Posts

Showing posts from August, 2009

Posting No. 146 : Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52

Image
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
MALAYSIA KE-52

Di mana semangat kemerdekaan kita? Macam tak meriah pon sambutan kemerdekaan kali ni. Jalur Gemilang pon tak banyak dapat dilihat terutama di kawasan2 perumahan. Termasuklah di kawasan perumahan aku. Di Jalan Indah 5, di mana rumah aku terletak sejak 30 tahun lepas, cuma 3 buah rumah sahaja yang mengibarkan Jalur Gemilang. Satu rumah tu hebat, sampai ade tiang bendera lagi. Sebuah rumah lagi cuma Jalur Gemilang lusuh yang dikibarkan, siap dah koyak2 lagi. Dan rumah aku, seperti gambar di atas. Bukan setakat Jalur Gemilang jer yg aku kibarkan, bendera Negeri Selangor pon aku turut kibarkan. Bersemangat betul aku tahun ni.


Salam Kemerdekaan

Posting No. 145 : Percobaan Pertama

Image
Semalam percobaan pertama aku untuk memasak cekodok pisang. Percobaan memasak jer bukan membancuh. Proses membancuh tu dilakukan oleh orang yang lebih pakar, kalau aku yang bancuh rasanya tak jadi cekodok pisang le kot, jadi cekodok tepong.
Memandangkan ade sesikat pisang emas kat rumah aku yang dah hampir busuk, aku cadangkan lah kepada mak aku untuk buat cekodok jer, since dah lama aku tak makan cekodok pisang. Dan semalam kakak aku balik umah dan dia lah tukang bancoh itu. Diminta bapak aku pergi membeli sedikit pisang lagi memandangkan pisang yang ada tidak mencukupi. Tetapi akhirnya bapak aku membeli pisang awak plak. Manalah sesuai pisang itu dijadikan cekodok pisang. Mungkin bapak aku tak tau yang kiteorang nak buat cekodok. Lalu aku terpaksa plak pergi mencari pisang itu, pisang yang diminta aku beli adalah pisang berangan. Aku yg agak jahil bab2 macam ni pergilah mencari kat NSK Selayang tu. Akhirnya aku dapat lah membeli pisang berangan tu setelah bertanya kepada tokey kedai …

Posting No. 144 : Class of '88

Image
Class of '88
6 Kenanga - SRK (1) Batu Empat Jalan Ipoh Kuala Lumpur

I really miss those days....************************

Kerinduanku ....

Posting No. 143 : Blogger Tag Oleh Cikgu Mas

Image
Soalan : Kenapa anda berblogging

Sebenarnya aku tak tau pon soklan dia aper, tapi aku rasa itulah soalan nya yg aku perolehi dari blog Cikgu Mas pemelihara buaya itu. Dalam lama dah aku ditag oleh beliau, sekarang baru rajin nak buat. Hihi... jangan marah no Kak Mas...
OKlah... straight to the point, kenapa saya berblogging (aper punye perkataan la ni, berblogging?). Seperti yang anda dapat lihat, saya telah menulis di bahagian atas sana 'AKU MENULIS UNTUK DIRI SENDIRI', 'SEMUANYA MENGENAI AKU'. Itulah tujuan saya berblogging. Saya menulis berkisarkan diri saya. Saya menulis mengenai diri saya. Saya menulis tentang kehidupan saya. Saya menulis mengenai persekitaran yang saya lihat. Saya menulis mengenai orang disekeliling saya. Saya menjadikan dunia blogging ini sebagai sahabat saya ketika sepi. Saya menjadikan dunia blogging ini sebagai tempat saya meluahkan perasaan. Saya menggunakan dunia blogging ini untuk saya melepaskan kemarahan. Saya menggunakan dunia blogging in…

Posting No. 142 : Gambar-Gambar di CH dan GH

Image
GENTING HIGHLANDS 19 OGOS 2009
Mercu tanda Genting Highlands


Gambar sorang2 jer.. takleh gambar berdua.. nnt kantoi


Nak naik bot yg kayuh pakai kaki tuh..

CAMERON HIGHLANDS
15 - 16 OGOS 2009

Ahli-ahli rombongan Cik Nida kat Bharat Tea Plantations


(1) Kebun strawberi (2) Aku ngan Wazi kat The Smokehouse

(1) Nida and the gang bergambar sakan.. (2) Tengah dinner kat Brinchang


Sumber2 gambar : Gambar di GH, kamera pinjam. Gambar di CH, ciplak dari Nida nyer Facebook..

