30 October 2009

Posting No. 170 : Kisah Seorang Gei

Hahaha... Dah nasib aku, tak tau lah nak consider baik atau malang. Ramai betul lelaki gays yg minat i. Auw.. tak koser mak nak layan hadek2 ni. Setakat nak berkawan tu aku bole lah terima, ni sampai nak couple2 ni, isk.. tidak lah yer. Nabi tak mengaku umat, sia2 hidup di muka bumi Allah ni.

Semalam dek kerana takde keje nak buat malam2, macam biasa aku online. Layan fesbuk. Boring dengan fesbuk, aku layan plak blog, habis semua rumah kawan2 aku lawat. Boring berblog aku on YM, takde saper pon kat YM. Aku masuk plak tagged.com. Wah.. ramainya friend request. Aku accept semua tanpa banyak bicara. Memang aku tau, kat tagged ni ramai lelaki songsang, tapi aku tak kisah. Lagi pon, aku bukannya layan sangat tagged macam aku layan fesbuk. Macam biasa lah, lepas accept friend request, mesti ade message yang masuk. Aku layan jer. Dan message ni paling best sekali....

Lelaki Gay Itu : adkah ruang utk saya mengenali awak bro.............tengok bibtang hati merah tu dh penuh.....mesti ade somebody yang dh curi hati u

Saya : ade jer ruang klu nak berkenalan. jgn hiraukan bintang2 hati merah tuh...

Lelaki Gay Itu : sejujurnya saya memang sukakan awak.........saya tak mahu bertepukk sebelah tangan...........dan semuga kehadiran saya tak mengganggu awak..........check profile saya dulu...sejujurnya klu awak dh ade yang special...........saya undur diri.........tapi awak memang di mata saya...........

Saya : hahah... abg jgn le macam ni... belum ape2 dah suka. mane le tau sy ni jahat ker. saper yg susah nnt

Lelaki Gay Itu : dari air muka u ..........u bukan jenis jahat........abg bole kenal........sejujurnya ang suka dengan u.......feezz tak jawab lagi soalan ang tadi.........adekah abg bertepuk sebelah tangan...........kalau tangan abg tak disambut abg tak kisah.........abg jenis tak memaksa.n low profile..........cuma abg nak cari yang betul2 minat kat abg...........abg bottm.........maaaf yer,,,,,,,,,celupar pulak mulut feezz cam mana

Saya : hahha...susah nak jwp soklan2 abg tuh...

Lelaki Gay Itu : permudahkan lah.dh matang kan.he he he

Saya : hihihi..... can we be just friend? for the time being?

Lelaki Gay Itu : k..........fezz dok mana...satu hari nanti boler jumpa..............

Saya : dok selayang ni.. abg kat maner?

Lelaki Gay Itu : abg kat kelang////////////pls fezz berilah abg jawapan pasti..........abg susah lah abg klu dh suka sesa orang................u amcam jiwa n raga lah

Saya : hahaha.... sabar2... jgn ribut2

Lelaki Gay Itu : ok lah rezz........abg faham pendiriann rezz abg tak perlu memaksa sesaorang suka pada abg....anyway satu hari nanti kte boler jumpa ker.......u top ker

Lelaki Gay Itu : bole send phone no tak klu sudi bagi

Lelaki Gay Itu : nakal yer........mana ade ribut..............wajah rezz yang buat abg kemamai

Lelaki Gay Itu : abg rela hambakan diri untuk rezz...........hanya untuk mu sayang

Lelaki Gay Itu : ambil lah klu sudi nak simpann no abg .019-350 xx xx

Aku kemudian membiarkan lelaki itu. Malas rasanya nak meneruskan perbualan, pasal aku sendiri tak tahu nak cakap apa. Takut plak klu2 aku terjebak sama. Ayah Zain or Kak Mas kalau nak bg ceramah motivasi kat dia ke, nasihat2 sikit ke, bole mintak nombor dia kat saya.

Salam Sayang ...

28 October 2009

Posting No. 169 : Kisah Seorang Gila

"Kalau pendek umur, mungkin aku dah mati terbakar semalam, Alhamdulillah... Allah masih memberi aku peluang untuk hidup".

Itulah kata2 yang dapat aku berikan untuk kejadian semalam. Nyaris2 aku mati terbakar, klu nasib tak baik, mau merana kene 4th degree burn. Semalam, dalam perjalanan ke tempat kerja, aku telah singgah di stesen minyak Petronas Jalan Ipoh Batu 8 (stesen kegemaran aku) untuk mengisi petrol. Aku telah mengambil pam yang paling depan. Setelah membuat pembayaran untuk harga petrol yang diperlukan, aku terus mengisi petrol ke dalam tangki moto kapcai aku.

