27 April 2009

81st ENTRY


Gambar Hiasan

Perjuangan diteruskan petang tadi. Team bola jaring lelaki Zon 6 turun menentang Zon 7 untuk perlawanan yg kali pertama diadakan. Ini adalah kali ketiga aku turun padang untuk Pesta Sukan Staf tahun ni, banyak gak acara aku masuk tahun ni. Honestly, aku agak cuak gak nak turun lawan petang tadi. Maklum ler, bola jaring lelaki ni kali pertama diadakan, dan tak tau plak kekuatan pasukan lawan macam mana.

Keputusannya, Zon 6 berjaya menewaskan Zon 7 dengan jaringan 3-1. Alhamdulillah...

Esok kami akan turun lagi untuk menentang Zon 2 yang diletakkan sekumpulan dengan kami. Kami perlu menang perlawanan esok untuk menkadi juara Kumpulan A. InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment