25 May 2009

91st ENTRY


Gambar Hiasan

Semalam aku ngan kakak aku dan tiga orang anak buah aku pergi ke Taman Metropolitan Kepong. Baru le aku tau nama tempat tu Taman Metropolitan Kepong, sebelum ni aku panggil tempat tu tempat main layang-layang jer. Tujuan pi situ, sajer jer untuk mengisi masa lapang petang semalam dan nak tengok orang main layang-layang. Kitaorang bertolak dari rumah dalam pukul 5.30 petang. Takde le jauh sangat tempat tu, dalam 10 minit jer. Tapi orang punyalah ramai orang sampai jem jalan nak ke situ. Nak parking jangan cakap ler, nak masuk ke kawasan parking pon tak boleh. So, kitorang decided nak buat u-turn dan parking kat area seberang jalan dan naik jejantas ke taman tu.

Memang ramai orang kat taman ni. Rasanya ade le dekat 200 bijik layang-layang yang tengah terbang kat kawasan tu jer, kawasan laen aku tak tau lah. Ni tak masuk orang yang saja jalan2 bawak anak, orang yg jogging, orang yang tengah memancing, penjual2 layang-layang, penjual ais krim, perghh... memang meriah. Tak pernah aku tengok taman yang seramai ini pengunjung nyer. Anyway... taman ni memang best... kalau nak berendek, kene le pegi ke seberang tasik saner, rasanya kat saner line clear. Hahah... (jangan ikut nasihat aku).

Hari Sabtu lepas aku pegi ke Ikea. Sajer jer, dok rumah pon bukan wat aper, just follow kakak ngan mak aku dan anak2 buah aku ke saner. Takde intention pon nak membeli belah, just cuci2 mata, try2 duduk kat sofa2, kerusi2, katil2 dia jer. Nak beli kurang mampu, bukan kurang mampu, nak wat per, laen le kalau aku dah ade rumah sendiri.

At the end of the day, terbang gak duit aku RM300++ pasal aku dah berkenan kat sebuah executive chair ni. Beli je lah, since kerusi komputer kat rumah aku tu pon, pakai kerusi dining table rumah aku jer, keras dan sakit bontot aku klu dok lama2. Memandangkan aku mmg takde intention nak beli aper2, aku takde le bawak duit sebanyak itu. So, aper lagi, swipe je ler... hilang dara kredit kad (first time gune), haha....

Kerusi yang aku beli ni memang best, bukan sahaja empuk, malah setiap kali duduk, mesti mengantuk.

Love,

No comments:

Post a Comment