07 August 2008

9th ENTRY

Hari ni kesesakan lalulintas lagi disebabkan oleh road block yang dilakukan oleh pihak polis. Aku tak paham betul, kenapa la diaorang perlu untuk buat road block di saat orang lain sibuk nak ke tempat kerja? Menyusahkan orang ramai betul, kesesakan punyalah teruk di Jalan Ipoh dari depan Tesco sampai ke mana aku pon tak tahu, sebab, aku keluar-keluar jer dah start jem. Sampai orang yang naik motor pon tak boleh nak lalu. Diaorang ni tak pernah terpikir ker kerana mereka buat macam ni, semua orang susah. Actually polis-polis tu bukan buat ape pon, halang jalan, pastu ramai-ramai lepak tepi jalan borak-borak. Sakit hati aku tengok, rasa nak jerit jer "BODOH!!!"

Aku rasa mungkin sebab si Anwar Ibrahim tu masuk mahkamah hari ni, tu sebab diaorang buat road block. Tapi aper rasionalnya road block dengan kes Anwar Ibrahim tu. Kalau nak mengelakkan kekacauan, pi le jaga kat mahkamah, yg jaga tepi jalan buat ape? Tak paham... tak paham...

Sejak-sejak Anwar Ibrahim kuar penjara ni, macam-macam berlaku. Aku tengok keadaan politik dalam negara ni dah macam sial. Nak tengok berita pon, asyik-asyik cerita pasal politik. Parti ni kondem parti tu, parti tu mengata parti ni. Aku rasa.. sumbat le balik Anwar Ibrahim tu dalam penjara, sepanjang dia kat dalam penjara, takde pon jadi macam ni. Jangan le si Anwar Ibrahim tu berangan nak jadi PM, aku rasa klu jd PM, mau hancur negara ni. Itu pendapat aku, orang laen tak tau ler... yang penting.. Anwar will not get a vote from me.. so does the current leader, coz.. i'm not a voter. Lantak ler kalau orang mengata aku tak manjalankan tanggungjawab kepada negara. Pendirian aku, buat aper aku menjalankan "tanggungjawab" sekadar untuk melihat negara aku hancur? Politik le yang memecahkan masyarakat melayu.. berapa banyak peperangan di dunia ni yang berlaku kerana politik?...

No comments:

Post a Comment