Posting No. 113 : Dinner @ Chop and Steak Extra Selayang

Semalam kami satu family keluar dinner kat Chop and Steak Extra Selayang. Sebenarnya aku baru tau ade tempat makan ni kat area tu. Dan beberapa minggu tempat makan ni kuar kat Selamat Pagi Malaysia, masa tu lah aku tau yang tempat makan ni agak glemer gak, cume aku yg dok Selayang ni jer yg tak tau.. hahah..

Kami pergi satu famili, mak ngan ayah aku, abang aku satu famili, kakak aku satu famili dan adik aku ngan hubby dia, total semua 14 orang. Memang ramai yang makan kat situ time kami datang, but since abang aku sampai awal, dia dah booking meja untuk kami sekeluarga. Kami order pelbagai dan semuanya western dari black papper chicken chop, beef steak, fish and chip dan moroccon fried rice.

Aku order the Morrocon Fried Rice, it a fried rice and grill chicken with mushroom topping. Nasik goreng dia biase jer, but ayam dia boleh tahan, quarter chicken lagi, so portion tu agak besar lah. Fish and Chip dia pon sedap, but bahagian fish dia je lah, chip dia too oily sampai menjadikan ia .. tak sedap lah. Black papper chicken chop dia aku tak sempat nak rasa pasal dah kekenyangan, tapi nampak menarik. Air dia gelas besar, aku order watermelon juice but ade macam serpihan2 tembikai yg dia bubuh dalam air tuh, ok gak lah tapi macam tak puas minum. Orange juice dia superb.... nyam3.

One problem klu tempat macam ni, besar dan ramai customer, service dia jadi lambat. Berjanggut menunggu hatta air sekali pon. Yang sampai dulu nasi goreng aku, then baru air sampai. Aku dah habis makan baru yg laen2 sampai... By that time, air semua dah habis, kene order lagi. Aku plak terpaksalah aku makan dulu, klu dah sejuk tak sedap plak.

Kat sini harga makanan dia standard lah.. takde le murah.


Love...

You Might Also Like

4 comments

  1. wah...
    makan besar..
    tak ajak pon..

    ReplyDelete
  2. next time ko dtg kl aku bawak makan kat situ...

    ReplyDelete
  3. allo apis..
    org jauh ko nak gak bawa makan kat situ, aku yg tak baper nak jauh ni, tak nak ler pulak ko bawa.. g doraisamy ko mmg tak nak kan.. huhu

    ReplyDelete
  4. wei apis... kat doraisamy tu ade kedai member aku tau. klu aku pi mesti dpt makan dan minum free of charge... hahah... takpe2.. nnt aku bawak korang berdua makan moroccon fried rice kat situ..

    ReplyDelete