05 August 2009

Posting No. 131 : Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban, kalau aku tak baca blog Senyuman..Harapan aku tak tahu pon Nisfu Syaaban ini hampir tiba. Mungkin bagi kebanyakan orang, termasuklah diri aku yg jahil ni, tarikh 15 Syaaban ni hanyalah macam hari2 biasa jer. Tarikh ini tidaklah sepopular 1 Januari ataupon 14 Februari ataupon 31 Ogos yang diingati. Malah mungkin, tarikh ini juga tidak juga sehebat 1 Ramadhan, 1 Syawal ataupon 10 Zulhijjah.

Tanpa aku sedar, tarikh 15 Syaaban ini mempunyai peristiwa (maaf aku tak tau nak guna perkataan ape) tersendiri. Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke lima belas bulan Syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan Syaaban. Hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 Syaaban bermula pada 14 Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

Meremang bulu roma mendengarnya. Dah cukupkah amalan aku tahun lepas? Sedih aku bile mengetahui kelebihan Nisfu Syaaban ni, kerana telah mengendahkan Nisfu Syaaban yang lepas2.

Subhanallah...


Salam sayang...

10 comments:

  1. mlm ni jom pakat ramai2 bc yasin 3kali slps mghrib sblm isyak...mlm ni 'buku' lama dibawa naik,'buku' baru dibawa turun.. Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

    ReplyDelete
  2. salam piz...

    huhuhu....tu laa cheq pon mula2 lupa sungguh...selalunye ade gk dok terima fwd email or sms awal2...yg mengingatkan kita...nie semuanye sepi...terlepas cheq arini tuk berpuasa....huhuhu...tah brape ari aje cheq puasa bulan nie...so, sama2 lah kita beramal...

    ReplyDelete
  3. terima kasih kepada kawan2 yang mengingatkan..

    ReplyDelete
  4. dik..

    nak share sikit.. diantara kelebihan sya'ban,

    'sesiapa berpuasa sehari dalam bulan sya'ban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada Nabi Allah Yusof a.s di dlm syurga' - riwayat dari Osman Bin Abi Al As

    sabda Nabi Muhammad s.a.w 'pada malam nisfu sya'ban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun kelangit dunia lalu berfirman..

    "Adakah orang2 yang meminta maka Aku perkenankan permintaan nya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubat nya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya pada saudaranya"

    dik.. pesan arwah ayah akak.. sebaik-baik nya sebelum maghrib, kita mintak ampun ngan kedua ayah bonda, mintak dihalalkan segala-gala nya.. sebab amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekira nya kita derhaka dan berdos pada ibubapa kita.. Wallahualam..

    'semoga kita semua dirahmati.. aminnn'

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak noor for sharing. elok juga kite berpesan2 kepada kebaikan ni. cheq nak bg tazkirah pon tak pandai, dan cheq rasa cheq ni tak layak utk bg tazkirah.

    ReplyDelete
  6. apiz...syahdukan nasihat kakak kita nie...jom kita sama2 call mak ayah kita....

    ReplyDelete
  7. salam

    semua org jadik ustazah kat sini.ustazah mas nk berpesan gak!!yang bujang-bujang tu cepat2 lah kahwin dirikan masjid jadi ibu dan ayah yg baik..mendidik anak muslim moga jadi pewaris perjuangan nabi..di malam yg berkat ni doalah,,nabi pesan baginda suka umatnya yg ramai..aminnnn

    ReplyDelete
  8. betul Hanis.. tak sia2 dpt akak2 macam ni, dpt beri tunjuk ajar dan nasihat.

    kak mas, macam mana lah nak kawen cepat, calon pon takde. maner leh maen kawen jer skrg ni.. takpelah kak, klu ade jodoh tak ke mana.

    ReplyDelete
  9. nak jodoh..
    kena niat..
    jodoh tak datang bergolek..
    kena berusaha sikit..

    hehe..D ade apa? tunggu apa lagi?

    ReplyDelete
  10. betul tu madey.. kene usaha.. klu tak usaha takkan dpt...

    d?? ehem2

    ReplyDelete