Love ...

Posting No. 141 : Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Image
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Salam Ramadhan Untuk Semua...

Posting No. 140 : Catatan Perjalanan - Genting Highlands 2009

Image
Seawal pukul 7.45 pagi aku dah kuar rumah. Dah berjanji untuk tunggu di KL Sentral sebelum pukul 9.00 pagi sebab tiket bas untuk ke Genting pukul 9.00 pagi. Pukul 8.30 pagi, aku sampai kat KL Sentral, baru keluarkan henpon, kawan aku tu dah call, dia dah tunggu kat tempat biasa. Rupe2nya dia lagi awal dari aku, tp takde le awal sangat, aku terlewat satu train jer. Klu tak, mesti terjumpe dia dalam train.
Bas gerak on time, biasa lah kalau bas Genting ni. Sampai masa mesti gerak, sapa yg lambat tu, alamatnya ketinggalan lah. Perjalanan dari KL Sentral ke Stesen Skyway Genting lebih kurang 1 jam jer, dan dari bawah ke atas naek kereta kabel dalam 30 minit jer. Kami sampai kat atas dalam pukul 10.30 pagi. Kami sarapan pagi dulu kat satu kedai, makan 2 orang, rm21.00... pergh... makan pon ntahape2ntah, mahal jer lebih, tak sedap langsung. Nasihat aku, sesiapa yg nak naek ke sane, makan lah kenyang2 dulu kat bawah ni, tak pon bawak bekal, makanan kat atas ni mmg cekik leher sampai berdarah2…

Posting No. 139 : Genting Highlands 2009

Image
Dahsyat betul, baru ahad lepas turun dari Cameron Highlands. Pagi nanti, aku akan naik ke Genting Highlands plak. Ada perjanjian sehidup semati yang perlu ditunaikan. Perjanjian yang perlu ditunaikan pada bulan Ogos setiap tahun. Sehingga kini, telah 3 tahun perjanjian ini tertunai oleh pihak2 yang berjanji.


Salam sayang...

Posting No. 138 : Catatan Perjalanan - Cameron Highlands

Image
Last weekend aku berada di Cameron Highlands, sekali lagi. Tahun ni jer dah dua kali aku naik ke CH. Actually takde le best pon CH tu, tp aku just memenuhi jemputan seorang kawan. Kali ni dia ajak aku temankan dia pasal sorang kawan dia dari KL nak bercuti di CH dengan gang2 pompuannya. So, dia macam seganlah nak bawak gang2 pompuan tu, then dia ajak le aku jadi teman dia.

15 Ogos 2009

Kol 8.00 pagi aku dah kuat rumah, amik teksi ke Kampung Dato' Harun, rumah abang kawan aku tuh. Kami bersarapan dulu kat kedai dekat situ dulu sebelum kami bertolak. Kami berjanji akan berjumpa kawan kawan aku tu dekat R&R Rawang. Kami sampai di CH dalam pukul 1.00 petang dan kami telah lunch di pekan Tanah Rata. Kemudian kami ke Brinchang, hantar gang2 pompuan tu ke hotel mereka dan kami akan berjumpa semua dalam pukul 4.00 petang.
Tidak seperti yang dijanjikan, kami sampai semula di Brinchang pukul 6.00 petang, akibat terlalu syok tidor kat rumah kawan aku tu di Ringlet. Kami just duduk ngeteh s…

Posting No. 137 : Cuti-Cuti Malaysia - Cameron Highlands 2009

Image
Cameron Highlands, 100km...

OK guys, I will be in Cameron Highlands this weekend. I will be going with a friends of friend tomorrow morning and will be back on Sunday evening. Till then, please miss me.


Love ...

Posting No. 136 : We Are So Cute.. Hahaha..

