29 September 2008

28th ENTRY



Dua hari lagi menjelang hari raya. Tapi, hari ni aku kerja macam biasa. Kat opis ramai yang dah cuti, hampir 3/4 opis. Yang tinggal, beberapa kerat jer, yang akan bercuti lepas raya. Aku plak akan cuti lepas raya, 3/10 (jumaat), sabtu - ahad dan 6/10 (isnin). Apply dua hari jer, dapat enam hari.

Esok, mengikut kebiasannya, akan dapat 1/2 day. Masa zaman bos lama dulu, susah betul nak dpt 1/2 day tu. Kene tunggu surat dari pengurusan ler, itu ler, ini ler. Tempat lean selamba jer, kol 1 semua dah tutup opis dan balik. Ade satu tahun tu, disebabkan tak dapat surat, orang laen dah balik kol 1, kami terpaksa kerja sampai kol 3, sebabnya, nak dptkan surat confirmation 1/2 day tu. Tapi tahun ni laen, totally laen. Bos lama tu dah pencen. Esok, samada ada surat atau tidak, kami semua akan kerja 1/2 hari jer. Aku akan declare, hahha... maklumlah, aku akan jadi bos esok pasal bos sebenar bercuti. Dia tak celebrate raya pon cuti sampai seminggu, mengalahkan orang yang menyambut plak.

No comments:

Post a Comment