08 November 2009

Posting No. 176 : Terkenang Semasa Lalu

Dua keping gambar ni diambil dari FB seorang kawan baik aku masa belajar kat ITM dulu. Aku ada gambar ni tp takde dalam bentuk digital. Gambar2 macam ni memang banyak menimbulkan kenangan manis aku semasa 3 tahun kat bumi Perlis. Kalau diingatkan kembali, aku akan tersenyum sendirian.


Kacaknya abang-abang ni...

Gambar semasa presentation projek kumpulan kursus Enterpreneurship (ETR300). Ini adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah Dune Enterprise. Barisan belakang dari kiri, En. Jalaluddin - Pengarah Pentadbiran dan Sumber Manusia. En. Mior Mohammad Faizal - Pengarah Kewangan. Barisan depan dari kiri, En. Mohd Zahari - Pengarah Operasi, En. Hairolanuar - Pengarah Pemasaran dan aku sendiri - Pengarah Urusan Dune Enterprise. Dalam kursus ETR300 ni, kami dikehendaki menyiapkan satu kertas kerja penubuhan sebuah syarikat perniagaan di mana projek ini memberikan 80% markah. Kami telah menubuhkan syarikat bernama Dune Enterprise yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah dan kami adalah sebuah syarikat pengeluaran barangan berasaskan batu seperti tiang roman, tiang larek, meja dan kerusi dan lain-lain secara komersial.

Banyak betul kenangan manis semasa melakukan projek ni. Kami telah keluar melakukan survey ke Kuala Perlis, Alor Setar dan Sungai Petani. Kami telah pergi ke beberapa syarikat seumpamanya di sekitar Kedah dan Perlis untuk mendapatkan maklumat tentang produk yang dikeluarkan. Dalam menjalankan survey itu, sempat jugak kami berjalan-jalan ke beberapa tempat menarik seperti Air Terjun Seri Perigi di Yan Kedah dan Lembah Bujang.

Aku ingat lagi bagaimana kami terpaksa berjaga sehingga pukul 5.00 pagi untuk menyiapkan bahagian kewangan yang akan dibentangkan keesokan pagi nya. Dan akhirnya kami dapat juga menyiapkan projek itu. Proses pembentangan juga dapat kami lalui dengan jayanya. Untuk kursus ni aku hanya memperolehi markah B.



Mesra betul kami ketika itu ...

Ini gambar masa jamuan raya kelas. Kalau dilihat pada tarikhnya, aku rasa masa tuh aku dalam Semester 4. Semua bawak kuih raya masing-masing. Kami buat di Tasik Elham, tasik yang tersohor di ITM Perlis. Kelas aku adalah DIB4C (Kelas C).


Salam Kerinduan ...

17 comments:

  1. seronok tol ingat cito lamer.....anyway lain rupanya masa student tu....tahun bila ekk?

    ReplyDelete
  2. salam wiwin : dulu muda belia lagi, skrg dah tua (tp belum gayut lagi). tahun 1996 masa tuh, dua 2 gambar tahun 1996. Jamuan raya tu awal 1996, gambar pakai blaze tuh akhir 1996

    ReplyDelete
  3. Salam Afeez,

    kacaknya abang2 tu. hehehhe. Ko tidur kul 5 pagi yer Feez, pah tu leh present lagi dengan jayanya kalau az, tak tahu le kalau leh bangun. (tak ponah buek lagu tuh).

    ReplyDelete
  4. salam

    ngeh ngeh ngeh biasalah tu, tak tdo malam nak siapakan projek.. AZ je cemerlang x pernah buat lagu tu..

    ReplyDelete
  5. salam ayahanda Zain : nak wat camner AZ, bab kewangan tu yg paling payah. akaun tak balance2.. last2 kiteorg ubah jer figure last tuh kasih belen... tp masa tu kerjasama kawan2 mmg baek, masing2 sanggup sengkang mata nak temankan kawan laen siapkan bende tuh. ade sorang tu siap mintak maap berpuluh kali pasal dia dah tak tahan nak tido..

    salam sahabatku che pit : AZ tu mmg, klu bende macam ni dan2 tak tahan, klu wat 'projek laen' tahan plak dia... hahaha...

    ReplyDelete
  6. salam brader :

    dalam gambar yg pertama tu..orang kat tgh2 itu adalah ko..btak tak.

    perh..rambut belah tepi ke apa

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Hmm terbaca entry nie..
    Buat saya ingat jugak pasal subjek ETR tue hehe..
    Our group buat co yg uruskan kanak2 down syndrome..
    Sekarang subjek ini ada lagi tak eks? Macam ada je..

    ReplyDelete
  8. salam sahabat madey : aku le yg tengah2 tu. entah ler, aku pon tak tau style aper aku sikat rambut aku tuh.. maen belasah jer, janji sikat..

    salam sahabat sinomosa : amik kursus ETR gak ker? best kan wat projek tuh. klu dpt kawan yg sekepala, mmg best. rugilah klu subject tu takde lagi. kurang experience business..

    ReplyDelete
  9. Aah mesti la ambik..wajib untuk student uitm hehe
    Memang bagus untuk belajar setup biz tp tak score sgt subjek tue huhu sekadar cukup mkn je hihi

    ReplyDelete
  10. salam sahabat sinomosa : saya pon bukan score pon, dapat B jer. janji tak fail...

    ReplyDelete
  11. psssst.ex boyfrenku ex uitm arau...aduhhh cintaku putus ditengah jalan...uwaaaa,ko ni mengimbau kenangan luka arr,nasib baik pakcik dtg meminang..

    ReplyDelete
  12. Salam Afeez,

    kau ni buat az tergolak bosa. projek malam yer. banyak la kau punya cengkadak ngeh ngeh ngeh.

    ReplyDelete
  13. salam kekanda mas : wow... ex-uitm arau ker? tahun bile, koz aper? mane le tau, sy kenal ke....

    salam ayahanda zain : hahaha... tol tak AZ. klu dah kawan ngan org2 muda ni, kene berfikiran kreatif sikit AZ a.k.a berfikiran serong... hahaha

    ReplyDelete
  14. Salam Afeez,
    baru akak perasan, kehanseman mu memang sudah terserlah dari dulu lagi, dari zaman tadika sampai ke kolej, muka memang comeii..senyum punsama je style nyer...Pit, cuba bandingkan...sama kan...

    ps; Blaszer tu muat lagi ke?

    ReplyDelete
  15. salam kekanda nija : alah kak nija, puji melambung plak, kembang dah ni... kak, tu blazer pinjam lah, kasut pon pinjam.. hahaha

    ReplyDelete
  16. Salam Apeeezz...

    He... he.. he... memang kacak abang2 tu... kirim salam kat abg yang dok depan tu tgh2... :)

    ReplyDelete
  17. salam sahabat tikah : yg depan tu masih single lagi tau.. klu berkenan bole sy rekomen kan... hahaha

    ReplyDelete