05 February 2009

54th ENTRY

Sengal betul orang-orang Bahagian Sumber Manusia ni, hilangkan surat aku. Hari Selasa lepas aku ada hantar satu surat kepada Bahagian Sumber Manusia Universiti Malaya. Aku hantar macam biasa lah aku bagi dekat kaunter penerimaan surat kat situ. Aku hantar dalam pukul 4.30 petang dekat-dekat pukul 5 petang.

Pastu semalam, dalam pukul 11.30 pagi, diaorang call. Tapi masa tu bukan aku yang jawab call dia. Memula diaorang tanya samada aku dah hantar ke belum surat tu. Aku kata aku dah hantar semalam. Pasti dengan sewenang-wenangnya diaorang cakap tak terima. Bara lah aku masa tu, aku bagitau aku dah hantar semalam.

Pastu dia cakap, diaorang akan check. Dalam 5 minit kemudian, diaorang call balik kata memang tak ada. Masa tu bukan aku yang jawab panggilan tuh. Aku cakap aku dah hantar semalam, by hand dalam pukul 4.30 petang. Pastu diaorang tanya, saper yang terima surat tu, aku cakap aku hantar by hand tak pakai buku. Aku berkeras gak bagitau diaorang yang aku dah hantar semalam. Pastu diaorang cakap diaorang akan check lagi.

Dalam 5 minit pastu, diaorang call balik nak minta kepastian samada betul-betul dah hantar ke. Kali ni, orang yang jawab telefon tu suruh orang BSM tu call aku. Bila diaorang call, diaorang pon tanya lah perkara yang sama. Aku cakap aku dah hantar semalam, by hand, dalam pukul 4.30 petang. Pastu dia pon membebel lah, kata aku sepatutnya tulis dalam bukulah, pastu diaorang ceritalah prosedur2 hantar surat kat BSM. Ape hal plak aku kene tau prosedur ko, dah ade kaunter penerimaan surat, aku hantar je lah kat situ, kalau aku sendiri kene hantar pada orang yang sepatutnya, baik tak payah buat kaunter tuh.

Last-last aku cakap, macam mana ni, belum pon satu hari korang dah hilangkan surat tuh. Aku rasa orang tu bengang gak ngan aku, terus dia cakap dia akan cari.

Dalam 5 minit pastu, diaorang call lagi, bukan aku yang jawab. Dia tanya pasal benda lain tapi masih berkaitan dengan perkara yang sama. By then, aku tau lah yang diaorang dah jumpa surat tu.

Sengal betul lah orang Sumber ni, lain kali check le dulu, jangan main simply nak menyusahkan orang. Nasib baik aku yang hantar surat tu, klu orang lain yang hantar, susah gak aku nak jawab. Orang Sumber ni memang macam tu, buat kerja cam hampeh!! Bodoh!!

No comments:

Post a Comment