Posting No. 133 : Akhirnya Ia Terjadi Kepada Kami

Berita sedih sahabat-sahabatku. Seorang teman sepejabat aku telah disahkan positif selsema babi. Memang dah lama dia sakit. Sebelum ni dia kene demam campak, dan sekarang selsema babi pulak. Memang nampak dia sakit, banyak dah ubat dia makan, banyak test dia dah buat. Kesian aku tengok. Menangis dia tadi bile dapat result 'throat swab' ngan x-ray.

Aku sekarang dah terdedah dengan seseorang yang dijangkiti selsema babi, klu bahasa omputihnya, has a direct contact with positive swine flu patient. Ini bermakna, aku ade kemungkinan untuk dijangkiti penyakit ini, nauzubillah... Alhamdulillah, sehingga petang tadi aku tiada tanda2 demam, suhu badan aku 36.8C. Tapi ada beberapa kawan sepejabat yang dah menunjukkan tanda2 demam. Ada yang suhu badan melebihi 38C.

Aku agak rapat dengan kawan aku ni. Dah kerja satu pejabat, dengan siapa kita nak rapat lagi. Malah, pagi tadi, aku sempat makan biskut bersama dia. Semalam aku sempat makan roti dengan dia. Aku harap sakitnya tak teruk. InsyaAllah.

UM nampaknya macam tak ambil kisah akan perkara ini. Aku difahamkan, pihak pengurusan telah bersetuju agar UM tidak akan ditutup walaupon terdapat kes yang positif selsema babi. Pesakit akan dihantar balik ke kampung dan dikenakan kuarantin rumah. Mungkin pihak pengurusan ada alasan yang munasabah, by the way, konvokesyen just next week.

Petang tadi, bukan kawan aku sorang yang disahkan positif. Beberapa orang pelajar, aku tak sure angka yg sebenarnya, tapi aku rasa adalah dalam 10 orang yg turut disahkan positif selsema babi. Apa tindakan UM seterusnya? Kita tunggu dan lihat esok. Boss aku suruh rahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum, tapi bagi aku, perkara ini adalah melibatkan isu keselamatan negara, dan ia sepatutnya tidak dirahsiakan. Tapi, itu bukan keputusan aku.

Yang aku sedih, kawan aku dah kena. Tak tau lah berapa ramai lagi officemate aku yg akan kene jugak. Tanda2 awal dah ada. Aku berdoa agar tiada apa2 perkara yang buruk berlaku ke atas kami.


Salam sayang...

You Might Also Like

10 comments

  1. isk isk..siannya

    marilah kita sama sama berdoa tuk dijauhi pelbagai penyakit...

    ReplyDelete
  2. As Salam..

    Subhanallah.. akak baru lepas baca pengalaman seorang kakak yg adik nyer disahkan menghidap selsema BABI.. kesian sangat.. sungguh menyeksakan.. tapi sudah mula menunjukkan tanda2 untuk sembuh.. Semoga Allah memberkatinya.

    diawal menularnya jangkitan nie.. akak selalu berdoa.. Ya Allah, jauhilah kami semua yang tidak menyentuh BABI dari dijangkiti waima terkena sedikit pun virus H1N1.. tapi kita hanya mampu berdoa dan sama-sama terus berdoa.. (menurut kata seorang DR sebuah sepital kerajaan.. kematian yang terjadi.. melibatkan org islam..)aduhhh.. pedih dik, bila dengar dia kata cam tu.. org lain makan babi.. org lain yang kena sakit nyer.. memang laknatullah betullah bangsa nie.. kalau lah akak ada kuasa dimalaysia nie.. akak nak je kluarkan arahan.. 'kasi bunuh semua BABI-BABI yg ada di Malaysia'.. ko rasa2 ada yang sokong tak??

    psst.. utk kes ko dik.. kalu ada ayaq zam2 kat umah.. minum banyak2.. pas tu banyak buat solat sunat.. minta dijauhkan segala penyakit yang merbahaya.. akak doakan dari jauh ek.. aminnnn

    ReplyDelete
  3. saya sokong pendapat kak noor. kasi haramkan babi yg haram itu kat malaysia ni. kenapa nak lagi ternak sedangkan dah bermacam2 bahana pasal babi ni dah jadi.

    saya harap ade lah pemimpin sehebat Mahmoud Ahmadinejad ataupon Saddam Hussein memerintah malaysia. nescaya tiada lagi babi yg hidup kat malaysia ni..

    ReplyDelete
  4. Adik..apizz

    walau akak sibuk..bila baca tajuk posting ko..akak terpanggil untuk jengguk ko..

    masa sek ku dikurantin.doktor pesan kita jangan risau sangat,sebab kalau kita sihat tak de sakit kronik.kalau ditakdir kena pun dia boleh cover ,sihat balik.budakku 3 org yg positif tu dah sihat pun,tak ramai yg sakit.Pape pun doa jangan lupa...cm doakan apizz sihat cam biasa..UM tu poyo lah..cuti lah cam kami!!!

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak mas. UM ni mmg poyo... menci i

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua dilindungi...
    walaupon aku tahu hati mu rintih untuk cuti free seminggu ;-)

    ReplyDelete
  7. hahhaa... cuti lama2 pon tak tau nak wat per. baek pi keje..

    ReplyDelete
  8. Hello
    buy celexa online
    They may increase their dose to 40 mg in accordance to their need after a week of continuous Celexa intake.
    [url=http://www.bestofdefleppard.com/]celexa pharmacy[/url]
    These chemicals are produced and released by nerves in brain and they can be considered as a communication track of the brain.
    http://www.bestofdefleppard.com/ - buy citalopram
    Also, Celexa is prescribed to patients with PMS which symptoms include depression and severe mood swings.

    ReplyDelete
  9. Hello swantosad
    discount cialis
    Women should not take this and persons under 18 years should also be restrained from this medicine.
    [url=http://online-television-network.com/]order cialis[/url]
    To asses the peak point, the patient may have sex at different time patterns after taking the medication; so that he can measure his response to the dose.
    http://online-television-network.com/ - cialis pharmacy
    See the list of online pharmacies selling Cialis (Tadalafil).

    ReplyDelete