25 August 2008

15th Entry

Semalam susah betul nak tidor. Tak tau kenapa. Masuk tidor pukul 12.30 malam, tapi terkebil2, pusing kiri, pusing kanan, semuanya tak kene, semuanya tak selesa. Kat luar hujan renyai2. Sepatutnya kalau cuaca macam ni le best untuk tidor. Kepala asik dok fikir benda itu dan benda ini, tu yang tak boleh nak lelap agaknya. Last2, pukul 1.30 pagi, aku on komputer, check mail. Takde mail yang menarik pon, pagi2 buta macam ni maner ade orang send mail. Tiba2.. ade orang send message, "woi.. tak tido lagi ker.." Haha.. orang Birm rupenyer, lama dah rasanya tak chat ngan dia. Ade gak org yg aku bole borak pagi2 bute ni. So... kiteorg pon borak2 le serba sedikit sampai lebih kurang pukul 2.00 pagi. Then.. aku pon mintak diri, pasal dah ada tanda2 nak tido, menguap dan puluhan kalinya. Tapi, bile dah off jer... tak ngantuk plak.. cis.. aku pon tengok le benda2 lain, fs, fb, fp dan macam2 lagi. Kol 2.30 aku masuk tidor balik. Still terkebil2. Tak tau le pukul berapa aku tidor, dan yg pasti, pagi ni aku bangun lewat...

No comments:

Post a Comment