14 November 2008

39th ENTRY

Benci betul kalau kita jadi penunggu. Tunggu orang besar, orang yang berpelajaran, orang yang bergelar 'Datuk', 'Professor' dan macam-macam lagi. Macam kita ni takde kerja lain. Naik muak betul dah jadi penunggu ni.

Ikutkan jadual asal,
Kehadiran para jemputan, 3.30 petang - on time
Kehadiran YBhg. Datuk TNC HEPA, 3.45 petang - on time
Kehadiran YBhg. Datuk Naib Canselor, 4.00 petang - ZZZZZzzzzzzzz...... pukul 5.00 petang baru sampai!!! hampeh..

Kalau ikut kurang ajar aku, aku dah balik dah. Dah tak tau macam mana nak discribe perasaan aku klu jadi penunggu macam ni. Aku memang berbulu sangat orang yang tak reti nak menghargai masa dan buat aku tertunggu2 macam orang gila.

Bagi aku lah, seseorang yang baru 3 hari bergelar Naib Canselor, sepatutnya memberikan first impression yang terbaik, ini tidak, first impression dah buat aku hilang hormat pada dia. Ikut jadual pukul 4.00 petang sepatutnya majlis bermula, disebabkan dia, pukul 5.00 baru nak mula majlis. He must have a very good reason for being late, but, once u dah buat komitmen, tolonglah tepati. Whatever majlis yang u attended awal tu, please le habiskan cepat2, atau mintaklah excuse and give le reason yang ko ade event laen. Takkan itu aku pon nak ajar, wahai tuan datuk professor!!!

Lepas tu, tak reti-reti nak mintak maaf sebab lambat. Terus-terus bagi ucapan. Don't think that just because ko tu datuk professor, ko bole buat aper sajer dan mengetepikan nilai-nilai murni masyarakat kita. Susah sangat ke nak mintak maaf. I heard that u are one of the best electrical engineer in Asia.

1 jam setengah masa aku terbazir semalam. Sampai office balik pukul 6.30 petang. Selalunya, pukul 6.30 petang aku dah ada kat rumah. It's totally a waste of TIME!!

Aku cukup tak berkenan orang-orang yang suka janji-janji melayu ni, especially yang tak menepati masa. Janji datang pukul sekian, tapi 1 jam lepas tu baru muncul. Hangin betul aku. Bagi aku, bukan nak memuji diri sendiri, kalau aku berjanji pukul 1, maka pukul 1 lah aku akan terpacul pada tempat yang dijanjikan. Kalau lewat pon, beberapa minit jer. Takde le sampai menyebabkan kemarahan mana-mana pihak. Tapi orang lain yang selalu mengambil kesempatan. So far lah, ada 2 orang kawan aku jer yang aku boleh harap. Janji pukul sekian-sekian, mesti dia dah ada. Kalau tunggu pon, takde le sampai menimbulkan kejelekan. Kawan-kawan yang laen... mintak maaflah yer...

No comments:

Post a Comment