Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

21 December 2009

Posting No. 188 : Catatan Perjalanan - Pulau Pinang

Hari Pertama - 17 Disember 2009

Seperti yang telah dijadualkan, semua peserta telah pon berkumpul di tempat yang telah ditetapkan dan bas telah bertolak mengikut jadual, pukul 11.00 malam. Telah berhenti sebanyak 2 kali di tempat yang aku pon tak pasti kat maner, pasal aku tidor sepanjang perjalanan, sedar2 jer bas dah berhenti. Kami telah berhenti untuk solat subuh sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi pertama, USM.


Hari Kedua - 18 Disember 2009

Tiba di USM hanya untuk mandi dan bersiap2 sebelum meneruskan perjalanan. Aku tak mandi pon, gosok gigi pon tidak... hahaha.... tapi bau Escada masih melekat di badan. Selepas semuanya siap, kami telah berhenti untuk sarapan pagi di satu kedai mamak berhampiran USM tu. Pagi tu aku pekena roti telur dengan nescafe o ais jer.

Perjalanan diteruskan ke destinasi berikutnya, Rumah P. Ramlee


Tuan Punya Blog di hadapan Rumah P. Ramlee

Takde aper sangat kat sini, hanya ada satu galeri yang tak berapa besar dan rumah seperti gambar di atas. Rumah kampung satu bilik, fully furnished, siap dengan bilik air. Sorry, no photograph allowed. Masa kami sampai, pagi tu hujan renyai2. Jadinya, pagi tu dingin yang amat. Memang sesuai untuk ber dot dot dot...

Destinasi kami yang kedua pada hari ini adalah ke Penang Butterfly Farm.


(1) Pintu Masuk ke Penang Butterfly Farm
(2) Mereka yang tak masuk ke dalam


(1) Permandangan gunung yang dilitupi awan
(2) Aper le yg sedang diaorg tengok ni

Aku tak masuk ke Butterfly Farm ni, hanya duduk2 menikmati permandangan kat luar. Masa yang diperuntukkan untuk jalan2 kat dalam tu pon terhad, sebab tu aku tak nak masuk. Klu nak jalan2 kat tempat macam ni, kene le beri masa yang lama, baru ler bole menikmati permandangan indah kat dalam tempat tuh.

Dalam pukul 1.00 petang, kami semua bergerak ke hotel kediaman kami, Hotel Oriental. Hotel murah tapi cukup dengan keperluan asasnya. Jadilah untuk bermalam untuk semalam. Tapi hotel ni... sejukkkk......


Permandangan dari jendela bilik hotel aku

Sebelah petangnya, aktiviti bebas. Jadi aku dengan beberapa orang kawan telah keluar untuk makan dan shopping kat area berhampiran. Untuk makan tengahari, kami telah pekene nasi kandar di Nasi Kandar Line Clear. Orang kate famous, tapi aku tak penah dengar pon. Kepada sesiapa yg nak makan kat sini, bersedialah untuk beratur ikut line, pasal customer dia punyalah ramai dan nasi kandar dia pon memang sedap...


(1) Beratur di Nasi Kandar Line Clear
(2) Kari yang sedang dimasak



(1) Mamak Line Clear (2) Nasi Kandar Line Clear

Lepas makan tu kami pi jalan2 kat area Chowrasta Market, membeli jeruk buah2an. Dah sampai ke Penang ni, aper lagi yang nak beli, jeruk2 buah jer ler untuk dijadikan buah tangan. Banyak jugak aku beli, tapi kebanyakkannya orang yang kirim. Kerana dah banyak sangat membeli jeruk buah2an tu, kami decided untuk balik semula ke hotel untuk simpan jeruk2 tuh dan keluar balik untuk membeli bende2 yang lain. Aku takde beli bende2 lain pon selepas tu, hanya teman sorang kawan aku yang sakan membeli dan membelah. Kami jalan2 sampai ke Komtar.


Komtar

Malam hari kedua ni, kami telah ke Persiaran Gurney untuk makan malam sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Ferringhi. Malam tu kami telah pekena pasembor, sedappp...


