26 November 2008

42nd ENTRY

Semalam susah benar nak tidor. Dah pukul 2.30 pagi pon belum lelap lagi. Masalah betul lah. Kalau esok tak kerja, ok gak tidor lewat, pasal boleh bangkit lewat. Bahananya, pagi ni aku bangkit lewat, pukul 7.50 pagi. Dan, dah sah-sah aku sampai opis lambat, pukul 8.40 pagi baru nak clock-in.

Semalam pon tidor lewat gak, dalam pukul 2.30 pagi. Pastu, pagi aku bangkit, kepala pening. Kurang tidor agak nyer. Pening kepala sampai ke tengahari. Aku telan panadol dua bijik pastu time lunch aku tidor, tak lama, dalam setangah jam jer. Hilang pening kepala.

Ntah le, memang susah nak tidor malam sekarang ni. Selagi tak pukul 1.00, jangan harap le mata ni nak mengantuk. Yang peliknya, bila hujung minggu, tau plak dia mengantuk awak. Pukul 12.00 tengah malam dah tersenggut-senggut. Kadang-kadang, tengah tengok tv pon boleh lelap....

No comments:

Post a Comment