Image
Kelas 3A1

Kelas 4 Kenangan (4A1)

Hanya dua keping gambar ni aje yg aku ada masa zaman sekolah rendah dahulu. Zaman dulu mana le ade kamera digital ni, semua pakai filem, pastu kene beli gambar tu, masa tu sekeping 50 sen. Agak mahal jugaklah pada zaman tu.
Gambar yang atas masa aku darjah tiga di Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Batu Empat Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Nama kelas tu 3A1. Guru kelas masa tu cikgu Ghazali Katun. Gambar kedua pulak masa darjah empat, kelas 4 Kenanga (4A1). Nama guru kelas tu, cikgu Fauziah. Entah kat manalah agaknya cikgu2 aku tu mengajar sekarang. Rindu rasanya nak berjumpa mereka dan kawan2 yang lain.
Masa sekolah rendah dulu, aku bukan ler seorang pelajar yang pandai. Tak pernah pon dapat naik pentas menerima hadiah kecemerlangan. Dan aku pon bukan lah seorang pelajar kesayangan mana2 guru kat sekolah tuh. Low profile lah senang kata. Masa tahun terakhir aku kat sekolah tu, dalam peperiksaan akhir tahun, aku mendapat nombor 30 daripada 38 orang pelajar dalam k…

Posting No. 135 : Back At Work

Image
Hari ni kembali bekerja setelah dua hari bercuti. Ditambah sabtu dan ahad maka totalnya empat hari bercuti rehat. Ada urusan di rumah yang terpaksa diselesaikan, actually orang laen yang menyelesaikannya, aku hanya lebih kepada memantau sahaja. Igtkan urusan tu akan diteruskan sehingga hari selasa, tetapi urusan tu diselesaikan setakat hari isnin sahaja. Memandangkan dah bercuti dan takde aper yg nak dibuat dirumah, hari selasa tu aku telah pergi ke Sogo, seorang diri. Tujuan utama cume nak pegi ke Pejabat Pos (macamlah kat Selayang takde Pejabat Pos) dan aku nak Pertama Kompleks nak repair aku nyer jam yg dah tercabut jarum nya. Urusan aku tu dalam pukul 12.30 tengahari dah selesai.
Kemudian aku masuk ke Sogo, sekadar window shopping jer. Ade niat gak untuk membeli, tapi tengok pada keadaan. Pada akhirnya aku telah terbeli sepasang baju kemeja, sepasang baju T, sepasang seluar slack dan satu tali pinggang. Lesap lebih RM300 sekelip mata sahaja. Tapi takpe.. swipe jer.... cukup bulan b…

Posting No 134 : My Dream Car... Bile Le Bole Dapat?

Image
Your life is exciting and fast, for 24 hours of every day. And Mazda6 is the perfect partner. Styled to look elegant and refined in every setting. Engineered to deliver genuine grand touring performance. Built to give you total satisfaction in all of life's scenes. It's the ultimate statement of sophisticated driving pleasure. It's Mazda6. And it's waiting for you.

Dah banyak nampak kete ni kat jalan raya. Setiap kali nampak, setiap kali tu lah aku terpesona. Tapi tak boleh le nak renung lama2 pasal, pasal tengah drive kan, mau eksiden dibuatnya. Ntah bila lah bole pakai kete ni?

Retail price starting from RM143,933.00. Ada tak 'MJ' kaya diluar sana yg nak sponser aku kete ni? Hahahah....

Salam sayang...

Posting No. 133 : Akhirnya Ia Terjadi Kepada Kami

Image
Berita sedih sahabat-sahabatku. Seorang teman sepejabat aku telah disahkan positif selsema babi. Memang dah lama dia sakit. Sebelum ni dia kene demam campak, dan sekarang selsema babi pulak. Memang nampak dia sakit, banyak dah ubat dia makan, banyak test dia dah buat. Kesian aku tengok. Menangis dia tadi bile dapat result 'throat swab' ngan x-ray.
Aku sekarang dah terdedah dengan seseorang yang dijangkiti selsema babi, klu bahasa omputihnya, has a direct contact with positive swine flu patient. Ini bermakna, aku ade kemungkinan untuk dijangkiti penyakit ini, nauzubillah... Alhamdulillah, sehingga petang tadi aku tiada tanda2 demam, suhu badan aku 36.8C. Tapi ada beberapa kawan sepejabat yang dah menunjukkan tanda2 demam. Ada yang suhu badan melebihi 38C.
Aku agak rapat dengan kawan aku ni. Dah kerja satu pejabat, dengan siapa kita nak rapat lagi. Malah, pagi tadi, aku sempat makan biskut bersama dia. Semalam aku sempat makan roti dengan dia. Aku harap sakitnya tak teruk. InsyaA…

Posting No. 132 : BABI

Image
B.A.B.I
Kalau kite menonton berita di tv atau dengar berita di radio, paling tidak pon membaca suratkhabar, mesti ada jer cerita pasal Selsema BABI. Perkataan Selsema BABI itu telah digunakan secara meluas di dalam media masa kat Malaysia ni. Tetapi masih ada lagi mereka2 yang sensitif dengan istilah Selsema BABI itu. Mengapa perlu sensitif? Dah terlalu banyak isu melibatkan BABI kat Malaysia ni.

