Posting No. 158 : Selamat Hari Raya 2

Aidilfitri Ketiga

Macam biasa, raya ketiga ni tak ke mana2. Duduk rumah layan tv smpi nak muntah, layan tenet smpi rasa macam dah nak mengandung. Makan.. makan.. dan makan lagi.. Petang tu, sorang member sms, dia kata dia ade kat Selayang. Aku ajak beraya rumah aku, dia taknak.. alasannya takde kenderaan. Ermm.. ade2 jer mamat sorang ni, nak kene belasah le tu. Last2, dia ajak kuar. Perancangan awalnya nak ke Kolam Air Panas Selayang, lepak2 kat situ (ade ke hari2 raya macam ni lepak kolam air panas?). Aku pon on je lah since aku pon dah takde nak wat aper.

Lepas maghrib, aku naek kapcai aku ke rumah dia, takde le jauh sgt pon, dalam 10 minit merempit. Smpi jer aku call dia, tapi... cis.. dia tak siap lagi! Penat2 jer aku merempit. Macam anak dara betul lah mamat ni, anak dara pon tak macam ni. Siap berkemas2 rumah lagi tuh. Dia ajak aku naek sementara tunggu dia bersiap2. Lepas dia siap, dan lagi dia bawak aku tour rumah dia, ala2 salesman nak jual rumah plak. Tunjuk bilik, ruang tamu, ruang makan, dapur, pantry dan sebagainya. Lepas tu dia bawak aku ke roof top, ade taman kat atas tu dan kiteorg lepak2 smbl menikmati permandangan KL waktu malam. Puas dah lepak kat situ dia bawak plak ke kolam renang dan pi naik ke roof top satu lagi. Roof top ni cantik sikit, siap ada air terjun lagi. View dia still sama, KL waktu malam dan kawasan2 sekitarnya. Pastu kiteorg turun lepak kat umah dia plak smbl layan cite Cermin.

Lepas habis cite Cermin tu, kiteorang merempit pi ke Uptown Bandar Utama, kawan aku ni nak makan kuetiaw goreng. Klu igtkan perancangan asal, nak pi awal lagi, tapi terlayan plak cite Cermin tu, terus lah terlewat. Pukul 11.30 malam baru nak pi. Punya le jauh nak makan kuetiaw goreng, macam kat Selayang ni takde.. haha.. Kiteorg smpi saner dalam kol 12.00, nak order carrot cake, tp dah habis plak, ni semua gara2 Cermin... Lepak2 dan borak2 smpi le kol 1.00 lebih, then kiteorg merempit balik...


Aidilfitri Keempat

Raya keempat aku beraya kat opis. Dah mula keja dah tatkala orang laen masih lagi berhari raya. Kat opis tak ramai yg keje, ade 8 orang jer, dan muka2 ni lah yg bakal dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun depan. Dan semua macam malas2 nak buat keje. Memang, sepanjang semalam, satu keje pon tak buat. Lepak seadanya.. memandangkan boss pon takde, nak risau aper. Boss cuti seminggu walaupon dia bukannya puasa dan sambut raya pon, tp dia plak yg lebih2 nak bercuti..

Dan petang semalam, dengan sesedap rasanya, kami semua pakat2 balik awal...


Salam Aidilfitri

You Might Also Like

3 comments

  1. salam dik

    aduii bahagia yer ko dik beraya,tak kecoh nk pi umah mak mertua,ipar duai,sepupu sepapat,wah reliks melayan zmn bujang,,,jelesss i..

    yg kelakar boss ko tu dik,akak ingat dia nk pi lawat kubur kot,tu yg dia cuti lama tu...

    ReplyDelete
  2. Salam Apeezz,

    Selamat kembali bekerja.... syok ler dok kat opis time org lain bercuti... tak payah terkejar nak buat kerja...

    ReplyDelete
  3. kak mas :

    tu lah, raya zaman bujang ngan zaman tak bujang mesti laen rasanya kan.. tak tau lah camner klu saya dah tak bujang nnt.. isk3..

    kubur saper yg dia nak lawat kak? takkan semua kubur, satu2 dia lawat, tu le amik cuti smpi seminggu...

    tikah :

    keje time org takde ni kadang2 syok, kadang2 boring. boring pasal takde kawan nak ajak borak... pastu opis kosong jer, sunyi..

    ReplyDelete