(1) Mamak pasembor dengan aksinya
(2) Amik jangan tak amik, bayar jer berapa dia caj


(1) Pasembor... (2) Permandangan waktu malam Persiaran Gurney


(1) Lagi satu permandangan waktu malam di Persiaran Gurney
(2) Kesesakan jalan raya waktu malam


Shopping kat Batu Ferringhi

Kat Batu Ferringhi tu ade macam pasar malam. Barang2 yang dijual tu macam biase jer, baju, kasut, barang2 cenderahati, lukisan dan sebagainya. Aku hanya membeli satu cenderahati kenang2an jer kat sini.

Program hari kedua berakhir di sini. Pukul 11.30 malam kami beredar balik ke hotel penginapan. Kerana keletihan, aku terus tidor... tak sedarkan diri smpi ke pagi...


Hari Ketiga - 19 Disember 2009

Pukul 8.00 pagi aku dah turun untuk sarapan pagi. Pagi ni aku makan roti canai dengan nescafe ais. Pukul 9.00 pagi aku dah check-out dari hotel tu dan kami menuju ke destinasi seterusnya, Bukit Bendera. Kami sampai dalam pukul 10.00 pagi tapi malangnya, kami mendapat tiket train untuk naik ke atas pukul 1.45 petang. Terpaksa tukar program. Kami beli tiket dulu dan kami terus ke Kek Lok Si Temple yang tak berapa jauh dari situ.

Di Kek Lok Si Temple ni, hanya aktiviti shopping. Memang banyak kedai menjual baju dan cenderahati kat sini, tapi bersedialah untuk mendaki bile bershopping kat sini. Aku jalan2 tak smpi atas pon, pasal masa yang diperuntukkan adalah terhad. Aku tak shopping ape2 pon, cume membeli sepasang t-shirt, RM6 dan jeruk buah pala.


(1) Kek Lok Si Temple dari kejauhan
(2) Berjalan kaki untuk bershopping


(1) Kak Wan dan Kak Sue sedang pilih kura2 untuk dibuat sup
(2) Kura-kura untuk dijual... murah... murah...


Aktiviti membeli dan membelah poket

Selepas puas menghabiskan duit di Kek Lok Si Temple tu, kami semua bergerak ke Bukit Bendera. Sambil menunggu masa train kami, kami makan tengahari dahulu di sebuah cafe yang terdapat di situ. Untuk tengahari ni, aku makan nasi goreng USA yang totally berbeza daripada nasi2 goreng USA yang pernah aku makan, tapi agak sedap lah... Pukul 1.45 petangm kami pon menaiki train Bukit Bendera tuh.


(1) Bukit Bendera @ Penang Hill
(2) Permandangan Pulau Pinang dari puncak Bukit Bendera



(1) Terowong keretapi Bukit Bendera
(2) Wajah2 ceria ketika menaiki golf cart ronda2 sekitar Bukit Bendera



(1) Seorang cowok ganteng di Bukit Bendera
(2) Gamber ketika pusing2 sekitar Bukit Bendera



Permandangan ketika turun dari Bukit Bendera


(1) Sempat lagi bergambar di dalam tren
(2) Bergambar dengan tren sebelum perkhidmatannya dihentikan seketika

Pukul 5.00 petang kami pulang meninggalkan Pulau Pinang untuk kembali ke KL. Tapi sebelum tu ade lagi satu destinasi yang perlu kami singgahi sebelum pulang.

Pukul 8.30 malam, kami tiba di destinasi seterusnya, Kuala Sepetang, Taiping. Tujuan utama adalah untuk makan mee udang yang popular itu. Kami telah singgah di Gerai Mee Udang Mak Teh. Mee Udang dia..... sedappp.....


Wajah2 ceria untuk menikmati Mee Udang

Sori, gambar mee udang tak dan nak amik, kamera bateri kong plak.. hahah... Kami bertolak meninggalkan Gerai Mee Udang Mak Teh dalam pukul 10.00 malam dan kami tiba di KL lebih kurang pukul 3.00 pagi.

Bagi aku trip ni memang best. Aku sebenarnya tak pernah smpi Pulau Pinang. Penah sampai pon, hanya kat town jer, tak pernah sampai tempat2 yg kami pergi ni...