Aku kerja kat UM, kat bahagian yang melibatkan kesihatan. Secara tak langsung, bahagian aku ni pon terlibat dalam segala urusan untuk membendung wabak Selsema BABI ini. Nak dijadikan cerita, pihak kami telah diarahkan untuk meng'upload' satu borang berkaitan Selsema BABI ini di portal UM untuk kemudahan capaian terus oleh pengguna. Kami telah menggunakan perkataan BABI itu sebagai tajuk utama menandangkan penyakit itu sendiri dinamakan Selsema BABI (H1N1 itu adalah virus yg menyebabkan Selsema BABI).
Kemudian, ada seorang pensyarah yang berpangkat 'doktor' buat kecoh, mempersoalk…

Posting No. 131 : Nisfu Syaaban

Image
Nisfu Syaaban, kalau aku tak baca blog Senyuman..Harapan aku tak tahu pon Nisfu Syaaban ini hampir tiba. Mungkin bagi kebanyakan orang, termasuklah diri aku yg jahil ni, tarikh 15 Syaaban ni hanyalah macam hari2 biasa jer. Tarikh ini tidaklah sepopular 1 Januari ataupon 14 Februari ataupon 31 Ogos yang diingati. Malah mungkin, tarikh ini juga tidak juga sehebat 1 Ramadhan, 1 Syawal ataupon 10 Zulhijjah.
Tanpa aku sedar, tarikh 15 Syaaban ini mempunyai peristiwa (maaf aku tak tau nak guna perkataan ape) tersendiri. Nisfu dlm bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke lima belas bulan Syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan Syaaban. Hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 Syaaban bermula pada 14 Syaaban sebaik s…

Posting No. 130 : Melepaskan Batuk Di Tangga

Image
Ramai yang pernah mendengar peribahasa ini, 'seperti melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa ini membawa maksud melakukan sesuatu perkara dengan tidak bersungguh2, sambil lewa dan sebagainya dan menjadikan kerja itu tidak sempurna. Itu yg aku pahamlah, mungkin ade maksud yang lain.
Tapi adakah kita paham maksud 'melepaskan batuk di tangga' itu sendiri. Bagi aku, aper yg tertulis, itu lah yang aku paham. Terbatuk2 kat tangga. Tapi pemahaman aku tu jauh meleset. Ada maksud yang lebih mendalam dari tu. Aku cube cari dalam internet akan maksudnya itu, ternyata sudah terlalu ramai orang memberi pandangan masing2, dan semuanya terarah kepada satu benda yang sama walaupon intrepetasi masing2 agak berlainan. 'Batuk' berasal dari bahasa Jawa 'Batok' adalah tempurung kelapa (bukan tempurung kaca si pijal) yang digunakan untuk mencedok air untuk mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Owh... itu rupenye 'Batuk', tak tau plak aku name bende tu batuk, maklumkan…

Posting No. 129 : Ayam Penyet dan Es Soda Gembira

Image
Tertarik dengan entry Encik Madey mengenai ayam penyet, petang tadi aku telah menikmati sendiri keenakan juadah ayam penyet dari negara Indonesia itu. Aku bersama2 'd' telah menikmati juadah ini di Waroeng Ayam Penyet di The Curve.
Hari ni aku dah 'd' telah pergi ke The Curve. Tak ingat plak sape yang ajak saper, tp aku rasa aku yg ajak 'd' pi deting dan 'd' yang cadangkan kite pegi The Curve, pasal beliau sendiri nak ke Ikea membeli sedikit barang. Tapi, at the end of the day, aku pulak yang lebih banyak membeli barang daripada beliau. Hahah...

Berbalik kepada cerita ayam penyet tu, kami telah setuju untuk merasa ayam penyet tu sebab terbaca kat entry si madey tuh. Bagi aku, boleh tahan ayam penyet dia tp tak nampak semeriah ayam penyet madey. Aper2 sambal dia... pedas giler... berair hidung kawe.. Dan untuk minuman pulak aku telah memilih untuk merasa Es Soda Gembira dan 'd' pula Es Teh Sasro.

Terima kasih kepada 'd' pasal belanja saya …