Posting No. 124 : Ciri-Ciri Orang Yang Dilahirkan Dalam Bulan Febuari

Berikut adalah ciri-ciri orang yang dilahirkan dalam bulan Feburari. Aku dilahirkan pada 25 Febuari beberapa tahun yang lepas, oleh yang demikian, layaklah aku membuat ulasan ciri-ciri berikut yang khabarnya telah dikaji dan diselidik oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Tak diceritakan pulak bagaimana methodologi kajian yang dilakukan oleh beliau, dan tak diceritakan juga berapa ramai sampel populasi yang diambil untuk membuat kesimpulan kepada kajian beliau. Walau bagaimana pun kita terima sajalah penemuan beliau kerana beliau memang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Percaya atau tidak, terletak pada budi bicara anda.

  • Berfikiran abstrak
  • Suka benda yg reality dan abstrak
  • Intelligent, bijak dan genius
  • Berpersonaliti yg mudah berubah
  • Mudah menawan org lain
  • Agak pemalu, pendiam dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati utk capai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan lasak
  • Emosi mudah terluka dan sgt sensitive
  • Mudah mempamerkan marahnya
  • Tidak suka benda yg remeh temeh
  • Suka berkawan tapi kurang pamerkannya
  • Sgt berani dan suka memberontak
  • Bercita2 tinggi dan suka berangan
  • Ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  • Pemerhatian yg tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda yg bersifat seni
  • Sgt romantic pd dalaman tapi tidak pd luaran
  • Berkecenderungan pd benda yg tahyul
  • Agak mudah dan boleh jadi terlalu boros
  • Belajar utk pamer emosi

Macam mana aku nak mulakan? Tiba2 tak reti plak nak menyusun kata2. Mula2 kita mulakan dengan keupayaan akal pikiran dan otak. Berfikiran abstrak, suka benda yg reality dan abstrak, intelligent, bijak dan genius. Sebenarnya aku tak tau aper bendenya abstrak tu. Yang aku tau kalau lukisan abstrak, lukisan yang ntahape2ntah tapi mempunyai maksud yang tersembunyi. Hanya orang2 yang berfikiran abstrak saja yang memahaminya. Oleh kerana aku tidak pandai untuk memberikan intepretasi kepada sesebuah lukisan abstrak, maka fikiran aku tidaklah seabstrak yang dikatakan. Aku tak pernah mengatakkan bahawa aku ni bijak dan genius, tapi aku akan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan untuk berfikir, untuk melakukan sesuatu, untuk membuat keputusan, dalam apa jua aktiviti yang aku lakukan setiap hari. Ade jugak yang mengatakan aku pandai (bukan nak eksyen, tp benar), tapi bagi aku, semua orang adalah pandai, kepandaian itu terletak pada usaha diri sendiri untuk membentuk kepandaian fikiran mereka. Klu ada orang yang dilahirkan pandai dan ade orang yang dilahirkan bodoh, maka Allah telah berlaku tidak adil kepada manusia. Setiap kejadian Allah ade hikmah disebaliknya yang masih belum terungkai oleh manusia.

Mari kita lihat yang berikutnya, berpersonaliti yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pemalu, pendiam dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya. Apa yang dimaksudkan dengan berpersonaliti yang mudah berubah? Adakah seseorang itu boleh berubah2 perwatakkannya, sekejap jadi org itu dan kemudian menjadi orang laen plak, siang jadi lelaki malam jadi perempuan? Uish... aku tidak begitu. Aku adalah aku, buat aper nak jadi orang laen. Personaliti aku tetap macam ni walau ke mana aku pergi. Mudah menawan orang lain, wow... alangkah indahnya kalau ini adalah benar. Kalaulah benar, masakan aku masih membujang sehingga sekarang? Sila jawab.... hahah.. Pemalu, pendiam dan rendah diri... this is sooo true... i ni pemalu you... Jujur dan setia, wah.. berat ni, masih belum berpunya... no komen.. hahah..

Ok.. next, keras hati utk capai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Keras hati untuk mencapai matlamat, erm... aku ni berangan je lebih, pastu hangat2 tahi ayam dan cepat bosan, bile matlamat macam dah nak gagal untuk dicapai, aku akan quit sebelum ia menjadi lebih buruk dan memeranakan diri sendiri. Tidak suka dikongkong dan akan memberontak bila dikongkong. Tell me my friends, sape yg suka dikongkong??


Berikutnya, suka kegiatan lasak, emosi mudah terluka dan sgt sensitive, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yg remeh temeh. Suka kegiatan yang lasak, aku mmg suka akan aktiviti yang lasak, cuma aku takde peluang untuk experience semua tu. Setakat hiking, jungle tracking, abseiling, flying foxing, kayaking tu pernah le aku buat, but i want more than that. Emosi mudah terluka dan sangat sensitif, erm... ye ker? Macam tak jer. Setakat tersentuh hati tu ada lah, tapi mostly klu aku tersentuh hati aku diamkan jer, tenangkan diri, tenteramkan jiwa. Lama kelamaan benda tu akan pergi jua. Mudah mempamerkan marahnya, ramai orang especially officemate aku kata, aku panas baran, tapi aku rasa tak. Aku tak nafikan yang aku pernah marah2 kat opis, tapi itu biasa lah, klu takde sebab, takkan aku nak marah2. Tapi, selalunya, kalu aku marah, aku lebih suka berdiam diri. Kawal kemarahan itu, buat sesuatu yang boleh menenangkan jiwa. Bila dah cool, aku akan menjadi seperti sedia kala. Tidak suka benda yang remeh temeh, argh... bende ni menyusahkan jer. Kalau kat opis, semua bende ni merupakan kerenah birokrasi yang menyusahkan keadaan jer. Takyah pikir bende2 ni semua.

bersambung.... (dah penat)



Love...

