari golongan yang sedemikian..Nauzubillah

    ReplyDelete
  4. erk, kat mana aku tgk aritu ek.. rasanya kat email..

    jom kita g mandi kat sg tu

    ReplyDelete
  5. Pijal,

    cuba hang tgk balik siapa yg fwdkan email tue ngeh3x..

    huh..cheq tak pandai berenang..nak ke sungai tue kena selam ke dasar lautan..

    ReplyDelete
  6. erk, laa rupanya kwn cheq yg forward..
    patut ler rasa mcm pernah tgk..
    time kasih ler pada kawan cheq tu

    ReplyDelete
  7. salam cik syima dan cik CP : nak pi mandi kat sungai tu bukan jer kene pi menyelam dulu, tp kite kene terbang ke mexico sana... baru boleh bermandi-manda dalam sungai tuh... ade sesiapa nal sponsor?

    ReplyDelete
  8. terkezut daddy dgn kejadian Allah yg menakjubkan. sila tulis je kejadian2 pelik utk tatapan kami semua. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  9. salam daddy : ni sy dpt dr e-mail. InsyaAllah.... klu ade sy akan postkan untuk dikongsi bersama...

    ReplyDelete
  10. salam

    wowwwwwwww

    tulisan adikku berlainan hari ni...

    ReplyDelete
  11. wsalam kanda CM : bukan saya yg menulis, saya cume mengopi dan mengepes jer...

    ReplyDelete
  12. salam apiz...

    email cheq dah masuk 2 ribu lebih tak berbaca...mungkin antaranya email dr kawan cheq bernama shima...

    terima kasih meng copy email tu ke sini...baca juga cheq akhirnya...

    ReplyDelete
  13. Salam anakanda afee,

    az juga dapat emel ini. SubahanaALlah

    ReplyDelete
  14. Salam afeezz...

    Wah... sonoknya kalau dpt p mandi sungai tu... hehehe

    ReplyDelete
  15. salam...

    satu persatu kekuasaan dan kebesaran Allah yg ditemui ,suatu masa dulu berita tentang imej bunga ros dilangit dan mereka jumpa dalilnya dlm surah Ar Rahman.

    akak pun dpt gak email gitu , tp tak perasan lak nk wat N3 dlm blog , he he he , baca lah kat sini lagi sekali ..

    ReplyDelete
  16. Salam Anakanda Afeez

    Dah makan pagi?pekena apa pagi ni?
    Indah sungguh alam ciptaan tuhan...kita jgn sampai terlalai...ingat Allah sentiasa...bye

    ReplyDelete
  17. wsalam cik hanis : lama dah hang tak mai umah cheq noe.. hihih.. sy tau ramai yg dah terima e-mel ni, tp sy rasa e-mel ni very interesting, tu yg sy postkan kat sini.

    wsalam ayahanda zain : sekadar nak kongsi bersama dengan sape2 yg tak terima e-mel ni. sharing is caring..

    wsalam cik tikah : macam yg sy dah tuliskan kat atas tu, klu nak pi mandi kat sungai tu, memula kite kene terbang ke mexico, pastu kite kene menyelam kat dasar laut, masuk gua keluar gua baru smpi kat sungai tuh...

    wsalam kanda ummi : sy dah takde modal nak wat entry baru, pastu sy dapat e-mel ni dan sy rasa sangat menarik untuk dipostkan...

    wsalam mama : lom sarapan lagi, tp dah beli dah... sat lagi sarapan lah, klu mama nak join, dan sgt ni... mai lah...

    ReplyDelete