30 September 2008

29th ENTRY



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Sempena kedatangan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, saya ingin memohon kemaafan serta ampun dan maaf daripada sesiapa yang mengenali dan yang tidak mengenali diri ini. Semoga kalian semua bergembira di hari yang mulia ini. Semoga keratan dan persahabatan kita berkekalan selama mana yang mungkin, InsyaAllah.

29 September 2008

28th ENTRY



Dua hari lagi menjelang hari raya. Tapi, hari ni aku kerja macam biasa. Kat opis ramai yang dah cuti, hampir 3/4 opis. Yang tinggal, beberapa kerat jer, yang akan bercuti lepas raya. Aku plak akan cuti lepas raya, 3/10 (jumaat), sabtu - ahad dan 6/10 (isnin). Apply dua hari jer, dapat enam hari.

Esok, mengikut kebiasannya, akan dapat 1/2 day. Masa zaman bos lama dulu, susah betul nak dpt 1/2 day tu. Kene tunggu surat dari pengurusan ler, itu ler, ini ler. Tempat lean selamba jer, kol 1 semua dah tutup opis dan balik. Ade satu tahun tu, disebabkan tak dapat surat, orang laen dah balik kol 1, kami terpaksa kerja sampai kol 3, sebabnya, nak dptkan surat confirmation 1/2 day tu. Tapi tahun ni laen, totally laen. Bos lama tu dah pencen. Esok, samada ada surat atau tidak, kami semua akan kerja 1/2 hari jer. Aku akan declare, hahha... maklumlah, aku akan jadi bos esok pasal bos sebenar bercuti. Dia tak celebrate raya pon cuti sampai seminggu, mengalahkan orang yang menyambut plak.

28 September 2008

27th ENTRY



Semalam pertama kalinya aku keluar shopping dalam bulan puasa ni. Taknak lah aku ketinggalan menghabiskan duit untuk berbelanja, tak sanggup melihat sale hari raya ni pergi begitu sahaja. Lagipun, gaji dan bonus kan baru dapat, ape lah sangat, berbelanja untuk diri sendiri.

Tak banyak pon benda yang aku beli, setakat barangan keperluan kerja jer, tak beli pon baju raya. As i mentioned before, aku pakai baju raya tahun lepas yang masih baru dan baru sekali dipakai.

As for yesterday, aku beli sepasang kasut, kasut hitam untuk kerja. Jenama Polo, diskaun 50%, dapat lah RM149.00. Then aku beli dua pasang baju kemeja. Sepasang berjenama East India Company, long sleves, kaler putih, harga selepas diskaun 50%, dapatlah RM79.50. Sepasang lagi, jenama Bonia Uomo, short sleves, kaler very very light blue, harga selepas diskaun 50%, RM49.00. Then aku beli sepasang seluar berjenama Camel Active, harga selepas diskaun yang entah berapa percent, RM69.95. So.. semalam jer, habislah duit aku hampir RM400.00.

25 September 2008

26th ENTRY



Lima hari lagi menjelang hari raya. Apa yang dah update?
  1. Kuih dah banyak yang dapat - Kuih cornflakes coklat, kuih samprit, kuih chocolate chips, kerepek ubi pedas basah, kek lapis masam manis. Masih lagi menanti tempeyek dan kuih tart.
  2. Tahun ni tak beli baju raya kot, pakai baju tahun lepas, sebenarnya bukan baju tahun lepas pun, tapi baju melayu yang dibeli selepas hari raya, maksudnya, raya tahun lepas tak pakai baju, so, tahun ni pakai ler baju raya kaler biru laut tuh.
  3. Dah apply cuti dan cuti telah diluluskan untuk 3 hingga 6 Oktober 2008. Tapi masalahnya, cuti staf2 aku, aku belum luluskan.
  4. Dah dapat tiga kad ucapan hari raya, masih lagi menanti dua lagi kad yang dikatakan telah diposkan untuk aku.
  5. Sepanjang bulan puasa ni, baru dua kali berbuka puasa di luar. Sekali di restoran San Francisco Steak House dan sekali lagi di rumah sahabat baik aku. Insyallah, kalau takde aral, hari sabtu ni akan berbuka di luar lagi. Di mana? Belum pasti.
  6. Tidak lagi pernah tuang puasa. Masih mengekalkan rekod bersih berpuasa seperti tahun2 yang terdahulu. Bak kata seorang dari sahabat aku, takde sebab untuk tak puasa.
  7. Masih mengekalkan rekod bersih tak pergi terawikh (bile nak insaf ni)