Salam Sayang ...

23 comments:

  1. Salam afeez,

    sopan je mamak pesembor tu menyediakan pesembornya. Tapi macam kenal je, tapi tak tahu bila kenal dengan mamak tuh

    ReplyDelete
  2. salam..

    Aduhai rombongan cik kiah yer dik,awat tak semawa k.mas sekali..lama tak pi Penang..

    pssst,buah pala untuk k.mas yg mengidam ni tak de ker?

    ReplyDelete
  3. Salam Afeezz,

    Hari pertama mesti roti telur and nescafe o ais tue rasa sedap semacam je eks? sbb hang tak gosok gigi hehe..

    Cantik gambar2 yang diambil..nice view..

    Sy beberapa kali gak sampai ke Penang..cuma tak penah sampai ke Temple tue dan bbrp tempat jugak sebab pergi atas urusan kerja..Bukit bendera pi dah lama dulu masa sekolah rendah hehe..

    ReplyDelete
  4. salam ayahanda zain : ade cerita mamak pasembor tuh sebenar nyer. memula dia potong rojak2 dia laju giler.. memang takut klu tengok. pastu ade sorang kakak ni macam terkejut plak tgk dia laju2 tu.. terus kakak tu suruh dia slow sikit. mase tu lah terus dia buat gaya slow-motion smbl menyanyi lagi.. tergelak2 kiteorg tgk.. smpi org yg makan2 kat situ pon gelak jugak... AZ kenal kat maner mamak tuh? kat penang gak ker?

    salam kekanda mas : rombongan cik kiah org2 opis jer kak mas. buah pala yg beli dah habis le kak.. hahah... awat tak pesan awai2?

    salam sahabat syima : tu le pasal, rase sedap jer roti telor tu, tak macam roti kat KL.. hahaha.. syima, gambar2 tu amik pakai kamera pinjam jer... best lah pi penang, igtkan boring... hihih

    ReplyDelete
  5. Salam afeez,

    bukan kenal lah. ingatkan tadi afeez. bila besaukan gambar tengok rambut dia panjang. so tak kenal la. hahahah

    ReplyDelete
  6. salam ayahanda zain : dan2 saya plak yg wat rojak tuh... tp rojak dia bole tahan sedap....

    ReplyDelete
  7. salam afeezz..
    ni yg jeles nih , ko gi banyak tempat noo..
    tak pa tak pa , nanti bila balik kampong lagi , kompom akak ajak pi sana lagik , tp mesti berpandukan cerita afeezz la , hang jangan delete noo N3 nih , nanti akak kempunan lak.. he he he

    tumpang lalu.. CM , jom kita wat rombongan mak minah lak ke sana...

    ReplyDelete
  8. salam kekanda ummi : akak kene bawak sy sebagai tourist guide, nnt sy bawak ke semua tempat yg sy pi. bayaran tak mahal.. hotel ngan makan jer... hikhihk.... jom kak mas...

    ReplyDelete
  9. Salam dek afezz

    Pulau Penang
    Naik feri
    Bukit bendera
    Padang Kota
    Pasemboq
    Nasik kandaq
    Ngeh..ngeh..ngeh
    Wah best nyer coti2 msia nih...

    ReplyDelete
  10. salam

    dear afeez..

    bestnya cuti2 malaysia...
    kemana hilangnya rambutmu .. hihiiihh

    ReplyDelete
  11. salam kekanda shami2 :

    pulau penang = pi
    naik feri = tak naik
    bukit bendera = naik smpi puncak
    padang kota = tak le pi ke tak?
    pasemboq = makan.... sedap...
    nasi kandaq = makan.... sedap....

    ReplyDelete
  12. salam sahabat my life : baru balik haji tuh...

