16 April 2009

78th ENTRY

Dah lama benar tak sakit rasanya. Tapi bila dah kene tu, macam2 penyakit datang. Minggu ni sangat tak sihat diri aku ni. Sampai ada satu ketika, badan menggigil kesejukan. first and formost, aku kene selsema disertai pulak dengan sakit tekak. Kalau selsema jer, ok lagi bg aku, tp bile tekak dan sakit, perit betul rasanya. Dah tu, batuk plak. Lagi lah perit, rasa macam nak berdarah dah tekak bile batuk2 kering macam ni. Dah tu, badan rasa tak sedap, rasa macam nak demam jer.

Tak cukup dengan tu, lutut ni aper hal le plak boleh sakit. Tak pernah dibuatnya. Tiba2 jer sakit. susah gile especially bile nak semayang. Duduk antara dua sujud ngan duduk tahiyat tu mmg lah dah tak betul, tapi nak buat camner kan, dah sakit. Takpe, Allah itu Maha Mengetahui, diterima atau tak, itu urusan Dia. Kita dah pon tunaikan tanggungjawab.

Sib baek lah aku pernah berskendel dgn sorang pharmacist kat sini. Aku pi le pow ubat. Igt nak amik pain-killer untuk lutut jer, tapi dia bagi plak macam2. Dari ubat selsema, ubat batuk, ubat sakit tekak, antibiotik, vitamin C. Sampai pagi semalam aku telan sampai 8 bijik pil. Alhamdulillah, sakit tekak dah ok, selsema ade lagi, demam tak jadi, and still batuk2 but batuk tu takde le smpi memeritkan tekak.

Petang semalam aku pegi klinik luar untuk sakit lutut aku ni. Dan2 lah si doktor tu tanya, 'ada maen sukan ker?' Aku pon jawab le seadanya, 'for the past 2 weeks, i mmg aktif sukan'. Then dia tanyer lagi, 'dah berapa lama tak maen?' Dalam hati aku, 'eh... macam tau2 jer doktor ni'. Aku jawab gak ler, 'dah lama dah, tp tahun ni baru i nak involve', smbl aku tersengeh2. 'Ermm.... urat ni terkejut, pasal dah lama sgt dia rehat, tiba2 kene keje kuat, jgn risau lah, ni hanya urat yg bengkak, bukan joint'. Pastu, aku mintak injection, dia bg dua cucuk pastu ade dalam 6 jenis ubat kene makan. So, malam semalam aku telah 10 bijik pil.

Hari ni, sakit lutut tu dah ok, tak rasa sakit2 lagi. But aku still continue makan ubat dia since sabtu ni aku ade games. Takut plak klu sakit balik, tak dpt aku join games.


No comments:

Post a Comment