16 September 2008

25th ENTRY

Ramai rasanya yang tidak mengetahui bahawa hari ini adalah Hari Penubuhan Malaysia. 16 September 1963 adalah tarikh keramat di mana Malaysia telah ditubuhkan sekaligus memerdekakan Sabah, Sarawak dan Singapura seterusnya menyertai Persekutuan Malaysia. Ramai yang tidak menyedari kepentingan tarikh ini. Mungkin hari ini bukan hari cuti umum seperti Hari Kebangsaan. Sebab tu lah ramai yang tidak menyedari akan perkara ini. Sedihnya. Cuba kita tanya orang ramai kat luar sana, berapa kerat agaknya mereka yang tahu. Perlukan sesuatu perkara penting itu dijadikan cuti umum supaya orang ramai tahu akan perkara tersebut. Tidak semestinya. Tapi memang takde pon apa-apa program yang dijalankan untuk mengingati sejarah negara ini. Kalau ada pon, hanyalah secara kecil-kecilan dan tidak sehebat sambut Hari Kemerdekaan. Sayang... mungkin satu hari nanti, tarikh ini akan dilupakan..

SELAMAT HARI PENUBUHAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963 - 2008



Gambar Hiasan


Rakyat Malaysia telah ke angkasa lepas


Kuala Lumpur Today


Kuala Lumpur Today

24th ENTRY



Semalam aku berbuka puasa secara candle-light dinner. Di mana? Di rumah jer, sedang azan maghrib sedang berkumandang di kaca televisyen dan corong pembesar suara surau berdekatan, tiba-tiba suasana menjadi gelap gelita, BLACK OUT! Dems... satu kampung black out. Menggelabah cari lilin, nasib baik ade stock, itupon tinggal dua batang jer. So.. kami pon berbuka puasa ala-ala candle-light dinner gitu. Hahah..

15 September 2008

23rd ENTRY



Mari bercakap pasal kuih raya. Macam biasa, tahun ni, tak buat kuih pon, hanya membeli sahaja. Cepat dan mudah. Tapi, tahun ni tak beli banyak, tak sebanyak tahun lepas, ala kadar jer sebab takut membazir macam tahun lepas. Berikut adalah kuih-muih yang telah diorder oleh aku;
  1. Kuih Cornflakes Coklat (febret)
  2. Kuih Chocolate Chips
  3. Kuih Samprit
  4. Kuih Tart Nenas
  5. Kerepek Ubi Pedas Basah (febret)
  6. Kek Lapis Masam Manis
  7. Rempeyek Kacang Tanah
Kuih dan muih, beraneka macam, cubalah rasa jangan dipandang...

10 September 2008

22nd ENTRY

Semalam aku mendapat jemputan berbuka puasa di rumah sahabat baik aku. Perancangan awalnya, nak berbuka di luar, tempat yang best2, last2 dia ajak berbuka di rumah dia jer, wife dia masak. Aku ok jer.. no hal, pasal aku pon kenal wife dia tuh.

So, dalam pukul 5.30 petang aku pon pegi ke rumah dia, bukan jauh pon dari office aku, di Pantai Dalam jer. But sebelum tu dia ajak aku pegi beli barang. Dia nak cari cat ngan lampu kalimantang. Dalam pukul 6.00 kiteorang dah melepak menunggu waktu berbuka.