    ReplyDelete
  13. sonoknyerr jalannns.. ehehe, salamm

    ReplyDelete
  14. salam en_me : jalan2 mmg seronok, klu bawak byk duit lagi seronok... hahaha

    ReplyDelete
  15. salam bro,

    jln2 cari makan nampak? kalau nak shopping dtg le ke Rantau Panjang. barang murah, comel plak tu. kalu nak suruh saya tawarkan pun boleh... cuma lo ni banjir sokmo di situ..brg2 diskaun 80% lagi. cepat22222

    ReplyDelete
  16. salam kekanda juk : time2 banjir macam ni, rantau panjang bukak ker? klu camtu kene pi naek bot lah...

    ReplyDelete
  17. Salam Apeez,
    Rombongan gi Penang ni teringat rombongan sekolah...naik tren bukit bendera..tokong ular...buah pala mesti....
    Waa...segar mnda ye...sejk lagi tak kat atas tuh?

    ps: ko naik berat badan ke? (sorik..kalau soalan ni sensitif..akak nak ingatkan je...kalau dak penak Apeez diet kan...)

    ReplyDelete
  18. salam kekanda nija : ni la kali pertama sy pi rombongan ke penang, pi merata2 tempat. sebelum ni pi lepak kat town jer. kak.. berat sy menten jer.. klu naik pon sekilo jer, pastu dpt turun balik... hihih

    ReplyDelete
  19. waa seronok ko jenjalan penang ek..

    ReplyDelete
  20. salam sahabat che pit : seronok pijal... rasa macam nak pi lagi jer...

    ReplyDelete
  21. [URL=http://www.watch-onetreehill-online.info/][IMG]http://www.watch-onetreehill-online.info/watch-one-tree-hill-online.jpg[/IMG][/URL]

    [B][URL=http://www.watch-onetreehill-online.info/]Watch One Tree Hill online[/URL] seoson 7 and all old season with a High Quality online for free.[/B]

    [B]Watch-onetreehill-online.info[/B] offers a [URL=http://www.watch-onetreehill-online.info/]One Tree Hill online streaming[/URL] for the most famous tv show in USA.

    Select your episode and watch it with a [COLOR=Red]very high quality[/COLOR] now and discuses about the episodes with other OTH fans all around the world from USA from Russian from Indonesia and share your thought about the episode and how to improve the show more how damn simple is that???

    [COLOR=Magenta]Episodes updated every week votes for the best episode updated too[/COLOR]
    [COLOR=Magenta]Current Episode 15 :)[/COLOR]

    OTH Fan
    [URL=http://www.anqam.com/anqam-12013.html]سكس[/URL]

    ReplyDelete
  22. [URL=http://www.watch-onetreehill-online.info/][IMG]http://www.watch-onetreehill-online.info/watch-one-tree-hill-online.jpg[/IMG][/URL]

    [B][URL=http://www.watch-onetreehill-online.info/]Watch One Tree Hill online[/URL] seoson 7 and all old season with a High Quality online for free.[/B]

    [B]Watch-onetreehill-online.info[/B] offers a [URL=http://www.watch-onetreehill-online.info/]One Tree Hill online streaming[/URL] for the most famous tv show in USA.

    Select your episode and watch it with a [COLOR=Red]very high quality[/COLOR] now and discuses about the episodes with other OTH fans all around the world from USA from Russian from Indonesia and share your thought about the episode and how to improve the show more how damn simple is that???

    [COLOR=Magenta]Episodes updated every week votes for the best episode updated too[/COLOR]
    [COLOR=Magenta]Current Episode 15 :)[/COLOR]

    OTH Fan
    [URL=http://www.anqam.com/anqam-12013.html]سكس[/URL]

    ReplyDelete
  23. [url=http://desethepl.freehostia.com/22-04-2010/07-07-2010.php]Механизм похудения[/url]
    - меню щадящей диеты при язве желудка
    [url=http://desethepl.freehostia.com/75/50.php]Похудеть за короткое время рецепт[/url]
    - диета после холецистоэктомии
    [url=http://desethepl.freehostia.com/68/12-2010.php]Узнать лишний вес тела[/url]
    - похудеть от танцев

    [url=http://dnevnik.bigmir.net/groups/article/56377]диеты для быстрого похудения форум [/url]

    [url=http://dnevnik.bigmir.net/groups/article/56374]гречневая диета для похудения [/url]

    ReplyDelete