30 December 2009

Posting No. 190 : AlKisah Seorang Boss Yang Bongok

Hari isnin lepas aku cuti. Sekadar cuti rehat, takde ke mana pon. Walaupun aku sedang bercuti, aku masih tahu ape yang berlaku kat opis. Aku ramai informer. Dalam tengahari isnin tu, ade sorang staf aku telefon, sekadar bertanya tentang satu surat. Aku mengaku mmg aku yang menaip surat tu, macam biase le, dah tugas. Dia cakap ade berlaku kekeliruan terhadap surat tuh dan si boss telah menyalahkan aku atas kekeliruan tu. Terus menyirap darah aku, kenapa dia salahkan aku sedangkan dia yang tandatangan surat tu. Aku hanya menyediakan surat tuh. Dia tak baca ke sebelum tandatangan? Staf tu mintak aku cool jer besok dan tengok aper yang berlaku.

Semalam aku datang opis macam biase. Ade sorang staf yang lain datang jumpe aku dan cerita perkara sebenar. Dia menyebelahi aku since dia pon dah paham bebenor dengan sikap si boss tu. Dan dia juga menyalahkan si boss kerana kecuaian dan sikap dia yang suka main tandatangan jer tanpa membaca isi kandung sesuatu surat. Aku tak pasti samada dia tak baca atau dia tak paham (maklumlah boss kap lam ya nga). Staf tu pon tak suka dengan cara si boss yang suka menyalahkan orang lain jika ade berlaku sesuatu masalah.

Alhamdulillah, semalam aku cool jer. Aku tunggu jer aper si boss tu nak buat. Kalau dia salahkan aku dalam perkara ni, memang aku nak bambu dia cukup2. Tapi sampai sekarang, si boss tu tak cakap ape2 pon pada aku pasal benda ni. Takut kene bambu le tuh. Since dia senyap, aku pon buat tak tau jer lah, mampos ko ler. Si boss ni, cakap belakang mmg berani, berapi2 smpi siap panggil aku 'bloody fool' lagi hari tu. Tapi semalam, sepatah haram pon tak beritahu aku ape2 pasal bende ni. Takde telor !!

Be professional la... Bende dah berlaku, tak payah nak menyalahkan sesiapa. Bagi aku perkara ni boleh diperbetulkan. Bukannya it's the end of the world. But since dia tak mau bawak berbincang, biarlah dia sorang jer yang settlekan.


Yang Bengang ...

13 comments:

  1. Salam Afeezz

    Bw bersabar bbyk eks..
    Mmg stress dpt environment keje dgn boss cam gitu..
    Byk aspek boleh dilihat dari pnyediaan surat tue..
    Setuju perbincangan is the best medicine rather than hanya menuding jari..

    ReplyDelete
  2. masaklah adinda nak berhadapan dgn boss mcm tu sampai dia pencen. x cuba2 minta tukar ke department lain ke? atau suruh je dia tu get lost... mujur la pengetua kekanda ok je..a lady in her mid 50s. happy go lucky...to her time kerja kena serius tp bila di luar kelas boleh la borak2 santai. x de barrier dgn guru2 semua. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. salam..

    dear afeez..

    saya tak pernah keje dgn org, x tahu mcmana rasanya keje dgn org.. but untuk afeez " banyakkan bersabar"

    ReplyDelete
  4. salam sahabat syima : masalahnya dia takmo bawa berbincang, terus2 nak salahkan orang. at least periksalah aper yang tak betul tu, cari jalan untuk selesaikan. klu cakap belakang berapi2, bile berdepan senyap....

    salam daddy juk : 5 tahun jer lagi daddy dia nak pencen, 5 tahun lagi kene le bersabar. mmg pernah terfikir nak mintak transfer kat Nilam Puri Kelantan, tak pon Pusat Pengajian Luar UM Ulu Gombak, tp kene fikir masak2, sy sayang keje sini. Boss lama gak yg best, walaupon garang, tp kerja ngan dia ape2 pon dia bincang, dia akan bgtau. selalu gak terkantoi ngan dia bile mengulor...

    salam kanda My Life : keje ngan orang mmg byk stres, keje melayan orang lagi stress... baek keje ngan barang2...

    ReplyDelete
  5. Salam Afeezz...