Sedang aku leka mengisi petrol, mata aku tertumpu kepada seseorang. Seorang lelaki india, kotor, tidak berkasut, berseluar pendek dan berbaju T terbalik. Sah... orang gila dari pandangan aku. Aku tak mengendahkan lelaki itu, dia lalu disebelah aku tanpa aku mensyakki sesuatu. Tanpa aku sedari, lelaki itu berpatah balik dan tiba2 dia menyalakan lighter ke arah tangki petrol moto aku ketika aku sedang mengisi petrol ke dalamnya. Aku terkejut, tergamam. Lighter itu menyala. Aku tak mampu berkata apa2. Kemudian lelaki itu terus berlalu menjauhi aku tanpa rasa bersalah (dah org gila, aper yg dia rasa). Aku hanya memandang sahaja. Lelaki itu terus berlalu dan kemudian berhenti bercakap sesuatu dengan seorang lelaki India yg turut beratur untuk mengisi petrol.

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja aku berfikir, betapa bahayanya keadaan yang aku lalui tadi. Kalau dibuatnya petrol tadi menyambar api lighter orang gila itu, mau meletup moto aku, dan sah2 aku pon mungkin innalillah. Klu nasib tak baik, dengan stesen2 tu pon boleh meletup. Bersyukur aku kepada Allah swt, Dia masih memberikan aku peluang untuk hidup.


Salam Sayang ...

26 October 2009

Posting No. 168 : Aku Dahulu Dan Sekarang

Seperti yang telah dijanjikan, ini adalah beberapa keping gambar aku dulu dan sekarang.

DULU
Gambar sekitar tahun 2006 dan 2007




KINI
Gambar tahun 2009



Terserahlah kepada anda untuk membuat penilaian sendiri. Jangan kutuk dah ler. Gambar tahun 2009 semua pernah post kat sini, tu jer yg ade.


Salam Sayang ...

Posting No. 167 : Dahulu dan Sekarang

Tertarik ngan entry Cikgu Mas, bertarikh 25 Oktober 2009 tentang usaha beliau untuk berdiet dan menguruskan diri, aku pon nak cerita usaha2 aku dalam mengekalkan berat badan unggul. Bukan pompuan jer yg sibuk2 nak jaga berat badan, lelaki pon perlu untuk menjaga berat badan masing2 agar nampak sentiasa gagah dan perkasa. Kebanyakan lelaki akan menjadi gemuk a.k.a boroi bila mereka dah berkahwin. Mungkin lah sebabnya, sang isteri menjaga dengan baik si suami dari segi makan dan pakai nya. Masa bujang semua kene buat sendiri, makan kene beli, klu malas makan meggi je. Tapi bila dah berumah tangga, makan terjaga, pakai pon terjaga. Si suami duduk goyang kaki manakala sang isteri sibuk melakukan itu dan ini. Yang bestnya, bila sama2 mengembangkan diri. Hahaha... aku dah mula merepek...

Berbalik kepada tujuan asal penulisan entry ini, zaman2 aku muda remaja dan masih belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia, berat badan aku (seingat2 aku ler) 71kg. Ni adalah berat badan unggul aku, lebih kurang lah, klu dibandingkan dengan tinggi aku 171cm. Bila dah tamat belajar, berat badan meningkat sedikit demi sedikit. Aku masa tu tak kisah pon tentang peningkatan berat badan aku ni. Makan memang selera jer, tambahan plak dah pegang duit sendiri, giat sungguh makan itu dan ini.

Tanpa ku sedari aku telah mengembang dengan pesat sehingga satu ketika berat badan aku mencecah 102kg. Start dari itu, aku mula risau akan perkembangan pesat aku ni. Mungkin kerana terkejut berok dengan angka 102kg itu, selera makan aku tiba2 berkurangan. Aku mula kurang makan. Aku mula tak makan tengahari untuk satu jangkamasa yang panjang. Bukan tujuan berdiet, tapi aku tak ada selera. Perubahan berlaku pada aku dan masyarakat sekeliling menyedari nya. Aku juga menyedari bila seluar aku mula longgar, tali pinggang juga dah longgar. Pada satu ketika, berat badan aku merudum ke angka 88kg.

Aku mula rimas, bila seluar asik nak jatuh jer. Sikit2 aku kene tarik ke atas. Tali pinggang aku sampai 2 kali aku potong untuk memuatkan kat pinggang aku ni. Orang mula bercakap yang aku sekarang dah kurus. Bila berjumpa kawan2 mesti depa cakap yang aku dah kurus pastu nak tau rahsia kekurusan aku ni. Aku hanya mampu tersenyum dan berkata yg aku tak berdiet pon, cume kurang makan jer akhir2 ni. Aku gembira dengan keadaan sekarang.