Malam tu, wife dia hidangkan nasi putih, kurma ayam, ikan masak masam manis ngan sayur goreng. Dah lama betul rasanya aku tak makan macam ni. Sedap plak rasanya, sampai bertambah dua kali.. hahah... Simple but very nice. Disamping tu, ade gak karipap ngan kek dan buah2an.

Lepas buka, aku lepak borak2 sat, then balik dalam pukul 8.45 malam. Anyway, terima kasih kepaa tuan rumah.

09 September 2008

21st ENTRY

Ouch... pedihnya. This not the first time i've shaved, but this is the first time i've shaved using this electronic shaver. Sebelum ni pakai conventional shaver jer. Lepas shaved tu, penuh luka-luka kecil.. adus.. pedih nyer.. sampai sekarang masih terasa kepedihannya. Dems..

07 September 2008

20th ENTRY

Jumaat, 5 September 2008 - Pagi tu tiba2 best friend aku bg msg ajak berbuka bersama since wife dia, dia dah hantar ke rumah mak mertua dia. Aku tanya, kenapa dia tak pergi umah mak mertua dia dan berbuka di sana sekali. Dia kata malas, haha... actually tu bukan alasan yang sebenarnyer. Bukannya dia tak suka keluarga mertua dia ok.

So, that day we have decided to berbuka puasa di San Francisco Steak House, since member aku ni kata, kat sana ade Ramadhan Buffet for RM48++. I give them a call for enquiries and reservation. We met at Mid Valley tempat biasa somewhere 6.15 pm. Ntah macam mana, boleh plak aku terserempak ngan kakak aku ngan hubby dia, nak pi beli kipas katanya, hahah. So, semetara menunggukan waktu berbuka, kitorg jalan2 le area Mid Valley tuh.

By 7.00pm, we already in the restaurant. This is our first time there, selama ni hanya lalu lalang depan dia jer. For my surprised, not bad. The foods look nice too, dan ada banyak jenis. One table for local malay foods from nasi putih, nasi hujan panas, mee goreng mamak, ayam, sotong, daging, kambing hingga ke lemang dan rendang. Another table far from us is for western foods from spagetti, fish fillet, meat ball, sausages hingga lah ke roasted beef. There also table for starter, soup, porridge dan mee aper tah. Another table for sate, murtabak, samosa, roti jala dan popia. The best things is, there also sushi and tempura. One table for dessert from kuih2 tradisional melayu, buah2an hingga ke manisan, ais krim dan ABC. Paling best, there is 5 type of drinking water we can choose from, fruit punch, air limau, air tebu, soya bean, air kosong, teh tarik.. wow.. best lah..

We ate everything that we can, and i think we already taste all of the food. Berbaloilah dengan apa yang dibayar, dan suasananya sangat aman dan damai.

We left about 8.45pm.

02 September 2008

19th ENTRY

Hari sabtu yang lepas rumah aku ada wat kenduri sikit. Kenduri tahlil dan kenduri doa selamat. Kebetulan jugak kakak aku sekeluarga baru balik dari UK setelah beberapa lama dia study kat saner. Kenduri kecil-kecilan jer, jemput orang surau, sedara mara dan jiran-jiran terdekat jer. Meriah jugak, tak pernah rumah aku segamat ini, dengan anak-anak buah aku riuh macam kapal nak karam, nasib baek lah baru lima orang. Anyway.. seronok gak ler walaupon penat.

Semalam, hari pertama berpuasa. Rasa semacam jer, tak penah rasa macam ni sebelum ni. Tak tau nak discribe macam mana.. hahha... Kebetulan hari ni cuti, memang takde benda nak wat, tu yang rasa lapar jer.. Anyway.. aku berjaya menempuh segala dugaan hari pertama. Masa berbuka plak, makan ala kadar jer... alhamdulillah..

01 September 2008

18th ENTRY

SELAMAT MENYAMBUT BULAN
RAMADHAN AL-MUBARAK
(puasa jangan ada yang kantoi yea...)