12 June 2009

99th ENTRY

Semalam di Genting Highland. Tunggu.. tunggu.. dan tunggu lagi.. beratur.. beratur dan beratur lagi dan lagi. Bosan betul pi genting time2 cuti sekolah ni. Punyalah ramai manusia dan binatang serta tumbuh2an.

Janji tunggu kat rumah mak kol 10.00 pagi, adik aku sampai dalam pukul 9.00 pagi. Ketua rombongan yang janji kol 10.00 nak terus bertolak sampai kol 10.00 pagi, pulak tu, siap sarapan pagi dulu kat rumah mak. Family kakak aku dah sedia menunggu di Stesen BHP lepas Tol Gombak. Sampai kat Genting Skyway pukul 11.00. Punyalah ramai orang, kene beratur nak naik kereta kebal cable, ade le dalam 1/2 jam. Ke mana lah hala tuju orang ramai2 tu, aku pon pelik, bukan best pon Genting tuh, aku ni sib baek orang belanja, klu tak, aku akan cadangkan pergi tempat laen.

Perjalanan dengan skyway lancar jer. Sampai kat atas, satu kerja lagi kene menunggu untuk masuk ke Outdoor Theme Park. Rasanya dalam 1 jam jugak menunggu nak dapat kan tiket. Habis roti dua buku kene bedal. Bila dah dapat masuk bukan dapat maen permainan pon, tengok orang yang beratur punya panjang, tak selera nak maen. Kami cume maen kapal yg berayun2 tu jer, itu pon kene beratur dalam 1/2 jam. Kami ramai2 naek, aku, ayah, kakak ipar, abg ipar, anak buah 2 orang. Lepas tu ingat nak naek roller coaster, tapi under maintenence plak... demit.. anak2 buah aku plak dpt la naek gajah terbang pusing2 tuh. Selebihnya kami buang masa jalan2 dalam tu jer. Last sekali, kami naek kereta api pusing2 Genting dan ade yang naek kereta antik.

Dalam pukul 5.00 kami keluar, ingat nak pegi SnowWorld, tapi tengok next enterence pukul 6.30 petang. Satu jam lebih kene tunggu. So... the we decided nak turun dan balik je lah. Nak turun pon kene tunggu, cam hampeh... kene beratur smpi 1/2 jam.

Anyway.. terima kasih kepada abang dan kakak aku yg sudi belanja kami semalam.


Love,

No comments:

Post a Comment