    Nampaknya, tak hilang ler stress hang... dpt bos cam tu...

    Sabo la afeezz...

    ReplyDelete
  6. Salam anakanadan afeez,

    entah-entah atau agak-agaknya anak-anak buah az pun kata macam tu kot kat az. manalah tahu ada anak buah macam perangai afeez. Tak baik mengumpat boss afeez, tapi kalau tak tahan, mengata jugakan? Az dulu makan hati betul dengan bos pompuan, sampai nak berlanggar dengan lori semasa drive sebab stress.

    tapi kan afeez, bukan apa pun , boss ni kekadang sibok, tak perasan pun apa dia dah tanda tangan,bila dah silap,memnag cari kambing hitam ler.

    kadang2 bila boss tak mahu tandangan sebab ada yang tak kena, anak buah pun bosan juga, mengata bos juga.

    tentang bab surat ni, az buat sendiri kadang2 tu. sendidri silap sendiri tanggunglah.

    ReplyDelete
  7. salam
    dear afeez..
    keje dgn apa2 pun ada strees nya,,, keje dgn barang2 lagi stress nak marah tak boleh .. nanti dikatakan 3 suku.. hihihihihi

    ReplyDelete
  8. salam sahabat tikah : makin cepat tua le sy nnt asik stres jer. tp tikah jgn risau, sy stres ni sy tak layan sgt. maen games hilanglah stres, tgk tv hilanglah stres sy...

    salah ayahanda zain : klu org mengata kite klu kite betul salah takpe gak AZ, ni tidak, dah le tak mengaku salah, pastu salahkan orang laen plak. sbg seorang boss yg professional, kene le bawak berbincang klu ade kes macam ni, discuss cara macam mana nak overcomes masalah tuh. bukan nak menghangatkan lagi suasana..

    salam kanda My Life : hihih... 3suku pon, 3suku lah...

    ReplyDelete
  9. salam afeezz...
    kalu dpt boss mcm AZ , agaknya anak buah pijak kepala kot .rasa ummi AZ tu boss yg baik kaaan..
    sabaq2 le afeezz , 5 thn je lg tu...

    nasib akak baik , coz dpt boss yg baik sangat ,tu le yg boleh berblog selalu jer..he he he

    ReplyDelete
  10. salam kanda ummi : klu seseorang boss tu baek, bole dibawa berbincang, bole terima pendapat orang, orang akan hormat dia dan rasanya org takkan pijak kepala dia. itu yg org bawahan hendak, seorang boss yang memahami, bukan seorang boss yg syok sendiri...

    ReplyDelete
  11. tak patut panggil bos tu bongok..nanti kalau you jadi bos pulak macam mana??

    ReplyDelete
  12. It's quite cool that SEO is so versatile and hands on because it isn't about how much cash you've got to promote your website, it's about how many man-hours you put into adding back links and adding content to your site. It's kind of just like the American dream. You can be a nobody website with no money and instead of going to school to be somebody, you can put "time" into your website by marketing it with back links, content and blogs and then really, truly become a "multimillionaire" over time, but only if you stick with it over time. Start setting some realistic goals to make it happen. You've got an extended mountain to climb and miles of road to walk. If you actually really wish it, then go out there and get it.

    ReplyDelete
  13. The world has really become a international village and the web has made it possible to do business across borders from the comfort of one's home. Everyday numerous folks are involved in buying and selling products and services online. Internet marketing is used to define the sum of activities used to promote products and services on-line.
    Net marketing is a terribly vital activity for web marketers because while one is exposed to thousands of consumers from all over the world marketers have to contend withcompetition. There are a lot of web marketers competing online and net promoting makes use of good design, on-line advertising, web site development and sales. There are a selection of established ways of internet marketing such as search engine marketing, email marketing, link building, banner ads, affiliate marketing, paid per click, paid adverts, use of press release, social networking and others. Some internet marketing methods and techniques cost little or nothing such as search engine optimization, link exchanges, email marketing, social networking and others. Different forms of advertising on the internet however might cost comparatively more like pay per click, banner ads, search engine marketing and others.The proper techniques and combination for a marketer to use would rely on your budget, product and target market. You may find it more profitable to horn out your skills and get proficient with just some methods. Others find it better to hire the services of an reputable Internet advertising company.

    ReplyDelete