10 July 2009

Posting No. 116 : Once Upon A Time In May 1985

Ni gambar aku masa darjah 3. Bersekolah di SRK (1) Batu Empat Jalan Ipoh. Guru kelas masa tu Cikgu Ghazali Katun, tinggi lampai orangnya, apa khabar agaknya Cikgu Ghazali. Pengenalan kepada kawan2 aku yang lain, yang pompuan dari depan - Siti Mariam, Fazlin, Linda, Hazleen dan Marliza. Yang lelaki, dari depan - Yusmirizal, Saiful, Abdal, Anazim dan yg paling cute di belakang sekali ada aku. Yang terasing dari group tu aku rasa nama dia Hanif. Usah ditanya siapakan pelajar lelaki yang sedang menuruni tangga di luar sana, aku tak kenal.

Disebabkan posting aku yang bertajuk 56th ENTRY pada bulan Febuari 2009, aku dapat 3 respon dari kawan2 lama aku di sekolah yang sama. Start dari situ, aku telah memulakan satu group dekat facebook (atas desakan si Zainal) dalam usaha kami untuk mengumpul seberapa ramai kawan2 sekolah rendah especially budak2 kelas 6 Kenanga. So far, kami telah berjaya mengumpul seramai 14 orang kawan2 lama. Seronok bila dapat kumpulkan balik kawan2, macam cerita ada tapi yang best bila bercakap pasal zaman budak2 dulu. Banyak memori lama yang dapat dikongsi bersama. Seronok rasanya...

Thank to Zainal pasal dia lah yang banyak menjemput kawan2 lama join group. Thanks to Abdal pasal uploadkan gambar di atas. Thanks to all friends pasal join group kami yang tak seberapa ni. Niat kami nak menjalinkan kembali hubungan yang telah lama terputus. 21 tahun, satu jangka masa yang sangat panjang.


Salam Sayang...


*** Gambar diambil dari 4th Miles Alumni : The SRK (1) Batu Empat Old Students Facebook Group

2 comments:

  1. hmm ko yg paling cute belakang sekali? hmm tak nampak pun..

    ReplyDelete
  2. hahha... gambar lama lah... tu pasal tak nampak... 24 tahun dan umor gambar tuh...

    ReplyDelete