17 November 2009

Posting No. 180 : Hari Berkursus

Esok ngan lusa aku akan menghadiri kursus. Dah lama dah tak menghadiri kursus. Kali terakhir aku menghadiri kursus pada bulan Mac yang lepas. Sebagai seorang kakitangan sokongan kumpulan N, kursus memang banyak, nak tak nak jer pergi, tapi kursus chokia2 jer lah. Tak macam kakitangan sokongan kumpulan U yang dapat pi kursus hebat2, buat kat Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Kelantan, pi naek kapalterbang, dok kat hotel makan pon kat kat hotel. Kami yang kumpulan N ni, pi kursus kat Kampus Kota KL jer. Dah naek muak tengok Kampus Kota tuh.

Kursus yang aku akan pergi esok adalah Kursus Perkhidmatan Pelanggan. Sebenarnya kursus ni tak termasuk dalam perancangan kursus tahunan aku tahun ni. Memandangkan tiga kursus yang aku rancang untuk akhir tahun ni semuanya tak dibuat, jadik aku terpaksa mohon jer aper kursus yang ada. Sekadar nak mencukupkan keperluan kursus tahunan aku.

Kalau nak bercerita pasal kursus, kursus yang paling jauh pernah aku pergi kat Cherating Pahang, tapi kursus tu memang bosan giler, terpaksa pergi, nak buat camne bos suruh pergi, klu boleh memang taknak pergi kursus2 hujung2 minggu ni. Pastu aku pernah menggantikan bos aku pi kursus kat Genting Highlands dan pernah jugak berkursus di Melaka. Tak ingat le plak kursus aper yang paling best pernah aku hadiri, ape2 pon kursus anjuran opis aku gak yg best. Pasal kursus suka2, siap ade game ngan hadiah lagi.. hihih...


Salam Sayang ...

14 comments:

  1. Salam Afeezz..

    Selamat berkursus..
    Dah hujung2 tahun nie sy dah takde kursus lagi..
    Dah cukup 7 hari dah..Sbb kalo gatal2 mintak nak g kursus lagi..semua kena tanggung sendiri huhu..so baik dok diam2 je hehe

    Kalo kat JPS nie pun tempat kursus dia pun guna tempat kursus & latihan jabatan..kalo tak kat kelantan, kat ipoh atau kat ampang..

    Tp untungnya cheq nie kader dr JKR so bleh pi kursus anjuran JPS or JKR..so kalo JKR tue bleh laa merasa pi kursus and seminar kat tmpt best2 sket hikhik

    ReplyDelete
  2. sala dik afeez...
    kalu dok kat rumah jer lg tak der kursus , seb baik ler masa keje dulu2 tu sempat ler merasa kursus jap...hui hui hui

    lepas ni kan afeez , akak cadangkan cari kursus perkahwinan lak ek , baru ler cepat makbul doa akak ni agar dpt mkn nasi minyak,he he he

    ReplyDelete
  3. salam sahabat sinomosa : sy ni tak cukup 7 hari lagi, baru 2 hari jer. tu yg sibuk2 cari kursus tuh. klu masuk yg ni baru 4 hari, hahaha.. kantoi..

    salam sahabat madey : selamat.. lepas kursus rasanya nak ronda2 sogo lah.. windows shopping

    salam kekanda ummi : kursus perkahwinan tu nanti2 lah kanda, bukannya nak kawen dalam masa terdekat ni, calon pon takde.. hahaha...

    ReplyDelete
  4. salam

    akak tak sukalah kursus,tinggal anak dan suami sian diaorg...suami lg kesian..

    ReplyDelete
  5. Salam Afeez,

    selamat berkursus. Bila g kursus kena niat untuk tambahkan ilmu, Insya Allah tak bosan.

    AZ ada satu lagi kursus pada hujung tahun ni kat Mersing.

    p/s: Utk pengenatuah n CM, az g kursus sekali ngan mrszain. tara tata cm

    ReplyDelete
  6. salam kekanda mas : sy pi kursus siang jer, malam balik umah, tak de tinggal anak bini pon.

    salam ayahanda zain : tujuan utama pi kursus pasal boring dok kat opis, sekali sekala nak keluar gak, tak le asik terperap jer. tujuan kedua nak cukupkan keperluan kursus tahunan, last baru nak tambah ilmu... hahaha

    ReplyDelete
  7. Salam Apeez...

    Selamat berkursus... enjoyyyyyy... :)

    ReplyDelete
  8. salam,

    pengetua pastikan sek buat 7 hari kursus setahun esp utk guru3 mcm daddy yg jarang dpt peluang tido hotel ni. daddy pun bukannya suka pi kursus ni. claim 1 tempat duduk teksi je. lainlah kalau jadi pemeriksa dgn MPM. bayaran kencang, bro..yg tu daddy nak sgt2.

    ReplyDelete
  9. salam sahabat tikah : selamat....

    salam daddy juk : wah3 daddy.. yg ade bayaran jer nak pi ker?.. hihihi...

    ReplyDelete
  10. selamat berkurusus dan
    megursuskan diri dan
    dikursuskan..

    ReplyDelete
  11. Afeezz....kursus kat mana pun sama je, kalau takat gi kursus tmpt hebat2, tp all the time dlm dewan kursus, baik tak yah. Nway Abg ni jenis kalau dah bkursus, Abg duduk terperuk je kat hotel kursus, nak jln2 pun mcm tak selera...last time sblm gi haji thn lepas Abg bkursus di Langkawi....kawan2 sampai paksa Abg keluar ke Pekan Kuah barulah Abg keluar, kalau tak ddk bilik hotel je...malaslah, lgpun gomen htr kita berkursus bukan utk bshopping sakan..kkdg Abg heran nait sebenar org berkursus, samada betul2 nak berkursus atau kursus tu hanya sampingan...shopping dan bersiar2 jd perkara utama. Kalau mcm tu susahlah nak dpt berkat.

    In short Afeezz, BAGUS sebenarnya berkursus di tmpt2 yg Afeezz berkursus tu...minda dan diri segala2nya ditumpukan utk berkursus shj, inysaAllah dpt timba byk ilmu dan berkat jdnya. Bukankah ilmu jauh lebih penting dr segala2nya. Sampai masa nanti, percayalah Afeezz akan ke sana ke sini melebihi apa yg Afeezz impikan.

    Slmt berkursus :))

    ReplyDelete
  12. salam sahabat che pit : kursus telah dihadiri dengan jayanya...

    salam kekanda imran : klu time kite berkursus, kite kursus le sekursus kursusnya. klu ada masa terluang baru le kite melakukan benda2 laen. dah terlanjur kite dihantar berkursus di tmpt yg best2, takkan nak melepaskan peluang, bukannya selalu. tp bende2 ni terpulang pada diri sendiri...

    ReplyDelete
  13. Salam Afeez,
    Kursus...best...makan dan minum yang paling best sekali...dan lepas ni, akak pun setuju ngan kak ummi...lepas ni gi kursus kahwin pulak....ok...

    ReplyDelete