You Might Also Like

17 comments

  1. aiiik,membebel sorang diri nampak???..omputih kata im writing for my self...tapicikgu baca satu-satu cam baca esei exam akhir tahun..jujur ,telus dan transparent,,bagus2..ni namanya muhasabah diri...teruskan dik..besok ada lagi episod baru ek..pijal yg mulakan yer..best jugak menelek diri sendiri ni,,,

    tapi dik,k.mas tak cayalah hang pemalu.malu miow-miow kot..lagi satu lambatlah nk berpunya bila borak dgn awekss jer,kak mas rasa hang pi sebut soal poligami..larilah diaorg..he,he

    ReplyDelete
  2. hihi... betul lah kak, cheq ni pemalu orang nyer, klu jumpe org, tunduk jer merenung tanah. sepatah orang cakap, sepatah saya jawab. aper tah lagi berbicara mengenai poligami ngan aweks.. haha

    ReplyDelete
  3. Salam....

    hahahhaha.....kanda, cheq pon tak caye, apiz nie pemalu...tunduk merenung ke tanah...hahahhaha...tah2 tenung muka aweks tu sampai tak berkelip mata tu....huhuuhuh...

    ayah cheq pon lahir bulan feb nie...27/2....pada pandangan cheq, dlm 70% aje kene dgn ayah cheq.... terutama kat berkecenderungan pd benda yg tahyul & agak mudah dan boleh jadi terlalu boros..dua2 nie contra habis ngan diri ayah cheq....

    ape2 pon...cheq suka kate2 kanda...."yang pasti setiap orang ada kelemahan dan kelebihan,tiada siapapun ygng sempurna kecuali tuhan.."

    ReplyDelete
  4. salam semua..

    Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

    ReplyDelete
  5. anis : cheq ni paling tak bole klu nak bertentang mata tak kire le ngan sesiapa pon. klu tibe2 lah bertentang mata, cheq adalah org pertama yg akan pandang tmpt laen. klu tak percaya, hang cuba lah renung mata cheq ni..

    pijal : betul tuh, setiap orang berbeza dari segenap ciri, walaupon org tu kembar 2, kembar 3 mahupon kembar 4, perangai, persepsi dan personaliti mereka takkan sama, begitu indah ciptaan Allah. kita ni rambut jer sama hitam (walaupon sekarang ade yg kaler laen2) tp hati kite laen2

    ReplyDelete
  6. apiz....hang nak cheq cuba renung mata hang? kalau hang tak berkedip pastu camne? hahahahhahahah....

    ReplyDelete
  7. klu tak berkedip tu maksudnyer.... dah jatuh ke hati ler...

    ReplyDelete
  8. hahahahha...tu lakau tak terkedip....kot terkedip kedip camne lak????? tak aiii cheq tau dah hang pemalu...cheq tak tenung mata hang laaa pizz...

    ReplyDelete
  9. klu terkedip2 tu maksudnyer, mata termasuk habuk...

    ReplyDelete
  10. hisss,jangan tenung mata,mai sini k.mas habaq kita tenung mana???lagi dia malu giler...ha,ha,ha..nk habaq kn bagi pengeras yer..ni amalanku masa mengorat abg samad dulu..

    ReplyDelete
  11. alah.. kak mas ni, nak share pon kene bayor ker. itu pon nak berkira, kite kan adik beradik...

    ReplyDelete
  12. hiss ni k.mas nk share dgn hanis jer,bukan dgn apizz...sebab kami nk tenung org laki...nk tenung kt apiz lah... takkan nk bagitau pulak..nanti apiz tutup n cover part yg kami nk tenung tu,ha,ha,ha...
    kalau apizz tau mesti malu giler..tersiput sedut ..payjarl sekali...

    ReplyDelete
  13. kanda...meh arrr kongsi cerita tu....mai habaq kat cheq, tenung tang mana tu????nanti kalau berjaya cheq blanja kanda makan nasi minyak nak???....hahahhaha

    ReplyDelete
  14. hisss tak leh bagi tau kt sini dinda,nanti depa tau..bila kite jumpa kanda bagitau,baru lah kita tenung sama-sama,conpom depa gelabah terus masuk bawah meja,ha,ha

    ReplyDelete
  15. wah3... berkomplot rupenya kak mas ngan hanis nak mengenakan kita pijal.. berhati2 pijal... cover aper2 yg patut.. jangan mereka usha pelik plak nnt..

    ReplyDelete
  16. nak kenyit mata sebelah kat tuan punya blog & pijal boleh?...... ;-)...sayang kanda Mas

    ReplyDelete
  17. nak kenyit dua2 belah pon bole, sebelah pada cheq, sebelah pada pijal

    ReplyDelete