37th ENTRY

Undangan ke Majlis Rumah Terbuka Sempena Deepavali

Jumaat lepas aku ade terima undangan ke majlis rumah terbuka sempena Deepavali salah seorang kawan sepejabat di Bangsar. Kami konvoi sebanyak tiga buah kereta. Kami pergi masa lunch hour break. Di majlis tersebut kami telah dihidang dengan pelbagai makanan2 ala India memandangkan sempena Deepavali. Kami dijamu dengan tosei, itheli, putu mayam, dal, maruku, kari ayam, kambing dan sebagainya. Semuanya nallerekek...

Majlis Rumah Terbuka di Bulan Zulkaedah

Hari sabtu lepas aku menganjurkan majlis rumah terbuka, kecil-kecilan jer, cuma jemput kawan2 opis, disebabkan mereka nak sangat datang ke rumah aku. Terpaksa buat hari sabtu lepas di bulan Zulkaedah sebab tukang masak aku cume free pada hari tersebut. Nak harapkan aku masak sendiri? sorrilah... hahah

Jumaat sebelum tu aku amik time off, pukul 2.00 aku balik rumah sebab dah janji dengan si tukang masak a.k.a kakak untuk pi beli barang2 untuk dimasak. Aku sampai rumah dalam pukul 2.45 petang tetapi si tukang masak ni, kol 5.00 baru sampai rumah. Ermm.... So, kiteorang pon pergilah ke NSK membeli keperluan, banyak jugak yang kami beli, penuh satu trolly, kopak jugak dalam RM230.00. Lepas tu kami ke Giant Selayang Mall untuk beli barang2 laen yang tak terdapat di NSK itu. sampai rumah dalam pukul 8.30 malam. Kol 9.00 kami dah mula buat persediaan, aku cume tolong kopek2, kupas2 dan cuci aper2 yang patut jer memandangkan memasak bukan bidang aku, tapi bab potong memotong, aku boleh tahan cekap jugak. Aktiviti kami malam tu sampai kol 12.30 jer. Pastu aku terus terbongkang keletihan.

Pagi esoknya, kol 9.00 pagi dah mula aktiviti memasak yang diketuai oleh tukang masak import dari Nottingham England. Seperti biasa, tugas aku, potong memotong. Alhamdullillah... dalam pukul 12.30 tengah hari, siap semuanya, nasi ayam goreng madu dengan sayur2an nya, rojak buah, bubur kacang durian, agar2 buah campur. Cume spegeti jer tak siap lagi memandangkan tukang masak no.2 tak sampai lagi membawa spegeti itu.

Pukul 12.45 tengah hari, jemputan pertama tiba tatkala aku sedang memakai tuala mandi, tak siap lagi. Kemudian lebih ramai kawan2 opis aku tiba dan jemputan terakhir tiba pada pukul 6.00 petang. Puas hati jugak le wat majlis ni, walaupun penat, ramai yang datang dan alhamdulillah makanan pon tak banyak yang berlebihan sampai terpaksa buat tambahan mee goreng untuk tetamu yang terakhir kerana telah kehabisan menu utama.

It not so bad for my first open house. Penat giler, baru aku tau macam ni rupenyer wat open house, hari ahad tu, sengal2 seluruh badan...

Kepada tetamu yang hadir, terima kasih banyak2

You Might Also Like

0 comments