14 August 2009

Posting No. 136 : We Are So Cute.. Hahaha..

Kelas 3A1

Kelas 4 Kenangan (4A1)


Hanya dua keping gambar ni aje yg aku ada masa zaman sekolah rendah dahulu. Zaman dulu mana le ade kamera digital ni, semua pakai filem, pastu kene beli gambar tu, masa tu sekeping 50 sen. Agak mahal jugaklah pada zaman tu.

Gambar yang atas masa aku darjah tiga di Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Batu Empat Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Nama kelas tu 3A1. Guru kelas masa tu cikgu Ghazali Katun. Gambar kedua pulak masa darjah empat, kelas 4 Kenanga (4A1). Nama guru kelas tu, cikgu Fauziah. Entah kat manalah agaknya cikgu2 aku tu mengajar sekarang. Rindu rasanya nak berjumpa mereka dan kawan2 yang lain.

Masa sekolah rendah dulu, aku bukan ler seorang pelajar yang pandai. Tak pernah pon dapat naik pentas menerima hadiah kecemerlangan. Dan aku pon bukan lah seorang pelajar kesayangan mana2 guru kat sekolah tuh. Low profile lah senang kata. Masa tahun terakhir aku kat sekolah tu, dalam peperiksaan akhir tahun, aku mendapat nombor 30 daripada 38 orang pelajar dalam kelas aku, hahah....

Rindu betul zaman budak2 dulu.....



Aku kerinduan...

7 comments:

  1. waaaa...comel2nyeeee....ade dak yang masih single selain hang piz?

    ReplyDelete
  2. hmm aku surrender.. tak dapt nak trace ko.. pandai ko menyorok ek..

    ReplyDelete
  3. Hanis : tu ler... mmg comel semuanya, especially i kan.. hahah... tak tau la hanis, baru jumpe beberapa orang jer... yg laen takde khabar lagi, but mostly dah beranak pinak dah... dah nak terima menantu pon ade.. eh.. ye ke?...

    Pit : ade aku dlm tu, carilah... aku yg cute2 tu...

    ReplyDelete
  4. Salam apizz...

    cikgu boleh tace kt kelas 3A hang no 2 berdiri tengah dr sebelah cikgu lelaki tu..hmm chubby ko yer..

    kt kelas 4A tu,cikgu tergelaklah tgk gaya depa pusing kaki..teratur n seragam jer pusingan kaki diaorg kebetulan sekolah ku minggu depan sesi pengambaran majalah sekolah ada idea ni,hisss tapi tak cantik lah hang pa pakai seluar pendek..

    ReplyDelete
  5. haha.. kas mas mmg cekap le melihat... cheq le tu, chubby and cute kan...

    kak mas try le pada bebudak kelas kak mas masa time amik gambar nnt, style silang kaki tu, mesti cun punya lah...

    zaman2 tu mmg bebudak pakai sluar pendek, budak pompuan pon pakai skirt. zaman skrg ni jer semuanya dah menutup aurat..

    ReplyDelete
  6. 1st glimpse nampak u yang paling beso tu. tapi bila click and enlarge the photo, baru nampak betapa hensemnye anda di row tgh itu. hik3.

    ReplyDelete
  7. iXa : hihi... hemsem and cute kan me back then, sekarang pon still hensem

    ReplyDelete