04 April 2009

72nd ENTRY

Banyak cerita nak tulis untuk sepanjang minggu lepas. Terlalulah kesuntukan masa untuk mengabadikan cerita2 itu kat sini, bukan takde masa, tapi ketiadaan tenaga untuk berfikir dan mencoretkan kisah2 itu.

Sabtu dan Ahad lepas (28 - 29 Mac 2009) aku di PD, ade course. Wajib untuk semua kakitangan. So, sabtu tu, aku dah sampai kat opis seawal kol 10.00 pagi sebab aku akan pergi naik kenderaan jabatan. Cume aku dangan Azmi jer yang akan naik kenderaan jabatan dan satu kereta akan follow kami. YAng lain akan pergi naik bas. Aku on komputer sementara menunggu yang lain tiba. Tengah syok2 aku layan Facebook, tiba2 aku dengar ada bunyi macam orang tengah ketuk something. Aku jengah kat tingkap, rupa2 nya ada dua orang budak lelaki tengah ketuk mangga palang. Siot... mangga tu baru jer orang kolej bagi 2 hari lepas, dah diaorang pi pecahkan plak, sialan... apa2 pon aku ade amik nombor kereta dia (nnt aku tulis kat sini), Myvi kaler silver. Aku rasa diaorg ni student.

Dalam pukul 10.30 pagi, kawan2 aku tiba. Dalam pukul 11.00 pagi kami bertolak ke PD. Singgah sekejap dekat Hentian Rehat Nilai untuk sarapan pagi then kami meneruskan perjalanan. Kami sampi kat Glory Beach Resort, PD dalam pukul 1.30 petang. Nasib kami baek, semua bilik dah ready dan kami check-in dulu. Kursus petang tu dijadualkan pukul 3.30 petang. So, sementara menunggu masa tu, aku dengan Azmi lepak2 dalam bilik, kononnya nak tidor, tp tak lelap pon. Takut terlajak time plak nnt, dah le kami ni AJK, tak elok klu terlambat.

Geng yang naik bas sampai on time, pukul 3.00 petang. Check-in pastu semua turun ke dewan untuk start kursus. Macam biasa, aku telah dilantik menjadi MC untuk kursus kali ni setelah tahun lepas aku direhatkan. Klu tak, thn ni pon orang lain, tapi kawan aku tu ade emergency tak dpt datang, aku lah kene ganti. Kol 3.30 petang kursus pon mula. Tahun ni kursus best, penceramah pon best, topik pon best. Penceramah dia Psychologist.. so.. ceramah dia banyak berkisarkan psikologi dan personaliti diri. Mmg best.

Ceramah tu habis dalam pukul 6.00 petang. Pastu ade satu game untuk kakitangan. Game senang jer, but sebelum tu, kakitangan dah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Aku masuk kumpulan Cinderella (aper le name kumpulan, Cinderella??). Game dia senang jer, kami dibekalkan dengan suratkhabar, stapler dan gunting dan kami diminta untuk membuat pakaian menggunakan benda2 yang diberi. Dan keputusannya, group Cinderella dapat no. 1. Hahaha... (gambar nnt aku masukkan). So, petang tu aktiviti tamat dalam pukul 6.30 petang.

Lepas tu aku naek semula ke apartment, rehat. Nampaknya malam ni aku ngan Azmi je lah tido kat apartment 2 bilik ni. Sepatutnya ade 4 orang, tp memandangkan seorang ade emergency dan tak datang dan seorang lagi sampai ke sudah tak datang2, so aku ngan Azmi je lah konker apartment ni....

Kol 8.15 malam kami turun balik, ade BBQ dinner dan ade aktiviti berkeluarga plak. BBQ dinner dia tak sedap. Walaupon ade ayam, daging, kambing dan sebagainya, tapi bagi aku tak sedap. Nak wat camner, makan je lah. Malam tu aktiviti start dalam pukul 9.00 malam. Ada games, persembahan dan cabutan bertuah. Aktiviti malam tu kelam-kabut gila. Ape yang dibuat tak ikut jadual. Aku yang jadi MC pon konfius, sekajap suruh buat ni, sekejap seuruh buat tu. Pastu budak2 pulak macam tak terkawal, berlari sana, berlari sini, menjeritlah. Mak bapak plak macam tak reti2 nak suruh anak duduk diam2. This is the worse activity ever. Teruk giler.... Aktiviti malam tu habis dalam pukul 11.00 malam, but aku, Azmi, Kak Wan ngan Kak Ruby still lepak2 kat tepi pantai, mengumpat.. merehatkan fikiran.. dalam pukul 12.30 kiteorang naik.

Malam tu aku tido kol 1.30 pagi, Azmi plak ntah kol berapa dia masuk tido, pasal aku tgk dia dah tertido depan tv. Malas aku nak kacau dia, biarkan je lah.

Esoknya, Ahad, aku bangun kol 9.15 pagi, Azmi masih lagi dibuai mimpi. Pagi ni memang takde ape2 aktiviti, sukati lah nak wat aper. Kol 11.30 kami turun, check out then makan tengahari. Kami bertolak pulang pukul 1.15 petang. Singgah Bangi hantar Saki then terus ke UM. Sampai opis dalam pukul 3.30 petang.

No comments:

Post a Comment