03 October 2009

Posting No. 161 : Selamat Hari Raya 5

Semalam aku menerima undangan ke open house pertama tahun ni. Opsss... actually yg kedua, yg pertama dulu aku tak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Disebabkan undangan ni dibuat pada hari Jumaat dan kami satu opis akan hadir, kebenaran dari boss telah diminta dan boss pon telah benarkan sebahagian kakitangan untuk keluar awal untuk ke masjlis tersebut. Manakala sebahagian lagi pergi semasa lunch hour.

Pada masa yang sama, UM juga ada membuat jamuan Aidilfitri dan semua kakitangan dan pelajar dijemput hadir. Oleh yang demikian, boss juga telah mengarahkan supaya opis ditutup pada pukul 10.00 pagi untuk semua kakitangan menghadiri majlis ni. Memandangkan kami dah ada program laen, kami pun tunggu sehingga boss keluar dulu dan kami telah beramai2 menaiki 4 kenderaan pergi ke open house opismate kami ni di Cheras.

Ade dua jemputan sebenarnya semalam, jemputan pertama kami telah ke Taman Lagenda Mas (bukan Kak Mas kita tu, dia lagenda RB jer) dan satu lagi di Taman Cheras Utama. Biasa lah klu open house ni, makan sampai tak sedar diri, kene plak tuan rumah jamu makan tengahari. Tuan rumah menjamu kami dengan ayam masak lemak cili api, sayor kacang panjang goreng, ikan masin, telur masin dan pecal. Pastu ade mee sup lagi. Sampai terbongkang tak boleh nak jalan. Penuh perut semuanya nak dimakan. Dah kenyang, semuanya macam malas2 nak balik plak..

Oleh kerana syok sangat makan, aku nyaris2 mengantoikan diri untuk solat Jumaat. Balik ke UM, khatib telah pon berkhutbah. Aku ke surau APIUM, belum pon sampai, ade bebarapa buah motorsikal telah pon pulang dan menunjuk2 ke arah hadapan. 'Orang dah habis semayang ker?' tanya aku kepada kawan aku yang sedang membawa motorsikal. Dari jauh kami lihat, jemaah telah pon bersolat. 'Kite pi Ar-Rahman lah... sana selalunya lewat sikit', cadang aku. Kami berpatah balik dan menuju ke Masjid Ar-Rahman. Sampai di Ar-Rahman, jemaah sedang bersolat dan sedang bangun untuk rakaat kedua. Kami berlari2 anak dan membentang sejadah di kawasan yang kosong..... sib baek sempat....



Salam Aidilfitri ...

10 comments:

  1. salam afeez

    he3..sempat ko kutuk akak yer dik...ko bilang gue lagenda RB,,gue grab loor baru tahu...hehe

    notii ko dik yer,sampai hampir terkantoi solat jemaatt open house punyer pasal...k,noor cancel arr wat si afeez menantu buat anak dara sunti akak yg jelita tu....hehehe

    ReplyDelete
  2. hmm satu karangan yang agak baik..
    pengolahan juga agak baik.. dan juga satu perbandingan yang baik, lagenda RB..

    keep up the good work

    ReplyDelete
  3. kak mas :

    aler kak, bukan sengaja mengantoi kan diri. memula depa ni nak semayang kat cheras tu jer, entah macam mana leh tukar program plak... tu yg nyaris kantoi tu.. tp kan kan, klu kantoi, takde le saya cite kat sini... hahha

    che pit :

    kene betul nama taman tu ngan kak mas lagenda rb tuh... hahah

    ReplyDelete
  4. As Salam..

    betul3.. pasai tak terkantoilah maka kita dipersembahkan karangan yang begitu baik bak kata tn penyarah.. en. che pit.. kantoi kalu.. kita cuma dapat membaca perjalanan rumah terbuka makanan yang dihidangkan sahaja..

    psstt CM, si encem nie nak bg tau kita.. kalu nak 'consider menantu' masih boleh lagi.. maklumlah bermotor kesana kemari mencarik semejit yang belum start solat..

    ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  5. salam pijal,

    tahniah..akhirnya hang sempat juga menunaikan solat jumaat..
    meriah hang...dah hangpa p ke cheras,tak p laa openhouse UM?

    ReplyDelete
  6. salam hanis,

    hang ni.. mmg le nama kami dekat, beza hujung jer, Hafizal dan Hafizan.. tapi pijal tu nama cheq.. kalau pijan tu leh ar hang bg kat afeezz.. hmm hang ni muda2 dah silap, mcm ne tu..

    ReplyDelete
  7. salam kak noor babeh :

    tu lah kak noor, klu ikotkan hati, mau saja balik terus ke opis dan tido.. tp disebabkan rasa bersalahkan, kami teruskan jugak pi masjid ar-rahman tuh.. sempat gak lah jumaat pada hari tu walaupon terlambat satu rakaat..

    salam hanis :

    anis ni salah rumah kot pijal, dia igt ko ade kat rumah aku agak nyer.. hahah..

    dah pi ke cheras tu, mmg tak pi lah open house UM tuh... tak syok lah open house UM, ramai orang, makanan pon kurang best nyer.. hihihi

    salam pijal :

    tu le pasal, baru dua org nama hampir serupa dia dah terkonfius... tu belum lagi hafizal, hafizan, hafizah, hafizam, hafizee dsb...

    ReplyDelete
  8. hahahahhaha.....pijal, jgn marah...sowiiii naa....

    piz...bila nak wat open house tuk kami lak? ;-)

    ReplyDelete
  9. open house?? hahah...
    tukang masak takde ler...

    ReplyDelete
  10. Salam Afezz

    Dekkkkk

    Jangan buat lagik camtu....aper CM noti....aaaaaarrrrrr dia ni..

    ReplyDelete