25th ENTRY

Ramai rasanya yang tidak mengetahui bahawa hari ini adalah Hari Penubuhan Malaysia. 16 September 1963 adalah tarikh keramat di mana Malaysia telah ditubuhkan sekaligus memerdekakan Sabah, Sarawak dan Singapura seterusnya menyertai Persekutuan Malaysia. Ramai yang tidak menyedari kepentingan tarikh ini. Mungkin hari ini bukan hari cuti umum seperti Hari Kebangsaan. Sebab tu lah ramai yang tidak menyedari akan perkara ini. Sedihnya. Cuba kita tanya orang ramai kat luar sana, berapa kerat agaknya mereka yang tahu. Perlukan sesuatu perkara penting itu dijadikan cuti umum supaya orang ramai tahu akan perkara tersebut. Tidak semestinya. Tapi memang takde pon apa-apa program yang dijalankan untuk mengingati sejarah negara ini. Kalau ada pon, hanyalah secara kecil-kecilan dan tidak sehebat sambut Hari Kemerdekaan. Sayang... mungkin satu hari nanti, tarikh ini akan dilupakan..

SELAMAT HARI PENUBUHAN MALAYSIA
16 SEPTEMBER 1963 - 2008



Gambar Hiasan


Rakyat Malaysia telah ke angkasa lepas


Kuala Lumpur Today


Kuala Lumpur Today

You Might Also Like

0 comments