27 January 2010

198 : Seronoknya Dapat Berjumpa Kawan Lama

Sejak2 join facebook ni, dapat jumpe balik kawan2 lama. Kawan2 sekolah rendah, kawan2 sekolah menengah dan jugak kawan2 masa belejar dulu. Disamping tu, dapat gak buat kawan2 baru, mesra di alam maya tapi tak pernah bertemu muka. Inilah kelebihan laman web sosial ni selagi kita tak menyalahgunakannya untuk tujuan2 yang kurang sihat.

Semalam seronok aku dapat berjumpa kawan2 baek masa belajar kat ITM Perlis. Mulanya di facebook akhirnya kami merancang untuk berjumpa. Dah lama rasanya tak berjumpa, tak bertanya khabar, tak merepek merapu dan meraban bersama. Idea perjumpaan dicetuskan oleh Awie, roomate aku masa Part 1. Dia ni masa jadi roomate tak berapa baik ngan aku, bila dah tak jadi roomate baru rapat, walaubagaimanapun aku tak pernah sekelas dengan dia sepanjang 3 tahun aku belajar. Yang bestnye, kami ni kembar, tarikh lahir sama, tarikh sama, bulan sama, tahun pon sama.

Lagi sorang kawan yang join, namanya Zam. Best friend aku masa kat ITM. Roomate aku masa part 2 ngan part 3. Classmate aku masa part 1 dan part 2 sebelum aku disingkirkan dari Kelas B masuk ke Kelas C. Pengunjung setia bilik aku masa part 4 hingga part 6, rakan lepak aku kat balkoni setiap hari.

Lagi sorang kawan yg sudi join, namanya Adon. Roomate aku masa part 4 - part 6. Salah sorang best friend aku gak. Classmate aku dari part 3 - part 6. Masa konvokesyen kami duduk sebelah menyebelah, maklumlah nama start ngan huruf H.

Kami berjumpe di Old Town White Coffee, Bangsar South memandangkan semuanya tahu tempat tu. Banyak yang kami bualkan, dari perihal kawan2 yang laen, cerita2 lama masa di ITM dulu, cerita pasal kerja hinggalah ke kisah2 cinta zaman muda mudi. Seronok rasanya dapat jumpa dan lepak2 dengan best friend. Susah dah nak lepak2 macam ni since mostly mereka ni dah ade komitment laen....


Salam Sayang...

7 comments:

  1. Salam Afeezz,

    Memang seronok jumpa kawan2 lama.
    Setuju sgt dengan adanya FB tue dapat keep in touch dgn kawan2 yg sebelum nie tatau nak jejak macamana.
    Bayangkan my friend dlm FB hampir mencecah 400..itu semua adalah yg sy kenal..kalau nak accept yg tak kenal rasanya memang lebih dah..

    Sy pun tengah merangka nak buat reunion utk our dormates nie..semuanya dijejaki dr FB..Kalau kita guna utk tujuan baik, baik laa jugak kita dapat..kalau tujuan salah, yg salah laa yg kita dapat..

    Ops FB bleh guna untuk chatting ke? hahaha

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Betul ler shima, afeezz.... FB menemukan kembali dengan kawan2 lama yang dah lost contact bertahun lamanya... seronok bila dpt jumpa balik ngan kawan2 lama nie... banyak cerita baru yang dpt.. dlm pada tu, tersedar... ramai juga kawan dah kembali pada-Nya...

    Shima... FB guna untuk Chatting? hang ker tu? kura2 dalam perahu lak....

    ReplyDelete
  3. salam cik syima dan cik tikah : klu tak dpt jumpe, atleast boleh bertanya khabar melalui FB, bole tgk gmbr mereka dan sebagainya. sebenarnya FB ni mmg bertujuan baek, tp ade segintir masyarakat yg menyalahgunakan kemudahan ni. Klu tak silah, Indonesia dah mengharamkan FB ni, tak tau ler kesahihannya, sy baca sekali dalam paper. klu nak tau, tuan punya FB ni adalah orang paling kaya di dunia dikalangan yg muda2 macam kite ni.. (hihihi.... mude ker?)

    ReplyDelete
  4. Afeezz...mmg best kalau jumpa kawan2 lama. Pernah 1 ketika saya jumpa kenalan lama stlh 22 tahun tak bersua. Yg best tu, kami kerja 1 jabatan bertahun2 tp tak kenal..maklumlah lupa langsung paras rupa, sehinggalah kami sama2 outstation...tgh mkn mlm, tetiba hilai tawa dan senyuman meleretnya mengingatkan saya kpd sapa sebenarnya dia. Bila org dimeja makan beransur2 meminta diri, saya bertanya...samada dia berasal dr Banting, mempunyai kakak bernama Aizar dan pernah duduk di Kg Baru btw 1978 - 1983....dia terperanjat dan bertanya "Ya Allah, mana Imran tau ni...betul sayalah tu" Saya gelak guling2, dan terus mengenal diri dgn lebih terperinci...kami sembang dan sembang sampai ke pagi. Afeezz..kkdg bila dah lebih 20 tahun tak jumpa...kita lupa hampir segalanya, tp tentu sesuatu yg signifikan spt hilai tawa dan senyuman atau lain2 yg membuat seseorang begitu istimewa dan lekat dihati kita....HAVE FUN my bro with ur long lost friends.

    Percayalah bertemu shbt2 lama adalah takdir indah yg dihadiahkanNya kpd kita. Jgn dipersiakan.

    ReplyDelete
  5. salam kanda imran : mmg betullah tuh, klu dah lama tak jumpe, kadang2 berselisih pon kite tak akan perasan. tp klu dah berjumpe tu, harap2 akan berterusan lah persahabatan..

    ReplyDelete
  6. Salam Afeez,

    az tak ada FB la. Jadi tak adalah nak jumpa ngan kawan2 lama macam afeez tuh atau macam si meran tuh.

    Hari ahad ni nak turun putrajaya kawan satu kampus nak terima menantu. Kena pergi tuh.

    ReplyDelete
  7. salam ayahanda zain. AZ takde FB mungkin AZ ade cara lain nak carik kawan2 lama. FB tu salah satu alternatif nyer, yg agak popular masa kini. skrg ni plak sibuk ngan twitter, tak tau lah ape ke bende nye tuh

    ReplyDelete