08 January 2009

48th ENTRY

Petang tadi ade meeting kat opis. Meeting nak membincangkan pasal program kursus latihan kakitangan. Memang tiap2 tahun kami akan menganjurkan kursus latihan kakitangan ni, lagi pon memang dapat peruntukan tiap2 tahun untuk tuh.

Macam biasalah, kalau buat meeting macam ni, untuk membincangkan perkara berkaitan dan meminta pandangan ramai, ade jer yang tak puas hati. Ade jer nak membantah. Benda yang dibincangkan senang jer, tapi orang2 macam ni yang membuatkan benda tu jadi susah.

Cadangan asalnya, kononnya nak gabungkan kursus latihan kakitangan ngan hari keluarga, since opis aku memang tak pernah wat hari keluarga. Ramai yang setuju dengan cadangan tu, tapi, ade jugak yang membantah, katanya, kenapa nak satukan kursus dengan hari keluarga, tak boleh ke buat berasingan. Dah berbuih mulut macam sawan babi dah cakap, opis takde peruntukan untuk buat hari keluarga. Benda yang nak buat ni pon akan curi2 sikit duit peruntukan kursus tu. Last2 petang tu, ade yang bermasam muka.

Pastu, diaorang ni cukup susah nak buat keputusan. Pastu mulut sekor2 tak tau senyap, semua nak bercakap. Bila ditanya mintak pandangan, senyap!! Bila dah buat keputusan, baru nak kata itu tak boleh, ini tak boleh. Bile dicadangkan tarikh, semua senyap tak membantah. Bile dah setuju, ade plak 2-3 orang mangkuk hayun ni kata takleh datang, adik kawen lah, nenek bersalin lah. Bara jer aku masa tuh. Pastu terpaksa plak cari tarikh laen. Bodoh betul!!

Nak wat cadangan tempat pon bermasalah. Cadangan punyalah banyak, bile undi, berapa kerat jer yg angkat tangan, pencadang pon tak tangkat tangan. Ni pon terpaksa wat sampai 2-3 kali pasal mangkuk2 hayun yang nak tukar tarikh tadi. Aku yang dah hangat hati masa tu, terus angkat suara pasai semua orang dah membebel sesama sendiri (since org antara orang yang disegani ni opis aku). Geram betul aku masa tu, tak kira lah, aku sampai cakap 'korang ni tak profesional langsung!!'. Mana tak nya, semua orang bercakap sesama sendiri. Hormatlah orang laen, kite ni dalam meeting. Kalau ade apa2 cakap le ikot protokol, jangan maen hentam jer.

Nasib baeklah bukan aku yang chair meeting tu. Kalau aku yang chair, mau aku tengking semua orang. Pernah sekali, meeting perkara yang sama gak beberapa tahun lalu, aku yang jadi pengerusi, benda yang sama gak berlaku. Semua orang bercakap, semua orang bertekak sesama sendiri, aku rasa macam bodo jer berdiri sorang2 kat depan. Last2... aku cakap... 'Ok, kalau takda apa2 lagi, sekian, terima kasih', dan aku terus blah. Semua terpinga2 termasuk boss aku. Padan muke mereka.

No comments:

Post a Comment