05 January 2009

46th ENTRY

Dan lama dah tak mengupdate bende ni. Takde cerita menarik yang nak diceritakan. Well, belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada sesiapa yang mengunjungi blog aku yang tak seberapa ni.

Hari ni aku dapat pc baru kat opis. Dah lama benar rasanya memohon pc baru tu, dan hari ni baru lah dapat. Actually, bukan aku sorang jer, opis aku dapat 12 bijik pc baru. Happy gak lah kami. Sekian lama menanti, baru sekarang dapat, setelah tahun lepas permohonan kami terlepas pandang oleh pihak2 tertentu.

Petang tadi dalam pukul 2.30 petang, aku pi meeting pasal pemberian markah untuk Penilaian Prestasi 2008. Malas nak carita lebih lanjut. Biase jer benda ni, dah byk tahun aku buat baru hari ni dia nak bincangkan cara pemberian markah.

Balik tadi ade kemalangan maut kat Pasar Borang Kuala Lumpur. Tak tahu lah sapa yang meninggal dunia kat tengah jalan tu. Sib baek dia dah tutup, tak sanggup aku nak tengok kalau masih lagi terbuka. Tak tau plak dia accident dengan apa? Yang aku nampak, mayat terbaring jer. Kawasan situ memang kawasan orang melintas especially mereka yang bekerja kat pasar borong tu. Kadang2 gerun gak aku tengok klu ade orang2 yang berani melintas. Walaupon kawasan tu dah berpagar, orang masih lagi melintas kat situ. Takde usaha ke nak bina jejantas kat kawasan tu. Aku rasa jejantas terdekat ade le dalam 300 - 400m dari tempat accident tu. Erm...

No comments:

Post a Comment