28 June 2009

Posting No 109 : Hari Ahad, Aku Kerja

Hari ni hari Ahad, aku kene kerja, in fact, satu opis kene kerja. Hari ni hari pendaftaran masuk pelajar baru Universiti Malaya. Aku telah ditugaskan untuk bertugas di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin aka Kolej Kediaman Ke Sembilan. Ini merupakan kali pertama kami ditugaskan untuk membuat kutipan dokumen perubatan pada hari Ahad. Selalunya klu mengikut tradisi asal, kami akan bertugas pada hari Isnin, di mana semua dokumen dari pelajar baru akan dikutip di DTC. But since management team dah bertukar, so mereka ni sesedap rasanya menukar segala2nya.

Aku sampai kat kolej tu pukul 8.40 pagi dan pengetua kolej tu already waiting kat aku nyer kaunter, aku tak tau dia borak aper dengan sorang lagi opismate aku yg dah pon sampai. Aku sampai jer dia tanya, 'boleh tak kite mula sekarang, student dah tunggu lama dah tu dari pukul 7.00 pagi'. Aku dalam hati berkata, 'dalam jadual kata start pukul 8.30 pagi, bukannye pukul 7.00'. Pastu program tu terus start, tak sempat aku nak minum seteguk air pon. Student plak mostly hampeh, semua dokumen tak ready. Masa tu lah nak cari borang, masa tu lah nak isi borang. Last2 pengetua kolej tadi menjadi mangsa aku, since dia sorang jer yang aku nampak kat situ. Aku panggil si pengetua kolej tuh, 'encik, boleh mintak student sediakan borang tak, ramai yg tak keluarkan borang, ramai yang tak isi borang, klu macam ni mmg lah jem kaunter ni'. Si pengetua tu nampaknyer memberikan kerjasama, tapi time tu je lah, pastu dia entah ke mana. Tapi aku tak salahkan student, aku salahkan Pembantu Mahasiswa (PM) yg nampaknya tak inform kat student aper yg perlu di buat. Pastu pagi tadi, susah betul nak tangkap sorang PM untuk aku pergunakan. Pastu dalam pukul 10, ade seorang sukarelawan datang membantu. Aku suruh dia inform student aper yg perlu disediakan untuk diserahkan dan lepas tu baru ok perjalanan kutipan dokumen tu, walaupon ade gak le beberapa orang student yg sengal. So.. pagi ni aku takde lah nak senyum2 pada student, marah lagi ade ler.. ade le beberapa orang yg aku marah. Tak kuasa aku nak mesra2 pelajar ni.

Dalam pukul 12.00 tengahari, dah kurang dah student, tetapi kami terpaksa menunggu sampai tamat, pukul 1.30 petang. Aku keje dari pagi sampai tengahari, yg mereka bagi air mineral sebotol jer. Sarapan pagi takde, ape lagi makan tengahari. Tanya ade le 3-4 kali, tapi takde plak mereka nak bawak kami ke bilik makanan tu. Setakat tunjuk dari jauh jer, 'boleh makan kat belakang sana'. Aku bukannya kebulur sangat nak makan, tp at least appreciate aper org dah buat, we all ni consider tetamu, tetamu yang membantu, ape salahnya ko bawak kami ke bilik tu, bukannya susah pon. Nasib baik terlintas di hati aku nak beli kuih ngan milo ais sebelum pergi ke kolej tuh.


Tak puas hati,

No comments:

Post a Comment