05 January 2010

192 : Entry Pertama Tahun 2010

Assalamualaikum pembuka bicara tahun 2010.

Mari kite recap balik aper yang telah berlaku dalam tahun 2009 yang lepas. Sebenarnya tak banyak perkara menarik yang berlaku. Terasa kehidupan ini semakin hari semakin membosankan, semakin kesunyian dan semakin kesuntukan. Tercapaikan azam tahun lepas? Tiada azam yang aku letakkan untuk dicapai. Tetapi ada beberapa keinginan aku yang berjaya dicapai walaupon tak pernah diazamkan. Semuanya atas kehendak diri sendiri.

Pada bulan Jun 2009, aku telah berjaya memperolehi sebuah laptop baru untuk menggantikan pc aku yang dah hampir barai. Walaupun telah mendapat laptop baru itu, pc lama tu masih aku sayang kerana di dalamnya ratusan gambar bogel aku yang disimpan sejak aku memperolehi kamputer itu. Ada lah dalam 7-8 tahun yang lepas. Kemudian, di dalam pc tu terdapat banyak games kegemaran aku. Sekali sekala aku akan onkan pc tu.. takut klu lama tak bukan, rosak plak nnt.

Dan seperti yang telah diketahui ramai, kemuncak tahun 2009 aku telah berjaya memperolehi Cik Siti Nur. Sebelum ini tak terlintas pon di fikiran aku malah aku tidak pernah pun ada keinginan untuk memiliki Cik Siti Nur, ataupun 'cik-cik' yang lain. Tetapi pada bulan September 2009, telah berlaku satu pencetus dalam hati yang membuatkan hatiku membuak2 untuk memilikinya. Persediaan mmg telah lama aku lakukan, dan pada penghujung bulan Oktober 2009, aku telah mengikat kata dan pada bulan Disember kami disatukan. Nasib aku agak baik, kalau mengikutkan perkiraan asal, aku mungkin hanya dapat bertemu Cik Siti Nur pada bulan Februari 2010. Tapi nasib telah menyebelahi aku, ia dapat dipercepatkan.

Tahun 2009, tak banyak aktiviti Cuti-Cuti Malaysia yang dapat disertai. Pada bulan Januari, aku dan beberapa rakan telah pergi ke Port Dickson atas urusan tugas tidak rasmi. Kami telah ditugaskan untuk membuat lawatan ke beberapa tempat untuk menganjurkan kursus untuk kakitangan pejabat. Satu hari sajer, pagi pergi petang dah balik. Pada bulan Jun dan Ogos aku telah pergi ke Genting Highlands. Pada bulan Jun pergi bersama keluarga dan pada bulan Ogos pergi bersama skendel. Oleh yang demikian, tahun 2010 ni malas dah nak naik ke Genting, boring dah.. hahah... Pada bulan Julai pula aku telah diundang untuk bercuti di Kelantan di rumah seorang sahabat. Aku telah ke sana dengan flight dan pulang ke KL menaiki kereta kawan aku tuh. Pada bulan Julai dan Ogos aku telah ke Cameron Highlands. Bulan Julai aku telah singgah di Cameron Highlands dalam perjalanan pulang ke KL dari Kelantan. Bermalam semalam di Cameron dan pulang keesokan harinya. Pada bulan Ogos pula aku telah diminta untuk menemankan kawan aku ke Cameron. Bermalam di sana satu malam dan pulang keesokan harinya. So, tahun depan aku taknak ke Cameron dah, klu ade sesaper nak ajak aku pi jalan2, ajaklah ke tempat lain. Highlight aktiviti Cuti-Cuti Malaysia aku tahun ni adalah percutian ke Pulau Pinang pada bulan Disember. Syok sangat pi Penang, rasa nak pi lagi jer...


Salam Sayang ...

17 comments:

  1. salam dik afeezz...
    inai di jari2 cik siti nur tu dah hilang ke belum ( plastik le tu ).
    lps ni kalu nk g penang lagi buat rombongan dgn geng blogger pulak tau , konvoi dgn kete lak .pastu boleh le terus ke Padang Besar lak .

    ReplyDelete
  2. wow! meriah gak hari2mu di thn 2009. semoga thn ni lebih sukses dan segala yg diingini akan tercapai...

    ReplyDelete
  3. Salam afeezz,

    Salam tahun baru 2010
    Smg kehidupan anda akan lebih dirahmati dan menggembirakan I/Allah

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam afeez,

    kau ni memnag kelakau giler sampai tahap gaban juga, ... ada yang az senyum sampai ke telinga, ada gak yang terkekek2 juga membacanya satu persatu.

    ok lah, selamat tahun baru. sayangi lah boss anda.

    ReplyDelete
  6. salam kanda ummi : inai tu hari kedua dah hilang, takleh lama2 pakai inai tuh.. Ok gak idea kanda tu, konvoi2 ramai2 ke penang geng blogger... bole dirancang...

    salam daddy juk : insyaAllah.. semuga tahun 2010 ni lebih sukses dari tahun 2009...

    salam sahabat syima : salam tahun baru, semoga kita semua diberkati Allah tahun ni, jauhkan dari segala bencana, tingkatkan martabat Islam di Malaysia. Mula2 nak guna nama Allah, pasni nak aper lagi agaknya...

    Salam sahabat comment deleted : saper author yg removed komen anda tuh?

    salam ayahanda zain : suka dapat buat orang tersenyum riang, walaupon AZ seorang. sayangi boss?? erm.. idak ler

    ReplyDelete
  7. Afeezz,

    Sy yang delete sbb comment yg sama appear 2 kali.

    ReplyDelete
  8. syima : hikhikhik... takpe2.. sajer jer wat lawak kat atas tuh

    ReplyDelete
  9. Salam afeez,

    tadi az dengar ceramah motivasi. Satu yang az ingat ialah bila kita kena marah dengan seseorang, kita sedekah dia al_Fatihah, Isnya Allah.

    sesekali kau baca al fatihah, hembuskan ke muka boss kau tuh, kita tengok ada apa-apa perbezaan tak

    ReplyDelete
  10. hmm bila nak bawa aku naik cik siti ko.. g jenjalan.. tunaikan janji yg tak tertunai tahun lepas, huhuhu..

    ReplyDelete
  11. salam ayahanda : berkesan ker? nnt sy try, tp hembus dari jauh ler, klu hembus depan muka, mau kene pelempang plak nnt... hahah

    salam sahabat che pit : hahhaa... akan tertunai dalam tahun ni...

    ReplyDelete
  12. Salam Apezz,
    Cayalah...tula peristiwa disember yang sungguh kontraversi tuh...cik siti tu sungguh membuat mu rasa bangga yek...satu achievement tu...senyum melerek je...post le gambar apezz tengah bersanding...nak juga tengok....ada gaya tak?

    ps: bos tu kalau ko hembus depan-depan pun tak pe...esok-esok kalau lalu pintu bilik dia, baca Al-'Aziz, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir....hembus ke arah pintu dia, sebelum jumpa dia pun baca tu dulu banyak kali...pasti lembut hatinya...

    Adakalanya ada bos bongok pun ok gak, sebab bila dia bongok, kita jadi pandai...

    ReplyDelete
  13. salam afeezz..
    sebagai penambah petua doa AZ dan datin , ko pergi kat blog akak pd catatan Rabu 20 Mei n ko amal , InsyaAllah.

    ReplyDelete
  14. salam kanda nija : gambar bersanding tu kan sy dah postkan, bole tgk kat posting no. 186.. nak baca surah2 tu berkesan ke kepada kap lam ya nga?

    salam kanda ummi : nnt sy tgk kak ummi nyer entry tu.. insyaAllah... rabu, 20 mei...

    ReplyDelete
  15. Salam Apeez,
    Memang akak dah jangka, waaa...sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua, tak pernah akak tengok pengantin bersanding senyum menyeringai gitu...pasti happy giler le tu....tu yang bawak gi honeymoon ke Penang tu ye...baru-baru tu boleh ke bawak honeymoon jauh-jauh tu....

    ps: kap lam ya nga pun manusia juga, hati dia pun Allah yang jadikan, malah Allah dengar apa yang dibisikkan...jadi, bila ko doa, kacang putih je Allah bolak balikkan hati dia tu...terus jatuh sayang kat ko Peez...

    ReplyDelete
  16. salam

    dear afeezzz

    kemana menghilangnyaaa afeezzzz

    ReplyDelete
  17. salam kanda nija : sy pi penang ngan bas ler, bukan ngan cik siti.. hihi... kak nija, sy taknak dia sukakan sy, sy nak dia bertanggungjawab sikit, jadilah boss yang sebenar....

    salam kanda My Life : ade ni, tak ke mana pon, lately ni macam malas2 jer...

    ReplyDelete