34th ENTRY

Arghh.. aper ni..RM3k jer. Cis!! Sia-sia jer terminate kad yang lama, dengan harapan kad baru boleh bagi lebih. Tengok-tengok dapat jumlah yang sama, baik tak payah bagi kalau macam ni. Sentap nyer pasal, malas aku nak activatekan kad tu. Biaq pi lah. Naik nyampah plak tengok, terus simpan dalam laci.

Kronologi cerita di atas.

Sebelum raya hari tu, aku ada apply kad kredit. Bukan nak guna pon, untuk suka-suka je. Seronok kalau ada kad ni. Tambahan lagi, aku nak terminatekan kad yang lama ni dari Bank X. Kad Bank X ni dah entah ape-ape ntah, dah le kene bayar annual fee, pastu ade insuran plak dengan AIA yg tiap-tiap bulan kene bayar sampai RM42. Ish.. malas dah nak bayar untuk sesuatu yang aku tak gunakan. Setakat insuran tu aku dah ada, so tak perlulah nak buat banyak insuran.

So.. aku applylah dari Bank XX. Nak dijadikan cerita, 3-4 hari selepas itu datang le pulak salesman dari Bank XXX, promote kad kredit dia. Sebab tak kene apa-apa bayaran, aku pon apply ler.

Lepas raya, aku dpt kad dari Bank XX. Wow!!! I likee... siap dapat Gold Card lagi dengan credit limit RMx000 (rahsia.. tp lebih dari RM3k). Punya lah happy masa tu. Esoknya, aku terus call untuk activatekan kad tu dan terus aku terminate kad dari Bank X. Beberapa hari lepas, dapat kad dari Bank XXX plak. Terus kecewa bile tengok credit limit dia RM3k jer, sentap giler, terus letak dalam laci. Ingatkan bole le dapat setanding dengan kad Bank XX. Sampai sekarang aku tak call untuk activatekan. Padan muke Bank XXX.

Bagi aku le, aku bukannyer guna sangat credit card ni. Aku lebih prefer pakai cash. Sepanjang aku mempunyai kad ni pon, baru sekali jer aku guna. Itu pon sebab terdesak. Nak bayar duit motor dengan road tax dan insuran sekali. Bawak duit RM350, tapi total dia RM400++. Dan tak cukup tu, malaslah nak datang semua, swipe je ler.

Lagi satu kes, masa aku nak pi England awal tahun ni dulu. Total semua flight ticket RM3376, booking online, kene guna kad kredit. Kad yang aku ada plak cuma RM3k jer. Terpaksa le aku pi merayu mintak pinjam kad orang laen. Nasib baik lah adik aku ade. Hahah...

Kad yang aku ade ni pon untuk tujuan kecemasan sahaja, bukan untuk berjoli2. Tapi tak tahu lah kan.......

You Might Also Like

2 comments