80th ENTRY

Perjuangan telah selesai di acara padang dan balapan. Aku turun untuk dua acara sahaja dan kedua2nya terkandas. Untuk acara melontar peluru lelaki senior, aku cume mendapat tempat ke tujuh daripada lapan peserta (sib baek tak last) dan untuk acara merejam lembing, lagi teruk, terus tak dapat nombor pasal disqualified. Hahah... kurang practice, bukan kurang, memang tak prektis pon, terus turun bertanding.

Apa-apa pon, hari sabtu lepas bertempat di Stadium UPM, Zon 6 berjaya mendapat 1 emas dalam acara melempar cakera lelaki veteran, 2 pingat perak dalam acara melontar peluru wanita senior dan 4x400m wanita senior. Dan beberapa pingat gangsa dalam acara lompat jauh wanita, 100m wanita dan aku tak ingat lagi acara apa. Semua wanita yang memang memandangkan lelaki2 di Zon 6 ni dah hampir pupus kot.

Ok, untuk besok aku akan ade friendly match netball lelaki menentang Zon 5.


You Might Also Like

0 comments