Sekarang, berat badan aku 84kg. Tahun ni puasa penuh pon tapi berat badan tak turun (tahun lepas bulan puase aku naek 2kg). Tapi aku bersyukur, tak naik. Baju dulu pakai saiz XL, takpon 2XL, sekarang dan pakai L. Seluar dulu pinggang saiz 40, sekarang 38 tapi still longgar. Kalau tak pakai tali pinggang, Kak Mas tarik sure terlondeh seluar aku. Pernah try saiz 36, tapi tak selesa pulak.

Anyway aku bersyukur dengan keadaan sekarang. Aku dah bole menggayakan baju yg lebih vogue, hahaha. Klu dulu nak cari baju yg cantik dengan saiz begitu, amatlah susah. Apa2 pun aku nak turunkan lagi berat badan aku, nak shape sikit body ala2 model seluar dalam renoma, built up sedikit muscle, yang penting 6 pax abs (auw... sungguh mengiurkan).

p/s : nantikan aku upload gambar sebagai perbedaan dahulu dan sekarang.


Salam Sayang ...

25 October 2009

Posting No. 166 : Kiwi Kleen Fabric Starch

Tengahari tadi pegi ke Tesco Extra Selayang, just teman kakak nak beli barang. Macam biase ler, aku takde rancang pon nak membeli ape2. Tapi akhirnya aku tertarik hati nak membeli bende ni, Kiwi Kleen Fabric Starch.


Sebenarnya, pernah gak dengar pasal produk ni, tapi tak pernah pulak terjumpa kat mana2 pasaraya. Tapi tadi macam mana ntah bole plak terberenti kat depan shelf produk2 seumpama nya. Ade 3-4 brand produk yang seumpama dengannya dari semurah rm3.00++ hingga lah ke rm10.00++. Jadi aku pon amiklah yang harga di pertengahan, sekadar nak mencuba, klu bagus bole beli lagi, klu tak.. tak payah lah, guna air jer.

Tadi dah pon cube try test pada salah satu baju aku yg susah nak iron dan kedut nya susah nak hilang. Memang senang nak iron guna benda ni, spray jer pastu iron, smooth jer jadinya. Tapi kedutan tu mmg susah nak hilang, mmg jenis kain dia macam tu kot. Belum try lagi kat baju2 yg lain.

Hahaha... aku rasa dah macam jadi jurujual plak. Siapa yang berminat, boleh dapatkan di pasaraya berhampiran anda.


Salam Sayang

21 October 2009

Posting No. 165 : Kursus Pembentukan Sahsiah Kerjaya, Mac 2009 @ Glory Beach Resort, Port Dickson

Kursus Pembentukan Sahsiah Kerjaya telah diadakan pada bulan Mac 2009 bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson tapi gambar-gambar semasa kursus tersebut baru sahaja aku dapat. Punya lah lama mintak kat minah tu, minggu lepas baru le dapat. Isk3... Apa2 pon, ini adalah sebahagian daripada 1000++ gambar yang telah diambil, aku sekadar nak berkongsi bersama sahaja...


Gambar2 sebelum perjalanan.. happy sungguh mereka yg naek bas


(1) Peserta kursus sebelum memulakan kursus
(2)Ucapan pengerusi jawatankuasa kursus



(1) Peserta kursus khusyuk mendengar taklimat
(2) Peserta kursus yg tak khusyuk mendengar taklimat



Peserta kursus tekun menjawab soklan ala2 tengah amik SPM gitu


Suasana minum petang, takde best sgt minum petang dia


(1) Uish.... garangnya fasilitator ni, kene marah la ni...
(2) Aktiviti meniup belon


(1) Belon dah besar, tapi tak meletup2 gak...
(2) Peserta2 kursus



Pertandingan Miss Neswspaper World 2009


Peserta2 perandingan Miss Newspaper World 2009


(1) Pemenang pertandingan Miss Newspaper World 2009
(2) Happynyer peserta kursus, kursus ke aper ni...



Dinner....


(1) Pertandingan melukis untuk kanak-kanak
(2) Persembahan tarian oleh peserta wanita



(1) C'mon lets twist again.... c'mon..
(2) Penonton persembahan peserta


(1) Tak habis lagi tarian twist ni... sakan makcik2 ni menari
(2) Persembahan peserta lelaki dengan penyanyi cilik jemputan



Persembahan peserta lelaki..


(1) Gambar kenang-kenangan
(2) Menuntut hadiah masing2... hamper jer..


Salam Sayang ...